TNG DIGITAL LANCAR KEMPEN DERMA ‘7 TANGKAI: JOM INFAK’



TNG Digital dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengumumkan program ‘7 Tangkai: Jom Infak’ pada hari ini, bagi menyediakan satu platform agar masyarakat Malaysia boleh menderma dengan lebih mudah menggunakan Touch ‘n Go eWallet (“eWallet”).

Melalui kerjasama ini, TNG Digital akan membantu meningkatkan ketelusan, tanggungjawab dan integriti apabila semua sumbangan derma akan dilakukan menggunakan kod QR menerusi eWallet di masjid-masjid terlibat sekitar Kuala Lumpur. Para pegguna hanya perlu mengimbas kod QR untuk menderma dan setiap transaksi akan dipindahkan terus ke masjid-masjid yang terlibat.

“Kami ingin membentuk tingkah laku baru dan mengubah cara sumbangan derma dilakukan. Melalui inovasi dan teknologi inklusif, kami dapat memenuhi keperluan masyarakat hari ini,” kata Syahrunizam Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif, TNG Digital Sdn. Bhd. 

TNG Digital mensasarkan 40 buah masjid di sekitar Kuala Lumpur untuk diserapkan di bawah program ‘7 Tangkai: Jom Infak’ menjelang akhir tahun 2019. Sehingga kini, terdapat 10 buah masjid yang telah dilengkapi dengan kemudahan kod QR:
  • Masjid ar-Rahah, Bangsar South 
  • Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Menjalara 
  • Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati 
  • Masjid Jamek, Kampung Baru 
  • Masjid Muaz Bin Jabal, Setiawangsa 
  • Masjid Abd Ar-Rahman Auf, Taman Yarl 
  • Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai Baru 
  • Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju 
  • Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail 
  • Masjid Al-Ghufran, Taman Tun Dr Ismail 
“Kerjasama kami bersama TNG Digital menandakan permulaan yang kukuh dan bermanfaat. Dengan penggunaan kod QR, kami percaya ianya akan membuka lebih banyak peluang dari sudut interaksi dan penglibatan antara masjid-masjid serta komunitinya. Sumbangan derma melalui kod QR adalah langkah pertama dalam membentuk semula kaedah pendekatan digunakan dan kami berharap agar pelbagai lagi program dan aktiviti-aktiviti bersama komuniti akan diwujudkan selari dengan penggunaan teknologi terkini,” Kata Tuan Hj Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Pada awal tahun ini, TNG Digital mengumumkan kerjasama dengan Masjid ar-Rahah dalam memperkenalkan kaedah menderma melalui kod QR dan beberapa inisiatif yang lain termasuk; Generasi 13 (G13), iaitu kelas khas bagi golongan remaja yang memberi fokus dalam memperbaiki solat dan falsafahnya; Ar-Rahah De Heart pula lebih menitikberatkan aktiviti-aktiviti luar; seminar i-Usahawan dan program Kembali ke Sekolah, inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) mengenai persediaan ke sekolah, sesi motivasi, pemotongan rambut, berkhatan dan juga menyediakan beg sekolah kepada kanak-kanak. 

Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila kunjungi https://www.tngdigital.com.my/ dan daftar masuk ke www.facebook.com/touchngoewallet/. Touch ‘n Go eWallet boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA