JALAN-JALAN MAKAN ANGIN BAWAKAN TARIKAN ISTIMEWA JEPUN
Hasil pengeluaran bersama tiga produksi hebat antara Hokkaido Cultural Broadcasting Corporation Ltd (UHB), Primeworks Studios dan Kantana Japan telah membolehkan penonton di Malaysia untuk menyaksikan rancangan Jalan-jalan Makan Angin (JJMA) dengan berlatarkan kepulauan indah di Hokkaido, menerusi perjanjian yang diterajui oleh Primeworks Distribution, anak syarikat Primeworks Studios.
JJMA merupakan sebuah program travelog yang mempamerkan pilihan penginapan yang unik serta istimewa, destinasi pelancongan menarik dan menyediakan pelbagai maklumat yang perlu diketahui tentang lokasi percutian idaman di seluruh Hokkaido.
JJMA merupakan sebuah program travelog yang mempamerkan pilihan penginapan yang unik serta istimewa, destinasi pelancongan menarik dan menyediakan pelbagai maklumat yang perlu diketahui tentang lokasi percutian idaman di seluruh Hokkaido.
Sebuah majlis pengumuman khas telah diadakan di Japan Expo Malaysia, Pavilion Kuala Lumpur pada hari ini bagi meraikan kolaborasi antara tiga syarikat itu. Yang turut hadir untuk majlis tersebut adalah Hideto Nakajima, Penasihat Ekonomi dari Kedutaan Jepun, Jun Oikawa, Pengarah Urusan dan Eksekutif Kanan UHB, Datuk Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios dan Hiroaki Takenaka dari Kantana Japan.
“Kami di UHB sangat gembira dengan hasil kolaborasi bersama dengan Primeworks Studios dan Kantana Japan. JJMA berjaya menunjukkan keindahan kota Hokkaido dengan gaya penceritaan yang menakjubkan, sesuai ditontoni rakyat Malaysia dan Jepun. Kami berharap program ini dapat memberikan perasaan seolah-seolah penonton berada di Hokkaido walaupun hanya di kaca TV.” Kata Jun Oikawa, Pengarah Urusan dan Eksekutif Kanan, UHB.
Empat episod yang akan ditayangkan bakal menampilkan himpunan bandar-bandar besar di Hokkaido yang terdiri daripada Hokadate, Niseko, Tokachi dan Sapporo, di mana pengacara berpeluang untuk merasakan sendiri kehidupan di negara itu sambil mempelajari pelbagai budaya Jepun, mereka juga turut bertemu dengan beberapa raykat Malaysia yang bermaustatin di Jepun.
“Kolaborasi seperti ini sangat bermakna kepada Primeworks Studios kerana bukan sahaja ianya sebuah perkongsian ilmu antara pihak produksi, tetapi juga mencipta peluang untuk berkongsi gaya penceritaan yang membuatkan kandungan itu menjadi lebih menarik. Kami juga berasa amat berbesar hati dapat menimba ilmu baharu bersama UHB dan Kantana Japan dalam merialisasikan JJMA edisi Hokkaido. Di masa hadapan, kami berharap untuk melakukan kolaborasi seperti ini lagi." tambah Datuk Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Primeworks Studios.
JJMA ditayangkan setiap hari Ahad, jam 11.30 pagi di TV3 Malaysia dan juga boleh ditonton semula di www.tonton.com.my. Episod tentang Hokkaido mula
ditayangkan pada 21 Julai 2019 hingga 11 Ogos 2019.
Comments
Post a Comment