NIKE AIR MAX 270 REACT DI PASARAN MALAYSIA 5 JULAI
Kasut gaya hidup Nike Air Max 270 bakal muncul dengan menggabungkan teknologi baru foam baru Nike React.
Model yang terbaru ini diberi nama Nike Air Max 720 React dan mempunyai silhuet dari keluarga Air Max. Dengan penggunaan foam Nike React di bahagian tapak, kasut ini bakal memberikan pergerakan yang lancar semasa peralihan kaki dari tumit ke bahagian depan kaki. Bahagian aas atau upper kasut digabungkan dengan proses tanpa menggunakan jahitan.
Nike Air Max 270 React didatangkan dengan warna yang selaras dengan sejarah kasut ini yang memberi tumpuan kepada seni dan daya reka. Setiap colorway menampilkan gaya artistik Bauhaus yang terkenal dengan asimetri komposisi corak geometrik, color blocking, gaya San Francisco psychedelia dan sebagainya.
Kasut Nike Air Max 270 React bakal di pasarkan di Nike.com dan kedai-kedai Nike terpilih mulai 5 Julai dengan harga RM 609 sepasang.
#NIKE #TEAMNIKE #AM270 #AIRMAXFAMILY #AIRMAX #REACT
Comments
Post a Comment