TIRAI PENTAS GEGARVAGANZA 6 BAKAL DIBUKA 13 OKTOBER INI



Pertandingan nyanyian yang menampilkan barisan penyanyi profesional, ‘Gegar Vaganza’ atau ‘GV’ hari ini mengumumkan tirai pentas utamanya untuk musim keenam akan kembali dibuka secara rasmi mulai 13 Oktober ini.

Sekali lagi dipancarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, 9.00 malam, musim terbaharu ini bakal menampilkan 13 peserta, terdiri daripada penyanyi solo, duo dan berkumpulan. Ini merupakan tahun kedua ‘GV’ menyaksikan penglibatan peserta duo dan berkumpulan, selepas format sebegini diperkenalkan buat pertama kalinya pada musim lalu dengan kehadiran kumpulan Elite, Forteen dan pasangan duo, Billy Zulkarnain. 

Untuk edisi kali ini, 13 peserta yang terdiri daripada sebelas peserta solo dan masing-masing satu peserta berkumpulan dan duo, kini bersiap siaga sepenuhnya untuk berentap di pentas berprestij satu-satunya program hiburan tanah air yang mengangkat kembali nama-nama penggiat portfolio seni yang pada suatu ketika dahulu pernah mengecapi kegemilangan dan diminati ramai. 

PESERTA SOLO (LELAKI)
1. SHAM VISA (Dalam Gerimis)
2. JATT (Khayalan)
3. ROY (Ratnaku)
4. AMEER SOFAZR (Dan Bila Esok)
5. HADY MIRZA (Angkasa)
6. NAQIU BOBOY (Episod Cinta)

PESERTA SOLO (WANITA)
1. WANN (Bossanova)
2. MAZLEELA (Tabah)
3. FEEZA (Ungkapan Kata Bernafas Cinta)
4. NOORSHILA AMIN (Rambu Ramba)
5. NURFATIMA (Selembut Sutera)

PESERTA DUO / BERKUMPULAN
1. KOOL (Bebas)
2. ONE NATION EMCEES (Anak Kampung ft. Jimmy Palikat)
‘GV6’ juga masih mengekalkan format asal penjurian yang mana nasib para peserta akan diadili sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri yang telah dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan. Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan. 

Sebelum ini, penyanyi Ayai Ilusi (’GV1’), Siti Nordiana (’GV2’), Azharina (’GV3’) Aishah (’GV4’) dan Noryn Aziz (’GV5’) juga pernah dinobatkan sebagai juara ‘GV’ untuk musim-musim yang terdahulu.

Rangkaian program ‘GV6’ akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) serta turut boleh diakses menerusi perkhidmatan Gempak, Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. 

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul, ‘Kapsul Gegar Vaganza’. Program kapsul ini akan bersiaran dari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 7 Oktober 2019. 

Manakala konsert mingguan ‘GV6’ pula akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama 8 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 13 Oktober 2019. 

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live +’ akan disiarkan secara serentak di www.gegarvaganza.com.my ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV6’ bermula 13 Oktober 2019.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!