SINARAN AIDILFITRI "RADIANCE OF EID" DI AVENUE K



Raikan keindahan Ramadan di Avenue K yang dihiasi dengan bentuk-bentuk geometri yang berwarna-warni mulai 10 Mei sehingga 9 Jun 2019, sambil menantikan kehadiran Hari Raya Aidilfitri. Bertemakan ‘Radiance of Eid’, atrium Avenue K “disinari” cahaya dari hiasan berbentuk geometri yang dihias dengan kuntuman bunga tropika.

Jadikan Pasar Seloka di Avenue K sebagai pusat sehenti untuk membuat persiapan Hari Raya. Dapatkan pakaian raya, mekap, hasil seni tangan, sajian raya dan banyak lagi yang dihasilkan oleh jenama-jenama tempatan yang berkualiti. 


Kepada yang berbelanja RM250 (RM200 untuk ahli Kad AK Neighbours) ke atas, Avenue K akan memberikan set sampul duit raya AK eksklusif sementara stok masih ada. 

Ganjaran yang lebih menarik menanti sesiapa yang berbelanja RM500 dalam dua resit. Pembeli boleh menebus hidangan ‘Buka Puasa’ bernilai lebih RM100 daripada Samba Brazilian Steakhouse, Juan Valdez Café, Nene Chicken, Baba Nyonya, dan Wrap ‘N Roll. 

Pembeli dengan perbelanjaan paling tinggi juga berpeluang memenangi Kad Edisi Terhad Touch ‘n Go bernilai RM100 setiap minggu, dalam tempoh peraduan 11- 27 May. Sepuluh pemenang akan dipilih setiap minggu dalam peraduan “Weekly To Spender Contest”. 


Tidak lupa kepada yang suka berselfie, jom sertai peraduan “Jom Selfie lnstagram Contest” dan menangi hamper Raya bernilai RM200 dari Pasar Seloka dan Wondermilk. Ikuti laman Instagram @avenuekmy untuk maklumat lanjut! 

Untuk memudahkan pengunjung datang membeli-belah, Avenue K menawarkan kod promo AKRAYA19, diskaun RM10 untuk dua perjalanan GRAB pergi dan balik dari Avenue K (Terhad kepada 1000 perjalanan pertama sahaja)


Sebagai inisiatif tanggung jawab social korporat, Avenue K telah meraikan 25 kanak-kanak dari Pertubuhan Darul Fakir Malaysia dengan juadah berbuka puasa, duit raya dan membeli-belah barangan persiapan hari raya. Penyanyi Kaka Azraff turut menghiburkan kanak-kanak dan para tetamu dengan lagu hits seperti ‘Bawaku Pergi’ dan ‘Sibuk’.

Untuk maklumat lanjut, sila layari,
Laman Web: https://www.avenuek.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/AvenueKMY
Instagram: https://www.instagram.com/avenuekmy/

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM