SK MAGIC LANCAR PENULEN AIR BERAIS JIK.SOO RICH



SK magic dari Korea, melancarkan JIK.SOO RICH, penulen air berais JIK.SOO semua dalam satu yang memberikan 7 tetapan suhu air berbeza dan kiub ais JIK.SOO yang jernih bak kristal. JIK.SOO RICH yang serba baru ini meletakkan proses penulenan air ke satu tahap yang lebih tinggi dengan inovasi sistem penapisan Nonateknologi, saluran air keluli tahan karat sepenuhnya bagi memastikan air yang dihasilkan adalah tulen serta bebas daripada sebarang pencemaran. 

Air adalah penting untuk semua hidupan. Tubuh manusia terdiri daripada 70% air. Menyedari bahawa air adalah penting untuk mengekalkan kesihatan, rakyat Malaysia hari ini semakin sedar tentang jumlah pengambilan air harian mereka berbanding dahulu. Walau bagaimanapun, masih terdapat ramai lagi yang tidak menyedari tentang kepentingan meminum air bersih serta impaknya terhadap tubuh kita. 

“JIK.SOO RICH menggunakan teknologi JIK.SOO yang telah terbukti bagi memastikan air yang mengalir keluar sentiasa bersih, tulen dan penuh mineral. Inovasi sistem penapisan Nanoteknologi berupaya menapis semua virus, mikroorganisma dan logam berat sementara membenarkan mineral penting mengalir terus. Dilengkapi dengan saluran air keluli tahan karat, penulen air berais ini menawarkan perlindungan terhadap jangkitan (atau pertumbuhan) mikrob,” kata Pengarah Urusan SK magic Malaysia, Namsu Park. 

“Di SK magic, kami komited dalam usaha menggalakkan gaya hidup sihat menerusi penulen air kami yang mampu memberikan anda jaminan kebersihan serta air yang kaya dengan mineral. Kami mengutamakan sistem JIK.SOO dalam setiap perkara yang kami lakukan. Kami mahu pelanggan kami berpuas hati dengan memberikan mereka air dan ais yang dijamin bersih,” tambah Park. 

Sistem penapisan SK magic telah menjalani ujian air serta analisis dialisis air oleh MyTest*, dan ia berjaya melepasi 60 ujian yang diperlukan bagi memastikan bahawa air tulen yang dihasilkan adalah bersesuaian dengan alam sekitar Malaysia. 

*MyTest Lab Sdn Bhd ialah sebuah makmal ujian berpengalaman dan dipercayai di Kuala Lumpur yang mempunyai kepakaran dalam bidang penganalisisan makan, air dan alam sekitar. Ujian tersebut telah dijalankan pada 5 Julai 2019 menggunakan penulen air berais JIK.SOO RICH yang baharu menurut keperluan Air Minuman dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 di bawah Jadual Ke-25 (Peraturan 360 B). 

Penulen air berais JIK.SOO RICH didatangkan dengan penjagaan UV menyeluruh. Takungan airnya menjalani proses pensterilan UV automatik setiap 2 jam selama 10 minit manakala bekas simpanan aisnya disteril dua kali sehari selama 3 jam. Sembilan alat ganti utama penulen air berkenaan turut diganti setiap 12 bulan, seolah-olah anda memiliki produk baru setiap tahun. 

Selain daripada menyediakan air sejuk dan suhu bilik, JIK.SOO RICH turut menampilkan Sistem Air Panas Lima Suhu. Pengguna boleh memilih air pada suhu 90°C, sesuai untuk secawan kopi, air pada suhu 70°C yang sesuai untuk membuat teh dan air suam pada suhu 45°C, 50°C atau 55°C yang sesuai untuk bancuhan susu formula bayi. Selain daripada itu, pengguna juga boleh memilih isi padu air yang diperlukan sama ada 120ml, 250ml, 550ml atau 1000ml. 

Turut hadir pada majlis pelancaran berkenaan ialah model, pelakon, usahawan dan seorang ibu, Amber Chia. “Sebagai seorang ibu, saya sentiasa mengutamakan kesihatan keluarga saya, di mana saya yakin saya boleh memastikannya menerusi pengambilan air berkualiti. Sebagai seorang model, saya sentiasa menjaga kesihatan saya kerana apa yang ada di dalam tubuh saya akan dapat dilihat di luar. Saya sentiasa menekankan tentang kepentingan pengambilan air yang bersih, tulen dan kaya dengan mineral.” 

Penulen air ini direka bentuk bagi memudahkan penggunaannya. Bekas titisan air bermagnet semua penulen air JIK.SOO boleh ditanggalkan dengan mudah bagi membolehkan bekas air beraneka saiz, besar atau kecil diisi sepenuhnya. Reka bentuk pintar pilinya yang boleh digerakkan turut memudahkan untuk mengisi cawan berbeza ketinggian, mengelak air daripada tumpah dan terpercik ke atas produk berkenaan. 

Salah satu ciri utama JIK.SOO RICH ialah keupayaannya menghasilkan kiub ais yang jernih bak kristal. Kiub jernih ini hanya boleh dihasilkan dengan air yang sentiasa mengalir. 

Ia juga boleh didapati dalam dua saiz iaitu 8g dan 11g, memudahkan pengguna untuk keperluan yang berbeza. Penulen air berais ini juga dilengkapi dengan ruang simpanan ais 0.75kg yang mampu menyimpan sehingga 100 kiub ais bersaiz kecil atau 70 kiub ais bersaiz besar. Saluran aisnya direka bentuk bagi memastikan kiub ais tidak akan memercik ke atas pili atau produk apabila dijatuhkan ke dalam cawan, yang menjadi sumber utama pencemaran. 

Sebagai penulen air berais yang bersaiz paling tipis di Korea, reka bentuknya yang rapi dan minimalis amat sesuai dengan rekaan dalaman semua dapur. Teknologi JIK.SOO turut mengurangkan tahap penggunaan tenaga secara signifikan, serendah 530Wh setiap hari. 

JIK.SOO RICH boleh didapati pada harga pengenalan RM145 (harga asal RM180) sebulan untuk sewaan atau RM6,000 untuk pembelian terus unit. Tertakluk kepada terma dan syarat. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk SK magic, sila layari laman sesawang kami di www.skmagic.com.my atau hubungi 1800-18-7878. Jika anda ingin melihat dan merasai sediri keberkesanan produk kami, sertai JIKSOO RICH Roadshow di One Utama Shopping Centre pada 10 Julai hingga 14 Julai, Paradigm Mall Johor Bahru pada 19 Julai hingga 21 Julai dan Queensbay Mall Pulau Pinang pada 8 Ogos hingga 12 Ogos 2019.


Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA