NORISH KAREEM BAKAL BAWAKAN FESYEN TEMPATAN KE LONDON

Encik Abu Bakar Yusof, Pengarah Kanan Bahagian Promosi Eksport dan Akses Pasaran MATRADE (tengah) bersama Norish Kareem, pereka-pereka fesyen dan model NKFW.

London, are you ready for Malaysian fashion?

Norish Kareem, pengasas kepada Norish Kareem Couture, Norish Kareem Cosmetics dan Norish Kareem London bakal membawakan koleksi busana pereka-pereka tempatan ke London untuk acara NK Fashion Week (NKFW) yang diadakan buat julung-julung kalinya bersempena dengan Minggu Fesyen London pada September ini. Dianjurkan oleh Norish Kareem London, program ini bakal menampilkan beberapa pereka fesyen Malaysia iaitu MW by Mimi Wahedah, Fana Couture, Lila Majnun, Angie Jewels & Co., Ummiriaz International, Liza Zulkarnain dan lain-lain.

Busana daripada Norish Kareem

Acara NKFW ini adalah hasil jalinan kerjasama strategik bersama MATRADE (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia). Ia bakal diadakan di satu lokasi di tengah-tengah kota London yang bakal diumumkan kelak dan dihadiri oleh pengiat fashion dari dalam dan luar negara.

Norish Kareem berhasrat untuk mengetengahkan pereka-pereka Malaysia di pentas dunia dan memberi mereka pendedahan kepada industri fesyen global.  Di samping peragaan fesyen di landasan catwalk, Norish Kareem juga menyediakan ruang pameran di butik Norish Kareem London untuk pereka di seluruh dunia memperagakan jenama mereka di Kota London. Ia tidak terhad hanya pada pakaian malah kosmetik dan aksesori.

Busana daripada Lila Majnun 

Perancangan untuk membawa NKFW ke Doha, Qatar pada November ini sedang dalam perbincangan dengan agensi kerajaan Qatar. Norish Kareem berharap untuk menjadikan label NKFW sebagai satu teraju penganjuran fesyen antarabangsa di pusat fesyen dunia seperti London, Doha, New York, Paris dan Dubai. Pereka-pereka fesyen yang berminat menyertai NK Fashion Week boleh menghubungi di email sales@norishkareem.com.

Busana daripada MW by Mimi Wahedah

"Bukan mudah sesebuah jenama untuk menembusi pasaran antarabangsa contohnya di Kota London kerana saya pernah merasainya. Oleh itu, salah satu sumbangan saya kepada dunia fesyen adalah memberi peluang kepada pereka-pereka fesyen yang ingin menempatkan koleksi mereka di tengah-tengah kota London. Saya memberi keutamaan kepada pereka Malaysia yang ingin pergi ke peringkat global dan yakin terhadap jenama mereka," kata Norish Kareem


Untuk maklumat lanjut tentang NKFW, sila layari:
Instagram: @norishkareemlondon_official & @norishkareemfashionweek

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI