SHOPEE LANCAR KEMPEN "RAYA DENGAN SHOPEE"
Memandangkan Hari
Raya yang bakal menjelang, persediaan raya seperti membersih dan menghias
rumah, memastikan kereta dalam keadaan terbaik dan keperluan harian mencukupi,
dan sudah tentunya membeli baju Raya dengan fesyen terkini sudahpun bermula. Sesungguhnya Shopee mempunyai
segala-galanya dari rumah dengan reka bentuk terkini, kereta dan motosikal
baharu, dan barangan runcit mahupun perkakas rumah, telefon pintar, pakaian
dengan label fesyen selebriti dan juga tawaran makan malam eksklusif dalam
kempennya “Raya Dengan Shopee”.
Sepanjang kempen
yang berlangsung dari 25 April hingga 6
Jun 2019, pengguna boleh mendapat tawaran menarik dan diskaun sehingga 80%
daripada 600 jenama di Shopee Mall dan 450,000 penjual, menjadikan persiapan
Raya lebih menyenangkan, menyeronokkan, dan menjimatkan kos:
●
200% pulangan tunai setiap hari pada Cashback Day dipertingkatkan setiap
Isnin apabila baucar dikeluarkan pada waktu tertentu untuk membolehkan bayaran
balik.
●
Shocking Sale setiap hari dengan tawaran serendah RM1 dengan kekerapan yang dinaikkan
kepada lapan kali pada hari Rabu.
●
Goyang Shopee memberi ganjaran Shopee Coins, jumlah baucar dan hadiah
bernilai sehingga RM5 juta seperti
telefon Xiaomi, vakum robotik dan kamera dengan lebih banyak peluang pada hari
Jumaat.
●
Shopee Live,
platform pengaliran langsung untuk menawarkan pengalaman membeli-belah lebih
interaktif dan menghiburkan, dan juga untuk membolehkan jenama dan penjual
memaparkan produk mereka. Shopee Live
berlangsung pada hari Isnin hingga Jumaat, 8.30pm dan 9.30pm, membawakan tokoh
berpengaruh dan selebriti tempatan seperti Brandon Ho, Melissa Th’ng, Mark Odea,
Sophia Liana, Shalma Ainaa dan Sweet Qismina.
●
Shopee Quiz pada hari Isnin hingga Jumaat jam 12pm; menguji pengetahuan anda
dengan menjawab lapan soalan. Pemenang akan menerima hadiah daripada habuan
sehingga dua juta Shopee Coins setiap
sesi.
Shopee Menyediakan Segala Keperluan Anda
Dapatkan
warna-warna lipstik terbaru daripada L'Oréal, produk rambut daripada Unilever,
dan produk penjagaan kulit daripada NIVEA dan Eucerin. Anda juga boleh
mendapatkan kasut yang selesa dan bergaya daripada jenama seperti XES Shoes dan
B.U.M Equipment sambil membeli stok Enfagrow atau Sustagen serta lampin Drypers
untuk anak-anak kecil sebelum perjalanan jauh balik ke kampung. Peralatan dapur
boleh dinaik taraf kepada jenama paling laris seperti kuali tidak lekat klasik
Tefal, dan rasmikan penggunaannya dengan bahan-bahan daripada Nestle untuk
membuat kuih muih Raya yang lazat. Hadiahkan
ahli keluarga tersayang dengan HONOR 20
Lite, telefon pintar terkini eksklusif di Shopee; naik tarafkan komputer
ibu bapa anda dengan aksesori daripada TMT supaya mereka dapat berhubung dengan
anda sentiasa; atau gantikan mentol lampu datuk nenek anda yang terbakar dengan
perkakas dan aksesori MR DIY.
Untuk merayakan
pelancaran kedai rasmi Isetan di Shopee, gedung Jepun ini akan membawakan
pelbagai produk daripada jenama terkenal kepada pengguna Shopee termasuk
Naraya, Note Cosmetics, dan Jean Perry. Seramai 500 pengguna pertama akan
mendapat potongan harga 20% dengan perbelanjaan minimum RM50 apabila mereka
menggunakan kod ISETANRY.
Memudahkan Iftar Pada
Bulan Puasa ini:
●
Coffee Bean & Tea Leaf: Potongan harga
sehingga 47% untuk minuman semasa Shocking
Sale dari hari Isnin hingga Jumaat bermula 16 Mei 2019. Baucar hanya boleh
digunakan di Lembah Klang kecuali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
●
Kenny Rogers Roasters: Diskaun sehingga 40%
untuk Creamy i-Yam set makanan keluarga dari 6 Mei 2019.
●
Tawaran Bufet: Diskaun 30% di Hotel Maya Kuala Lumpur, diskaun 20% di The Boulevard Hotel
Kuala Lumpur dan potongan harga sebanyak RM20 di Royale Chulan Seremban.
Rumahku Syurgaku
Ceriakan Raya anda
dengan rumah baharu yang dibina oleh pemaju hartanah terkenal S P Setia. Dengan
harga yang bermula dari RM262,000 ke atas, S P Setia menawarkan pangsapuri,
rumah teres dua tingkat dan rumah superlink yang sedia didiami di Shopee.
Pelanggan hanya
perlu membayar yuran tempahan RM688 untuk rumah kediaman pilihan mereka sebelum
mengunjungi galeri jualan untuk menyempurnakan proses pembelian. Dengan
pembayaran yuran tempahan ini, pelanggan dijamin bahawa unit yang ditempah
mereka akan diperuntukkan di bawah nama mereka. Lapan pelanggan pertama yang
berjaya membeli rumah dari kedai rasmi S P Setia di Shopee berpeluang untuk
menerima rebat sehingga 25% dan baucar Shopee bernilai RM3,888, dan juga kit
rumah bernilai RM5,000.
Shopee Jual Kereta & Motosikal
Tempah sebuah
kereta Honda, Toyota, BMW, Ford, Hyundai, Mazda atau Mitsubishi, dan juga
motosikal dari Shopee AutoMall. Shopee AutoMall membolehkan pengguna membeli
pelbagai jenis kereta dan motosikal daripada superbike hingga kereta hibrid dan
kenderaan utiliti sukan (SUV) untuk keluarga. Pengguna akan mendapat tawaran
eksklusif hanya daripada Shopee, termasuk yuran tempahan serendah RM1, kadar
faedah lebih rendah 1.81% setiap tahun, rebat, hadiah percuma dan aksesori
tambahan serta diskaun sehingga 29% untuk motosikal apabila membeli kenderaan
melalui Shopee AutoMall. Untuk maklumat lanjut tentang tawaran ini, cari
‘AutoMall’ di Shopee.
Bergaya Dengan Baju Raya Jenama Selebriti
Rasai keseronokan
menarik perhatian orang ramai apabila anda mengenakan mekap, memakai baju Raya
yang cantik atau memperlihatkan wajah yang berseri dengan keanggunan produk
menggunakan label selebriti nama-nama terkenal seperti Datin Hajah Fouziah
Gous, Ifa Raziah, Fynn Jamal, Nana Mahazan, Irma Hasmie, Nazeera Sardi, Tyra
Kamaruzzaman dan Dayang Areeda. Kunjungi kedai rasmi mereka di Shopee Celebrity Squad untuk menikmati
tawaran promosi Raya yang ditawarkan.
Manfaat Rakan Kerjasama
●
Maybank: Pengguna Kad Maybank Visa Signature
akan menikmati 10% pulangan tunai Shopee
Coins apabila membeli-belah di Shopee sepanjang tempoh kempen Raya.
●
Visa (Rakan Kad Premier Rasmi): Diskaun RM15
dengan perbelanjaan minimum RM150 pada hari-hari tertentu.
●
Muslim Pro: 200 pelanggan yang pertama akan
mendapat Langganan Premium Sepanjang Hayat bernilai RM114.90 untuk hanya RM1.
●
MaxMoney: Berbelanja dan dapatkan sehingga 4x
lebih banyak wang tunai yang akan dihantar terus ke depan pintu rumah anda.
Tukar mata wang melalui talian dan jimat lebih banyak wang dengan pembelian
baucar tunai terlebih dahulu di kedai rasmi MaxMoney di Shopee.
●
Penghantaran Percuma: Penghantaran percuma
dengan perbelanjaan minimum yang diturunkan kepada RM20 dengan DHL (sekarang
hingga 24 Mei) dan J&T Express Malaysia (hari ini hingga 9 Mei).
Kempen “Raya Dengan Shopee” disokong oleh
iPay88, penyedia Gerbang Pembayaran Rasmi.
Comments
Post a Comment