TRIUMPH PERKENAL AQUA DENGAN CIRI 3 ARAS PUSH UP



Musim Bunga ini, temui semula rangkaian terlaris, Aqua, menerusi penampilan koleksi Aqua Lily baharu. Ditawarkan dengan pilihan tiga aras push up: Natural, Extra atau Ultimate, ia merupakan koleksi paling versatil setakat ini.

Coli berwayar yang berhias, Aqua Lily Natural mewujudkan penampilan yang tidak terlalu menonjol. 


Memaparkan rekaan bahagian belakang cawan yang indah. Coli ini boleh dipadankan dengan pelbagai pakaian lain dan mewujudkan garis leher semulajadi. Pad yang boleh dikeluarkan menjadikan coli ini lebih fleksible. 
Coli push up Aqua Lily Extra mempunyai haris leher V yang tajam dan menggoda untuk meningkatkan kesan push up.

Dihiasi dengan sulaman bunga yang pelbagai warna, coli ini memaparkan bahagian jaringan sisi untuk mewujudkan perincian yang licin

Coli Aqua Lily Ultimate Magic Wire menyebabkan lurah dada maksimum dan memberikan penampilan berimpak tinggi. 

Menggabungkan cawan mikrofiber dengan wayar lembut dan pad boleh dikeluarkan, coli ini bukan sahaja selesa tetapi juga menggoda. 

Rangkaian Aqua Lily adalah 50% lebih ringan dengan kandungan pad Aqua bagi coli yang lebih selesa, ringan dan semulajadi. 

Kesemua bra boleh didapati dalam warna oren, nude atau hitam klasik. Ia boleh dipadankan dengan seluar dalam Mini atau Hipster. 



Koleksi Aqua Lily boleh didapati dari pusat jualan yang terdekat pada harga RM209 sehelai, manakala rangkaian seluar dalam berharga dari RM79.90 ke RM89.90 sehelai. 


Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM