HERBALIFE NUTRITION TINJAU AMALAN SARAPAN WARGA MALAYSIA
Herbalife Nutrition, sebuah syarikat pemakanan global bertaraf perdana yang bermatlamat untuk menjadikan dunia ini lebih sihat dan lebih bahagia telah menyiarkan hasil kajian mereka daripada sebuah tinjauan yang bertajuk, Tinjauan Sarapan Sihat Asia Pasifik 2019. Tinjauan tersebut telah dijalankan pada awal tahun ini dan ia meliputi sampel bersaiz 5,500 responden daripada 11 buah pasaran, termasuk 500 responden yang berwarga Malaysia.
Tinjauan berkenaan mengikuti kajian asal yang dibuat pada tahun 2018, di mana ia telah menilai sikap dan tingkah laku pengguna terhadap pengambilan sarapan pagi. Tahun ini, tinjauan tersebut telah meneroka kombinasi sarapan tempatan yang lazimnya dipilih oleh pengguna, serta faktor yang mempengaruhi pilihan tersebut, dan pandangan mereka mengenai kombinasi sarapan yang sihat.
Sikap Umum Warga Malaysia Terhadap Amalan Bersarapan Pagi
Matlamat tinjauan ini adalah untuk mempelajari sikap dan tingkah laku warga Malaysia terhadap amalan bersarapan, selain mempunyai tujuan untuk menilai perbezaan antara sarapan pagi yang ideal, sarapan pagi yang lazim, dan sarapan pagi yang sihat. Tinjauan tersebut mendapati lebih daripada separuh responden warga Malaysia (54%) bersarapan dalam masa 2-3 jam selepas bangun daripada tidur pada setiap hari, sementara 12% individu bersarapan dalam jadual masa yang sama, lima hari seminggu.
Sentimen yang positif dapat dilihat daripada 61% responden yang menyatakan bahawa pengambilan makanan sihat merupakan faktor yang penting dalam pemilihan sarapan pagi mereka, seperti 74% warga Malaysia yang melaporkan mereka berasa lebih bertenaga setelah bersarapan dalam masa 2-3 jam selepas bangun daripada tidur.
“Kebanyakan individu sedia maklum tentang kepentingan sarapan pagi. Hari yang dimulakan dengan sarapan yang sihat membantu dalam penjagaan metabolisme, kesihatan otot dan pengurusan berat badan untuk jangka panjang. Sehubungan itu, kami berasa terdorong untuk mengetahui bahawa lebih daripada separuh warga Malaysia menggunakan ruang masa yang awal untuk bersarapan setelah mereka bangun daripada tidur, dan penting juga bagi individu-individu ini untuk membuat keputusan yang termaklum agar hari mereka dapat dimulakan dengan nutrien yang diperlukan,” ujar Dr. Kent Bradley, Naib Presiden Urusan Perubatan dan Pendidikan Nutrisi, serta Pengerusi Lembaga Penasihat Herbalife Nutrition (NAB).
Dr. Kent Bradley, Naib Presiden Urusan Perubatan dan Pendidikan Nutrisi, serta Pengerusi Lembaga Penasihat Herbalife Nutrition (NAB). |
Sarapan Pagi Warga Malaysia yang Tipikal
Untuk rakyat Malaysia, faktor pertama yang mendorong mereka kepada pengambilan sarapan pagi yang tipikal ialah kemudahan dan aksesibiliti, yang meliputi 75% daripada kalangan mereka. Sementara itu, faktor rasa dan kepatutan harga terikat sebagai faktor kedua tertinggi, masing-masing menduduki paras 49%. Faktor melibatkan sarapan pagi yang sihat dan yang berkhasiat pula menduduki tempat bawah dalam senarai tersebut yang masing-masingnya dibaca pada paras 39% dan 37%.
“Pengambilan sarapan pagi yang sihat penting untuk membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan agar rentak metabolisme harian kita dapat dimulakan dengan betul. Oleh itu, warga Malaysia perlu mempertimbangkan pengambilan sarapan yang sihat dan berkhasiat pada waktu pagi sepertimana badan kita memerlukan nutrien yang betul demi permulaan hari yang baik,” tambah Dr. Kent Bradley.
Di samping itu, kajian tersebut mendapati lebih daripada separuh responden warga Malaysia (56%) bersarapan di rumah. Kopi masih menjadi minuman kegemaran orang Malaysia kerana 54% daripada mereka memilih minuman tersebut, sementara 42% memilih teh sebagai minuman pilihan. Dari segi makanan, 44% mengakui mereka menggemari juadah yang berbahankan telur, diikuti oleh nasi daripada 39% responden. Bersama, kedua-dua item tersebut merupakan kombinasi sarapan pagi pilihan warga Malaysia seperti yang ditunjukkan oleh 30% responden.
Galakkan Pengambilan Sarapan Pagi yang Sihat
Sarapan yang sihat terdiri daripada komposisi nutrien yang ideal; walaupun umum kurang sedar tentang perkara ini, kajian tersebut mendapati 94% warga Malaysia masih mempunyai tekad untuk bersarapan dengan makanan yang sihat pada waktu pagi. Bagaimanapun, faktor kekangan masa (73%), kekangan wang (36%) dan tenaga yang diperlukan (33%) kekal sebagai halangan utama bagi mereka.
“Berdasarkan hasil kajian ini, kita dapat melihat sentimen yang positif kerana 9 daripada 10 warga Malaysia mahukan sarapan yang sihat, asalkan ia mudah untuk disediakan dan diakses, ringkas serta berpatutan dari segi harga. Ini merupakan sebuah petunjuk yang baik dan permulaan yang diperlukan untuk menjadikan Malaysia lebih sejahtera dan sihat,” ujar Steven Chin, Pengurus Besar / Pengarah Herbalife Nutrition Malaysia.
Steven Chin turut menyatakan, “Kami di Herbalife Nutrition, telah menyuntik pelaburan ke atas produk-produk yang baharu, dalam pada itu, menambah baik barisan produk yang sedia ada secara berterusan, seperti Herbalife Nutrition Formula 1 Nutritious Mixed Soy Protein Drink, untuk memudahkan penyediaan sarapan yang lazat, berkhasiat, dan sihat setiap hari.”
Jelajah Kesejahteraan Asia Pasifik Anjuran Herbalife Nutrition
Herbalife Nutrition membawakan acara Jelajah Kesejahteraan Asia Pasifik (Asia Pacific Wellness Tour) ke-11 di rantau ini, ia menampilkan pelbagai sesi ceramah berkaitan nutrisi yang diadakan di bandar-bandar utama merentasi negara seperti Kemboja, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Penjelajahan tersebut yang akan berlangsung sehingga bulan Mei ini akan menghoskan pakar-pakar Herbalife Nutrition dan ahli-ahli Lembaga Penasihat Herbalife Nutrition (NAB) untuk menggongsikan ilmu mereka mengenai pelbagai topik yang berkaitan dengan kesihatan, serta mendidik orang ramai tentang kepentingan pengambilan sarapan pagi yang sihat setiap hari.
Comments
Post a Comment