JUALAN KHAS BUAT PARA JEJAKA DI SHOPEE



Untuk para jejaka di luar sana, bersiap sedialah dan jangan lepaskan peluang merebut tawaran menarik di Shopee Men’s Sale dari 13 Jun hingga 23 Jun 2019. Inilah peluang anda untuk menaik taraf pakaian dan gajet anda pada nilai terbaik untuk wang anda. 

Kemuncak Shopee Men’s Sale akan berlangsung pada 20 Jun dan di sini adalah beberapa strategi oleh Shopee untuk anda dapatkan lebih tanpa berbelanja lebih. 


Tawaran RM1 Yang Sukar Dipercayai

Memang benar, barangan bernilai tinggi seperti Samsung Galaxy A70, mesin kopi Nescafe, komputer riba HP, Sharp Smart UHT TV 45” dan jam tangan Fossil boleh menjadi milik anda untuk RM1. Anda hanya perlu menyemak kalendar harian bagi tawaran RM1 di Shopee.

Pasti Menang: One or Not, or Your Money Back Shopee ialah permainan tanpa risiko yang menjamin RM1 anda akan dikembalikan ke dalam kad kredit atau dompet Shopee jika anda bukan pembeli terpilih. Jadi teruslah membeli-belah. 


Harga Terendah Dijamin Untuk Para Jejaka 

Halaman koleksi elektronik Shopee’s Lowest Price Guaranteed menampilkan gajet, kelengkapan sukan, peralatan rumah dan banyak lagi pada harga terendah di pasaran. 

Jika anda mendapati barangan serupa yang lebih murah di luar Shopee, ciri Pasti Murah: Electronics, Lowest Price Guaranteed Shopee akan memastikan anda mendapat ganjaran 120% daripada perbezaan harga. Dengan ciri ini, anda tidak perlu bimbang anda tidak mendapat tawaran terbaik kerana jaminan yang diberikan. 


Shopee Dapatkan Apa Yang Anda Mahu

Shopee menawarkan pelbagai barangan elektronik untuk lelaki. Anda pasti menemui apa yang anda mahu kerana ciri Pasti Ada: Electronics, Find & Be Rewarded. Shopee sedia membantu anda mencari barangan elektronik yang dikehendaki. Anda hanya perlu mengemukakan tuntutan Pasti Ada untuk barangan yang tidak tersenarai di Shopee. 

Jika Shopee tidak dapat menemui barangan tersebut, anda akan diberi pampasan 10,000 Shopee Coins, tertakluk kepada terma dan syarat.


Dapatkan Lebih Daripada Diskaun

Anda mendapat lebih nilai untuk wang anda apabila menggunakan Shopee Coins, baucar diskaun dan baucar penghantaran percuma apabila anda berbelanja RM40 dan ke atas. 

Shopee memastikan anda tidak kehabisan Shopee Coins dengan mengadakan Shopee Quiz. Pada 12.00pm setiap hari bekerja, anda boleh menyertai Shopee Quiz dengan menjawab lapan soalan pengetahuan am. Anda berpeluang memenangi hadiah terkumpul sehingga dua juta Shopee Coins apabila anda menjawab kesemua soalan dengan betul. Anda mendapat hayat tambahan apabila anda merujuk kawan-kawan untuk menyertai Shopee Quiz.

Di samping itu, ikuti siaran langsung Shopee Live untuk mengetahui tentang produk dan ulasan terkini daripada jenama-jenama setiap hari. Saksikan selebriti dan tokoh-tokoh terkenal termasuk pasukan Mobile Legends Shopee Bosskurr apabila mereka mengacarakan rancangan dan menghadiahkan baucar-baucar bernilai hebat yang boleh anda gunakan untuk pembelian anda yang seterusnya. Untuk maklumat lanjut dan siaran ulangan, ikuti Shopee Live menerusi aplikasi Shopee. 

Shopee menganjurkan kempen untuk semua peminat Marvel yang merupakan pemegang kad Maybank Visa, Master dan Debit. Berbelanja RM200 dan ke atas di Shopee dalam satu transaksi dan anda berpeluang menebus dua daripada 12 pingat eksklusif Marvel’s Avengers bagi menambah koleksi adiwira anda. Kempen berakhir pada 30 Jun 2019.

Untuk menikmati tawaran hebat daripada Shopee Men’s Sale, kunjungi https://shopee.com.my/m/mens-sale

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA