DISKAUN SEHINGGA 70% DI GENTING GREAT SALE



Resorts World Genting telah melancarkan  acara jualan, Genting Great Sale mulai 24 Mei sehingga 9 Jun 2019 yang menawarkan diskaun sehingga 70% dan penebusan barangan eksklusif di lebih 420 kedai yang mengambil bahagian.


Acara jualan besar-besaran ini merangkumi pelbagai jenis kedai, dari barangan mewah sehingga barangan arus perdana di Genting Highlands Premium Outlets, SkyAvenue, First World Plaza dan Awana SkyCentral.

Genting Highlands Premium Outlets

Antara promosi yang menanti anda adalah:

• Genting Highlands Premium Outlets (GHPO) menawarkan pelbagai jenama mewah seperti Aigner, Adidas, Hugo Boss, Tumi, Onitsuka Tiger, Superdry dan banyak lagi dengan diskaun sehingga 70%.

SkyAvenue

• Tawaran hebat di kedai-kedai SkyAvenue seperti Marc Jacobs, Dior, Montblanc and Michael Kors to Uniqlo, H&M, Swarovski, Giuseppe Zanotti dan Longines. 

Antara kedai yang mengambil bahagian dalam Genting Great Sale - Kedai Kosmetik OMM 

• Pelbagai kedai-kedai dan pilihan makanan dan minuman di Awana SkyCentral dan First World Plaza.

• Resorts World Genting menawarkan program penebusan eksklusif untuk pelanggan yang membeli-belah dalam tempoh Genting Great Sale, 24 Mei sehingga 9 Jun 2019. Dengan pembelian RM600 ke atas (dengan 2 resit maksima) di kedai-kedai yang terpilih, pembeli boleh menebus sebuah topi Adidas C40 Climalite. Pembelian RM300 dan ke atas (dengan resit tunggal) di kedai-kedai terpilih boleh menebus dua pasang tiket perjalanan pergi-balik Awana Skyway.

Kedai Coklat Godiva yang menawarkan pelbagai hamper dan hadiah sempena Hari Raya Aidilfitri

• Di Genting Highlands Premium Outlets, belanja RM300 dan ke atas untuk menebus sepasang tiket Awana SkyWay.

Kedai Sukan Adidas menawarkan harga tawaran yang menarik untuk Genting Great Sale 

• Pembeli dengan pembelian RM100 dan ke atas dalam resit tunggal di kedai-kedai terpilih First World Plaza akan menerima seutas lanyard Batman yang menampilkan logo Batman yang unik sepanjang zaman.


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rwgenting.com atau hubungi talian +603 2718 1118.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING