FILEM MOTIF - MISTERI PEMBUNUHAN TERUNGKAI 26 SEPTEMBER INI



Bukan satu perkara yang mudah apabila diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan satu kes kehilangan remaja, namun diri dihimpit dengan permasalahan peribadi.

Itulah yang harus ditempuhi seorang pegawai inspektor polis wanita yang juga seorang isteri kedua. Malah, setiap yang berlaku di sekeliling pastinya mempunyai motif tersendiri sehingga menimbulkan mister, termasuk kes yang sedang cuba diselesaikannya.

Itu merupakan antara intipati kepada jalan cerita untuk sebuah filem terbaharu berjudul MOTIF terbitan Wayang Works Sdn. Bhd. yang akan ditayangkan di pawagam pada 26 SEPTEMBER 2019.


Pengarahnya, Nadiah Hamzah berkata, idea untuk menghasilkan filem berkenaan adalah cetusan ilham penerbitnya sendiri iaitu Muhammad Bahir.

“Beliau mendapat ilham untuk filem ini berdasarkan pengalaman pakciknya yang menguruskan perkahwinan di Songkla, Thailand.

“Jadi, kami berdua telah berbincang untuk mengembangkan cerita tentang poligami yang berlatar belakangkan genre ‘murder mystery’,” ujarnya dengan menyatakan minatnya terhadap drama bersiri pembunuhan dari negara Scandinavia.

Menurut Nadiah, jalan cerita filem berkenaan bermula dengan kehilangan seorang remaja perempuan dan setiap watak mempunyai motif tersendiri yang akan menggerakkan cerita ke hadapan.

Ujarnya, dia dan penerbit mula menghasilkan sinopsis dan skrip filem berkenaan pada tahun 2014, tetapi penggambaran hanya mula dilakukan tiga tahun kemudian setelah mendapat dana daripada pelabur.

“Dengan peruntukan bajet produksi sebanyak RM1.5 juta (termasuk pengedaran dan promosi), kami kemudian menjalankan penggambaran selama 14 hari di sekitar Kuala Lumpur, Sungai Penchala, Nilai dan Bukit Fraser, Pahang”.

“Kami pernah bekerjasama dengan Sharifah Amani dan merasakan terdapat keserasian antara dia dan Datuk Rosyam Nor. 

“Walaupun kedua-duanya belum pernah digandingkan bersama, ternyata terdapat dinamik antara kedua-mereka sehingga berhasil mengangkat jalan cerita seperti yang saya bayangkan sewaktu skrip dihasilkan,” jelasnya.

Pembikin filem tanah air dapat diberi peluang untuk menghasilkan filem yang lebih berkualiti, dan diberi ruang untuk terus berkarya. 


Sementara itu, salah seorang pelakon utamanya iaitu, Datuk Rosyam Nor yang mengatakan dia begitu tertarik dengan wataknya dalam filem tersebut yang mengelirukan penonton dan tidak dapat dibaca sama ada dirinya seorang antagonis atau sebaliknya. 

“Saya suka sebab boleh membuatkan penonton berfikir dan kekeliruan dalam mereka menilai watak saya sebagai Hussein. 

“Biasanya penonton melihat saya memegang watak antogonis yang memerlukan pergerakan fizikal besar dan laju, tetapi untuk Motif saya bawakan watak yang bermain dengan perasaan serta situasi yang membuatkan penonton terpengaruh serta dapat masuk ke dalam cerita dan watak itu sendiri,” ujarnya.

Menurut Rosyam, dapat bekerja di bawah arahan pengarah wanita juga sesuatu yang menyeronokkan dan melihat Nadiah seorang pengarah yang mempunyai visi dan misi tersendiri.

“Saya menerima tawaran ini kerana mendapat satu watak yang berlainan dan suka berkerja dengan team baharu yang mempunyai visi. Saya nampak idea untuk filem ini agak berlainan berbanding filem-filem yang pernah saya lakonkan sebelum ini. 

“Sebelum ini pun saya selalu ingin dikenali sebagai seorang pelakon yang versatile dan apabila diberi tawaran untuk berlakon dalam filem Motif, saya tidak mampu untuk menolak,” ujarya. 

Seorang lagi pelakon utamanya, Sharifah Amani pula menyatakan dia tidak pernah membawa watak sebagai pegawai polis dalam mana-mana naskhah sama ada drama atau filem.

Menurutnya, dia menerima watak berlakon dalam filem Motif kerana ingin menguji diri sendiri dengan kelainan watak yang pernah dibawakan serta memperjuangkan ketabahan kaum wanita. 

“Saya sudah pernah berkerja dengan Nadiah sejak telefilem pertamanya sehinggalah filem sulungnya ini. Dia seorang pengarah yang sangat berbakat serta sangat teliti.

“Selain itu, tidak dinafikan begitu banyak cabaran yang dilalui, malah Motif antara filem yang paling sukar untuk saya laksanakan sepanjang 15 sebagai seorang pelakon kerana ia menguji mental, fizikal dan emosi,” ujarnya. 



SINOPSIS 

Inspektor Dewi (Sharifah Amani) telah ditugaska dalam mencari jawapan atas kehilangan seorang remaja perempuan di sebuah bandar kecil. Bagaimanapun, tugasan baharunya itu secara perlahan-lahan membongkar masalah kehidupan peribadinya. Berkahwin dan menjadi isteri kedua dalam perkahwinan berpoligami, Dewi berjuang untuk mengambil perhatian suami, terutama dengan isteri pertama yang sudah mempunyai anak. Lebih teruk lagi, secara tidak sengaja Dewi menghubungi isteri pertama suaminya semasa malam yang sangat bergelora dan menyebabkan pertelingkahan yang lama. 

Pada masa yang sama, Dewi menyelami dengan lebih mendalam terhadap tugasannya untuk mencari remaja wanita yang hilang itu. Dia telah menentang ayah kepada remaja berkenaan iaitu Hussein (Datuk Rosyam Nor) dan menggambarkan sikap Hussein seperti suaminya. Dewi berbangga menjadi seorang detektif yang teliti, bijak dan paling utama seorang wanita yang berdikari. Namun, bagaimanakah dia bertahan apabila berhadapan dengan permasalahan sendiri? Semuanya akan terungkap menerusi filem Motif yang akan ditayangkan di pawagam pada 26 September 2019.



BARISAN PELAKON 

Sharifah Amani : Inspektor Dewi
Datuk Rosyam Nor : Hussein 
Iedil Dzuhrie Alaudin : Faisal
Taqim Zaki : Inspektor Rizal 
Emma Tosh : Yasmin
Khalid Salleh : Bapa Yasmin 
Sharmin Edora : Anis Hussein
Azman Hassan : Syukur 
Yuhang Ho : Lim 
Khayrani Kemal : Anna Hussein 
Fadhli Masoot : Azlan
Sherie Merlis : Suri 
Redza Minhat : Ilham (Voice)
Azhan Rani : Kamal
Khairunazean Rodzy : Bakar 
Kenji Sawahi : Zamri 
Ken Zuraida : Ibu Yasmin 

NOTA PRODUKSI 

Filem Terbitan : Wayang Works Sdn Bhd
Pengarah : Nadiah Hamzah
Penerbit : Mohammad Bahir, Farha Al Amin
Penerbit Eksekutif : Adam Firsham, Honey Ahmad 
Penulis Skrip : Nadiah Hamzah, Muhammad Bahir, Honey Ahmad
Pengarah Fotografi : Zainudin Mohamed
Pengarah Reka Bentuk : Lee Tze Loong
Penolong Pengarah Seni : Min Muhamad
Peyunting : Mohamad Bahir, John Hafiz 
Gubahan Muzik : Teoh Eng Hooi, Irena Tai
Pereka Kostum : Darren Siew
Pereka Prop : Eddie Yap
Pengarah Casting : Naa Hashim


Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA