SENARAI TARIKH ACARA IFTAR@KL DI DATARAN MERDEKA


Bersempena bulan Ramadan tahun ini, Dataran Merdeka akan bertukar wajah menjadi salah sebuah lokasi bukan sahaja untuk beriadah tetapi juga untuk berbuka puasa dan beribadah. Majlis berbuka puasa dan sembahyang terawih setiap hujung minggu akan diadakan di Dataran Merdeka dengan nama iftar@KL sebagai usaha mengimarahkan bulan puasa pada tahun ini.

Acara ini dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan disokong oleh tajaan dari syarikat-syarikat swasta.

Antara aktiviti yang diadakan seperti penyediaan dan agihan bubur lambuk, pameran pelancongan, persembahan nasyid, tazkirah Ramadan, tadarus Al-Quran, majlis berbuka puasa diikuti solat maghrib berjemaah, soal jawab agama, solat Isyak dan terawih berjemaah, dikir zikir, klinik tahsin Al_Quran, kaunter zakat, ceramah Ramadan, konsert Ramadan dan moreh.


Comments

Popular posts from this blog

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

SHOWCASE EKSKLUSIF "ELLIOT JAMES REAY" DI THE EXCHANGE TRX 17 JANUARI INI