SONY'S REEL SOCIETY BAWAKAN 5 FILEM EKSKLUSIF KE GSC

(Kiri) En. Simon Foo, Pengarah Urusan Sony Pictures dan (kanan) En. Lionel Loh, Pengurus Pemasaran Kanan GSC

Rangkaian pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) telah mengumumkan kerjasama dengan Sony Pictures Entertainment untukmelancarkan “Sony’s Reel Society” – satu siri lima filem yang bakal ditayangkan di GSC International Screens.

Filem Best of Enemies, arahan Robin Bisell, bakal menerajui siri ini mulai 20 Jun 2019. Barisan filem untuk "Sony’s Reel Society" adalah seperti berikut


MOVIE
TARIKH TAYANGAN
SINOPSIS
Best of Enemies
20 Jun 2019
Kisah benar yang berlaku di antara Ann Atwater, seroang aktivis hak sivil kulit hitam yang lantang, dan C.P. Ellis, seorang ketua Ku Klux Klan.

Late Night
1 Ogos 2019
Mengisahkan seorang hos program wawancara malam yang mengesyaki dia akan kehilangan program TV yang dikendalikannya.

Ode to Joy
19 September 2019
Charlie mengidap penyakit cataplexy yang menjadikannya lumpuh apabila dia dilanda emosi – terutamanya perasaan gembira. Bagaimanakah dia menghadapi ujian ini apabila dia jatuh cinta?

The Sound of Silence
3 Oktober 2019
Seorang penata bunyi rumah (“house tuner") di New York yang berkebolehan untuk menyesuaikan bunyi di dalam sesebuah dengan perasaan penghuninya, mendapat seorang pelanggan yang bermasalah.

A Beautiful Day in the Neighborhood
20 Januari 2020
Berdasarkan kisah benar persahabatan di antara Fred Rogers dan wartawan Tom Junod.


Tarikh Tayangan- 20 Jun 2019

Tarikh Tayangan: 1 Ogos 2019



“Sony’s Reel Society" boleh didapati secara eksklusif di lokasi GSC terpilih termasuk GSC Pavilion KL; GSC Mid Valley Megamall; GSC 1 Utama; GSC Gurney Plaza, Penang; dan GSC Paradigm JB.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.gsc.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3