BRAND’S LANCAR SARI PATI AYAM DENGAN BUAH GOJI



“Pemakanan mencerminkan diri kamu” merupakan ungkapan yang biasa didengari memandangkan pemakanan adalah penting terhadap tahap kecerdasan mental, emosi serta fizikal seseorang individu. Para Pelajar terutamanya perlu melalui pelbagai aktiviti akademik dan ko-kurikulum, dan sewajarnya mereka perlu dibekalkan dengan pemakanan berkhasiat yang betul untuk mencapai prestasi yang baik di sekolah. 

Pengamalan pemakanan berkhasiat menjamin tahap mental serta daya tumpuan yang lebih fokus dalam meningkatkan produktiviti, memperkukuhkan daya memori serta membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk menjalani aktiviti seharian. 

Bukanlah menjadi suatu yang asing bagi para pelajar yang sering bertungkus lumus sepanjang malam untuk belajar tanpa mengendahkan waktu untuk berehat. Meski pun sifat ini boleh dikira sebagai satu pengorbanan yang berbaloi untuk mereka demi mendapatkan gred yang baik, tetapi para pelajar mungkin akan berdepan dengan masalah penglihatan yang boleh menjejaskan tumpuan mereka ketika belajar. 

Oleh sebab tersebut, BRAND’S® Suntory Malaysia, antara sebuah syarikat kesihatan dan kesejahteraan di Malaysia telah memperkenalkan satu produk yang dirumus khas untuk para pelajar - iaitu Sari Pati Ayam BRAND’S® dengan buah Goji . Produk ini dapat membantu pelajar terutamanya semasa waktu peperiksaan dari segi menyuburkan daya penglihatan mata, meningkatkan daya konsentrasi serta merangsang sistem imunisasi. 

Bercakap kepada ibu bapa dan para pelajar semasa majlis penyampaian hadiah BRAND’S® SMART Achievers Award, Dr. Mandy Yee, Saintis Kanan dari BRAND’S® Suntory Asia, telah berkongsi tentang kebaikan nutrisi di sebalik produk Sari Pati Ayam BRAND’S® dengan buah Goji serta menerangkan tentang kebaikan kandungan produk tersebut. 

“Amalan pemakanan berkhasiat dan seimbang membantu pelajar untuk mencapai tahap prestasi pembelajaran yang optimum. Dengan amalan meminum Sari Pati Ayam BRAND’S® dengan buah Goji setiap hari, ianya boleh membantu para pelajar untuk mencapai daya keupayaan yang terbaik untuk belajar,” kata Dr. Yee. 

“Sari Pati Ayam BRAND’S® dengan buah Goji merupakan makanan kesihatan semula jadi yang tiada garam tambahan serta bebas kolesterol dan lemak. Ianya bukan sahaja boleh meningkatkan kebolehan ketika membaca, mengurangkan masalah letih mata, malah ianya membantu pelajar untuk kekal fokus dan memberi tumpuan yang baik ketika dalam kelas serta ulangkaji di samping menolong mereka untuk mencapai tahap pembelajaran yang optimum,” tambah Dr. Yee. 


Seramai 20 orang pelajar cemerlang dalam peperiksaan akhir mereka tahun lepas telah pun dipilih untuk menerima anugerah di majlis BRAND’S® SMART Achievers Award. 

Bermula dari sekolah menengah sehingga ke peringkat universiti, mereka dipilih daripada ratusan permohonan untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik, bagi mendapatkan penganugerahan yang didambakan, yang hanya akan diberikan kepada penerima paling cemerlang dalam bidang akademik dan prestasi ko-kurikulum. 

Dengan rasa penuh bangga, para pelajar dan ibu bapa yang datang dari serata negeri termasuk Sarawak, Johor, Kelantan, Pulau Pinang, Melaka and Perak telah hadir ke majlis penganugerahan yang istimewa ini, di mana mereka telah menerima hadiah berupa wang tunai dan produk BRAND’S® sebagai tanda penghargaan. 

BRAND’S® SMART Achievers Award yang bertujuan untuk menggalakkan dan membolehkan generasi muda untuk mencapai kebolehan mereka mempunyai 4 kategori yang menawarkan hadiah berupa wang tunai – PT3 (RM500), SPM (RM1,000), STPM (RM1,500) dan peringkat universiti/kolej (RM2,000). 

“BRAND’S® telah memberi penganugerahan kepada para pelajar cemerlang sejak dari tahun 2006. BRAND’S® SMART Achievers Award ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada mereka yang bukan sahaja memperolehi keputusan akademik yang cemerlang, malah juga mencapai prestasi yang baik dalam aktiviti ko-kurikulum. Pada tahun ini, kami amat berbangga kerana berupaya mengiktiraf 20 orang pelajar untuk memasuki kelab yang berprestij ini,” kata Gillian Loh, Ketua Pemasaran di BRAND’S® Suntory Malaysia. 


Satu-satunya pati ayam dalam pasaran yang disokong oleh lebih daripada 50 kertas saintifik antarabangsa dan hasil kajian klinikal membuktikan bahawa pengambilan harian Sari Pati Ayam BRAND’S® mampu meningkatkan daya ingatan sehingga 15% serta memperkukuhkan daya tumpuan sebanyak 22% sambil menambahkan metabolisme sehingga 16%. 

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?