WIPRO UNZA BANGUNKAN PRODUK KECANTIKAN HALAL DENGAN "SERI"



Memandangkan permintaan yang semakin tinggi terhadap produk kecantikan dan kosmetik halal dalam kalangan pengguna Malaysia dan antarabangsa, WIPRO UNZA telah membuat pelaburan untuk sebuah pusat penyelidikan dan inovasi khas yang diberi nama SERI (SAFI Excellence in Research & Innovations).

Wipro Unza, syarikat yang berpangkalan di Malaysia menguasai kategori penjagaan kulit peribadi (personal skincare) dengan lebih 60% di pasaran tempatan. Pada yang sama, Wipro Unza juga berusaha untuk meluaskan pasaran dan dominasi dalam kategori produk halal ke pasaran antarabangsa. Antara jenama utama Wipro Unza dalam rangkaian produk penjagaan diri adalah Safi, Dashing, Enchanteur, Romano, Bio-essence, Eversoft dan Carrie Junior.

SERI yang terletak di Subang Jaya adalah pusat penyelidikan halal yang terbesar dan paling maju di dunia, membangunkan purata 70 produk baru setiap tahun dengan sokongan 50 orang warga penyelidik. 

Pusat ini mempunyai lapan makmal penyelidikan yang diketuai oleh Toh Mong Sah, Pengurus Besar Kanan Kajian dan Pembangunan Wipro Unza Malaysia.

Toh Mong Sah (kiri), Pengurus Besar Kanan Kajian dan Pembangunan dan Sriram Krishnamurthy, Ketua Pegawai Eksekutif Wipro Unza Malaysia.

Makmal penyelidikan di SERI tidak menggunakan haiwan dalam kajian, sebaliknya menggunakan teknologi kultur sel kulit dan teknologi Nano untuk memastikan efikasi bahan aktif yang digunakan dalam produk tanpa mengkompromikan kualiti dan bebas daripada kesan sampingan yang membahayakan.

Selain daripada membangunkan produk-produk halal, pusat ini juga menumpukan perhatian dalam memastikan pengurangan penggunaan bahan plastik dalam pembungkusan, bebas PVC dan mendapat pengiktirafan ISO 45001/2018.

Menurut Sriram Krishnamurthy, Ketua Pegawai Eksekutif, "Wipro Unza komited untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran dalam produk penjagaan kulit muka halal di negara ini dan telah membelanjakan hampir RM30 juta untuk kajian dan pembangunan produk dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini. Malaysia merupakan pasaran kedua terbesar bagi kami selepas India dan kami menjangkakan mampu mencapai pertumbuhan jualan sebanyak dua digit tahun ini."

Semua produk Wipro Unza yang dikilangkan di Malaysia adalah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Untuk maklumat lanjut tentang SERI (SAFI Excellence in Research & Innovations) , sila layari https://safi.com.my/seri/

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM