TRAVELOKA PERKENAL ANUGERAH HOTEL TRAVELOKA DI MALAYSIA



Traveloka, syarikat teknologi yang menyediakan perkhidmatan tempahan perjalanan dan gaya hidup dalam talian untuk destinasi tempatan dan antarabangsa dengan bangganya memperkenalkan kehadiran Anugerah Hotel Traveloka Malaysia buat julung kalinya!

Acara anugerah terhormat ini bakal diadakan di beberapa lokasi di seluruh negara mulai sekarang sehingga 2 Ogos 2019, selepas kejayaan acara pembukaan di The Grounds KL, MAHSA Avenue baru-baru ini. Acara ini menyaksikan beberapa hotel terbaik di Kuala Lumpur dan Selangor (dengan Pahang dan Port Dickson) dinobatkan sebagai pemenang dalam pusingan pertama bagi Anugerah Hotel Traveloka Malaysia. 

Anugerah Hotel Traveloka diperkenalkan buat kali pertama di negara asal jenama tersebut iaitu Indonesia pada tahun 2017. Berdasarkan daripada sokongan hebat yang diterima sepanjang tahun daripada rakan kongsi hotel, Traveloka memutuskan untuk membawa inisiatif ini satu langkah lebih jauh dengan Malaysia sebagai negara pertama di rantau Asia Tenggara untuk menganjurkan Anugerah Hotel Traveloka selepas Indonesia. 

Angelica Chan, Pengurus Pasaran Negara Traveloka Malaysia berkata, Anugerah Hotel Traveloka Malaysia diwujudkan khas untuk memberi penghargaan kepada rakan kongsi hotel terbaik yang berjaya memberi pengalaman yang bagus untuk setiap tetamu. 

"Telah lebih daripada tiga tahun sejak kehadiran kami di pasaran Malaysia. Anugerah ini adalah salah satu cara untuk menunjukkan penghargaan kami kepada rakan kongsi hotel di atas usaha mereka yang berterusan dalam memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada tetamu Traveloka. Kami berharap melalui inisiatif ini, rakan kongsi hotel akan terus memberikan pengalaman terbaik untuk mendapatkan ulasan positif yang lebih baik di platform Traveloka,” kata Angelica Chan, Pengurus Pasaran Negara Traveloka Malaysia. 

Calon-calon dikenalpasti melalui tiga kategori: 

Prestij: Hotel 4-5 bintang (Hotel-hotel eksklusif dengan penginapan luar jangkaan) 
Premium: Hotel 3 bintang (Hotel-hotel dengan pengalaman penginapan selesa terbaik) 
Nilai: Hotel 1-2 bintang (Hotel-hotel berkualiti tinggi dengan pengalaman bernilai) 

Pemenang dipilih dan dinilai berdasarkan kompilasi ulasan positif dan maklumbalas di dalam platform Traveloka daripada tahun 2018. Empat kategori anugerah itu adalah: 

Pengalaman Tetamu Yang Luar Biasa 
Pengalaman Tetamu Yang Terbaik Dalam Kebersihan 
Pengalaman Tetamu Yang Terbaik Dalam Perkhidmatan 
Pengalaman Tetamu Yang Terbaik Dalam Penyediaan Makanan 

"Tetamu kami sentiasa mencari hotel dengan tawaran dan perkhidmatan yang hebat. Disebabkan itu, kami sentiasa menggalakkan mereka untuk berkongsi maklum balas selepas setiap penginapan. Kami menghargai maklum balas setiap pengunjung dan berharap agar ia bukan sahaja dapat meningkatkan industri perhotelan secara keseluruhan tetapi juga meningkatkan kedudukan Traveloka sebagai ‘one-stop’ platform destinasi tempahan," kata Angelica. 

Senarai penuh bagi pemenang di Kuala Lumpur dan Selangor (dengan Pahang & Port Dickson) adalah seperti di bawah: 

Negeri Sembilan

Pengalaman Tetamu Yang Terbaik Dalam Kebersihan 
Avillion Admiral Cove (prestij) 

Pengalaman Tetamu Yang Luar Biasa
Lexis Hibiscus Port Dickson (prestij) 

Pahang 

Pengalaman Tetamu Yang Luar Biasa
Resorts World Genting - First World Hotel (premium) 
Grand Ion Delemen Hotel (prestij) 

Selangor 

Pengalaman Tetamu Yang Terbaik Dalam Kebersihan 
City View Hotel At KLIA & KLIA2 (nilai) 
Tune Hotel - DPulze Cyberjaya (premium) 
Concorde Hotel Shah Alam (prestij) 

Pengalaman Tetamu Yang Terbaik Dalam Perkhidmatan 
Capsule Transit (nilai) 
GM Grand Moments (nilai) 
Sri Langit Hotel (premium) 
Dash Box Hotel Cyberjaya (premium) 

Pengalaman Tetamu Yang Terbaik Dalam Penyediaan Makanan 
Citadines DPulze Cyberjaya (premium) 
Palm Garden Hotel (prestij) 

Pengalaman Tetamu Yang Luar Biasa 
Bary Inn Hotel (nilai) 
The Youniq Hotel (premium) 
The Everly Putrajaya (prestij) 

Kuala Lumpur 

Pengalaman Tetamu Yang Terbaik Dalam Kebersihan 
Gold3 Boutique Hotel (nilai) 
Hotel 99 Kuala Lumpur (Chinatown) (premium) 
Concorde Hotel Kuala Lumpur (prestij) 

Pengalaman Tetamu Yang Terbaik Dalam Perkhidmatan 
Simms Boutique Hotel (nilai) 
Easy Hotel Kuala Lumpur Sentral (premium) 
ANSA Hotel Kuala Lumpur (prestij) 

Pengalaman Tetamu Yang Terbaik Dalam Penyediaan Makanan 
Hotel Imperial Bukit Bintang (nilai) 
Alpha Genesis Hotel (premium) 
The Zon All Suites Residences On The Park (prestij) 

Pengalaman Tetamu Yang Luar Biasa 
My Hotel @ KL Sentral (nilai) 
Hotel CaPITOL Kuala Lumpur (premium) 
Royale Chulan Bukit Bintang (prestij) 

Maklumat lanjut mengenai Anugerah Hotel Traveloka Malaysia 2019 di kawasan yang lain: 

Johor Bahru, Johor – 17 Julai 2019 
Malacca – 18 Julai 2019 
Penang – 23 Julai 2019 
Langkawi – 25 Julai 2019 
Sarawak – 31 Julai 2019 
Sabah – 2 Ogos 2019 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.traveloka.com

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI