PENSONIC LANCAR KEMPEN ‘ANAK MALAYSIA MASAK BERSAMA PENSONIC'

Dari Kiri: Pensonic Group Executive Director Mr. Nelson Chew, Izzue Islam, Dato’ Chef Haji Ismail, Pensonic Group Managing Director,  Mr. Vincent Chew

Pensonic telah membentangkan Kempen ‘Anak Malaysia Masak Bersama Pensonic’ yang dipenuhi dengan lebih banyak ganjaran hebat sebagai penghargaan kepada para pengguna atas sokongan mereka.

Kempen-kempen Pensonic yang diadakan setiap tahun amat popular kerana ia bagaikan pesta bagi pengguna-pengguna produk Pensonic dengan aktiviti menarik seperti kelas memasak di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negeri, peraduan-peraduan Facebook dan beraneka hadiah untuk dimenangi. Musim keempat rancangan ‘Anak Malaysia Masak Bersama Pensonic’, walaupun hanya disiarkan di TV3, rancangan ini telah berjaya mencapai penonton lebih daripada 7.7 juta. 

Rancangan musim ini lebih meriah dengan tema barunya, ‘Anak Malaysia Masak Bersama Pensonic’. Rancangan yang mengandungi 8 episod ini akan keudara setiap Hari Isnin, jam 6 petang bermula 12 Ogos 2019. Selepas menonton rancangan ini, sila ke Facebook Pensonic dan jawab satu soalan mudah Peraduan Beli, Tonton & Menang untuk peluang memenangi hadiah-hadiah bernilai RM200,000 termasuk sebuah kereta Nissan Serena dan produk elektrik rumah. Pengguna hanya perlu mengikuti langkah-langkah peraduan seperti di bawah: 
  1. Beli produk Pensonic bernilai RM50.00 dan ke atas dalam satu resit semasa kempen iaitu dalam tempoh 15 Julai hingga 15 Oktober 2019. 
  2. ‘Like’ & ‘Share’ Facebook Pensonic & poster peraduan (tukar tetapan privasi kepada Am). 
  3. Tonton rancangan ‘Anak Malaysia Masak Bersama Pensonic’ di TV3. 
  4. PM gambar-gambar resit, kad waranti, butir-butir peribadi dan jawapan untuk soalan peraduan FB. 
Para pengguna digalakkan untuk mengikuti (Follow) Facebook Pensonic untuk mendapatkan informasi terkini mengenai peraduan ini. 

Selain dari Hadiah Nissan Serena, Hadiah Istimewa termasuklah: 
Vacuum Robotik Pintar Toush 
Penyaman Udara 2.0h/p Pensonic 
Mesin Basuh 8.5kgs Pensonic 
TV LED 43” Pensonic 

Senarai hadiah-hadiah istimewa akan dipaparkan di Facebook Pensonic tidak lama lagi. 

Soalan peraduan Beli, Tonton & Menang akan dipaparkan setiap minggu di Facebook Pensonic selepas rancangan ‘Anak Malaysia Masak Bersama Pensonic’ di TV3 setiap Hari Isnin jam 6.00 petang mulai 12 Ogos 2019. Hadiah mingguan akan dipaparkan di poster soalan peraduan, oleh itu sila ke Facebook Pensonic selepas menonton rancangan ini di TV3.

Pengguna yang menyertai peraduan mingguan Beli, Tonton & Menang, yang memenangi hadiah, dan juga peserta-peserta yang memenuhi syarat-syarat peraduan tetapi tidak pernah memenangi hadiah, masih berpeluang menyertai Cabutan Bertuah Peringkat Akhir (Grand Final) pada bulan November 2019, yang akan disiarkan di Facebook Pensonic dan memenangi hadiah-hadiah, termasuk sebuah kereta Nissan Serena bernilai lebih RM131,000.00! 

Rancangan masakan pada kali istimewa kerana ia bersempena dengan hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Dato’ Chef Haji Ismail bersama 11 selebriti ‘Anak Malaysia’, berkongsi resipi-resipi tempatan yang menyelerakan sebagai penghargaan kepada masakan-masakan tempatan.

Antara selebriti popular ‘Anak Malaysia’ tempatan dalam rancangan pada kali ini ialah Adeline Tsen, JC Chee, Ernie Zakri, Izzue Islam, Thanuja Ananthan, Bella Astillah, Fizo Omar, Diana Daniele, Sweet Qismina, Ryzal Jaafar and Afifah Nasir. 

Penonton di rumah yang menonton rancangan masakan ini dan menyertai peraduan Beli, Tonton & Menang mempunyai banyak peluang memenangi produk Pensonic kerana terdapat 3 hadiah untuk dimenangi setiap minggu selama 8 minggu. 

Oleh itu, setiap Hari Isnin pada jam 6.00 petang anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah hebat, mempelbagaikan masakan anda dengan mempelajari resipi-resipi baru dalam rancangan ini, dan juga menonton selebriti kegemaran anda memasak dengan Dato’ Chef Haji Ismail. Sememangnya cara yang paling baik untuk meluangkan masa anda. 

“Kini anda tidak perlu lagi menghabiskan masa berjam-jam bertungkus lumus di dapur untuk menyediakan makanan yang berkhasiat. Tontoni rancangan masakan kami untuk mengetahui bagaimana menyediakan hidangan yang lazat dan berkhasiat dengan menggunakan produk elektrik rumah Pensonic. 

Sertai peraduan Beli, Tonton & Menang di Facebook selepas menonton rancangan masakan kami kerana anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah dan melengkapkan produk elektrik rumah anda, oleh itu sila tonton rancangan ini,” 

Juga, sebagai penghargaan kepada kebudayaan tempatan, kami telah melancarkan satu siri produk Pensonic yang elegan dengan corak geometrik tradisional yang diberi nama Siri Batik Pensonic. Pensonic adalah syarikat tempatan, oleh itu kami akan menyokong kebudayaan tempatan. Kami berharap anda akan melengkapi dapur anda dengan Siri Batik Pensonic kerana peralatan ini dapat membangkitkan kesedaran generasi muda kita mengenai kekayaan warisan budaya kita. Anda dapat melihat Siri Batik Pensonic dalam rancangan ‘Anak Malaysia Masak Bersama Pensonic’ juga”, kata Pengarah Eksekutif Kumpulan Pensonic En.Nelson Chew. 


“Selain dari rancangan masakan, kami juga telah mengadakan kelas memasak di lokasi-lokasi terpilih di negara ini. Kelas Memasak ‘Riang Ria Memasak Bersama Dato' Chef Ismail’ telah diadakan di Kelantan, Kuala Lumpur, Sabah, Butterworth, Pulau Pinang and Pahang. Setiap pasukan yang menyertai kelas memasak ini telah membawa pulang hadiah-hadiah bernilai RM450.00, yang juga termasuk Periuk Serbaguna Pensonic. Jika anda berminat menyertai kelas memasak kami pada tahun hadapan, sila ‘Follow’ Facebook Pensonic untuk mengetahui caranya kerana tempat untuk peserta adalah terhad!”, tambah beliau. 

En.Nelson mengumumkan, “Kami berasa gembira berkongsi satu lagi berita hebat dengan anda. Euromonitor International, iaitu syarikat utama yang menjalankan penyelidikan pasaran strategik, telah membentangkan laporannya untuk pasaran peralatan elektrik rumah di Malaysia.

Pensonic ialah jenama tempatan dengan jualan paling laris dalam dua kategori iaitu kategori Peralatan Kecil (Small Appliances) dan Peralatan Penyediaan Makanan (Food Preparation Appliances). 

Pensonic juga telah mempertahankan kedudukan kami sebagai jenama ketiga paling popular dibandingkan dengan jenama lain di Malaysia termasuk jenama antarabangsa dalam kategori Peralatan Kecil (Small Appliances) dan Peralatan Penyediaan Makanan (Food Preparation Appliances). Kami berterima kasih kepada pelanggan kami yang telah menyokong kami selama ini”.

Penyelidikan menunjukkan bahawa mereka yang makan hidangan yang disediakan di rumah memakan kurang makanan yang diproses, lebih ceria dan sihat, mempunyai lebih banyak tenaga dan kesihatan mental yang lebih baik. Produk Pensonic adalah produk mampu milik yang memudahkan kerja memasak supaya anda dapat meluangkan lebih banyak masa bersama mereka yang bermakna atau penting dalam kehidupan anda. Gunakan produk Pensonic di rumah anda untuk membantu anda menyediakan hidangan yang menyelerakan untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan. Produk Pensonic menjadikan suasana rumah anda lebih gembira. 

Untuk maklumat lanjut, layarlah laman Facebook Pensonic Malaysia Facebook page, laman sesawang Pensonic: https://www.pensonic.com/ atau menelefon Pensonic Careline: 1-800-881-770.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN