FESTIVAL BELI-BELAH ONLINE SHOPBACK TAWAR JUTAAN GANJARAN



ShopBack, platform ganjaran dalam talian popular hari ini melancarkan ShopBack ShopFest yang merupakan festival beli-belah dalam talian terbesar di Asia Pasifik melibatkan acara-acara utama seperti 9.9, #MYCYBERSALE, 11.11, Black Friday & Cyber Monday, 12.12 dan Krismas & Jualan Murah Tahun Baru. Sepanjang tempoh ini, para pembeli Malaysia bukan sahaja dapat mengakses tawaran terbaik, baucar dan pulangan tunai yang ditawarkan di semua platform beli-belah dalam talian di bawah satu bumbung, malah berpeluang untuk menerima 1.5 juta baucar dan lebih RM20 juta pulangan tunai menerusi ShopBack. 

Penganjuran ShopBack ShopFest tahun lalu meraih sambutan luar biasa. Di Malaysia, 3 kategori dengan pembelian tertinggi merupakan Online Marketplace, Percutian (Travel) dan Fesyen. Di peringkat serantau pula, sebanyak 10 juta tempahan dibuat menerusi Online Marketplace, 1.4 juta malam ditempah menerusi agen-agen percutian dalam talian dan 1 juta helai pakaian dibeli oleh pengguna ShopBack Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Taiwan dan Australia. 

“Di ShopBack, kami meletakkan pelanggan sebagai teras perniagaan dengan misi membantu mereka mendapatkan nilai dan ganjaran terbaik hasil pembelian tawaran dan jualan murah hujung tahun. Menerusi ShopBack ShopFest, kami menyasarkan untuk menjadi destinasi pra beli-belah dalam talian pembeli serta menjadi panduan mudah pembeli untuk mendapatkan penjimatan terbaik sempena jualan murah hujung tahun hanya dengan beberapa klik,” ujar Pengurus Besar ShopBack Malaysia, Eddy Han. 

Berdasarkan laporan pemerhatian terhadap beli-belah dalam talian oleh ShopBack Malaysia, daripada 1,200 responden, 90% pembeli dalam talian menyatakan kecenderungan mereka membeli sesuatu untuk diri sendiri ketika jualan murah hujung tahun. Fesyen, Kecantikan & Suplemen, Hiasan Rumah & Kediaman diundi sebagai 3 pilihan tertinggi. 40% responden pula bercadang untuk berbelanja dalam lingkungan RM51 – RM150, manakala 32% merancang untuk berbelanja di antara RM151 hingga RM500. 

“Berbanding 2H2018, kami mendapati terdapat peningkatan sebanyak 70% dari segi penjanaan nilai barangan kasar (GMV) menerusi platform kami pada 1H2019. Berpandukan maklum balas positif dan kecenderungan yang tinggi terhadap beli-belah dalam talian dalam kalangan pembeli tempatan, kami yakin 2H2019 akan menjadi lebih baik terutama dengan pelancaran ShopBack ShopFest,” tambahnya. 

Tambahnya, platform-platform e-dagang popular seperti Agoda, Booking.com, Lazada, KLOOK, Shopee, Taobao, ZALORA dan lain-lain akan memberikan diskaun sehingga 80% pada setiap enam jualan murah tahun ini. Selain itu, terdapat juga tambahan sehingga 30% pulangan tunai dan baucar untuk pengguna ShopBack. 

“Kami menggandakan ganjaran baucar dan pulangan tunai kepada para pengguna berbanding tahun lepas. Tahun ini kami memberikan pengalaman yang lebih mengujakan kepada para pengguna menerusi pengenalan ciri aplikasi baru seperti cara pantas (shortcut) kepada pulangan tunai berganda, tebusan baucar termasuk permainan menyeronokkan sepanjang ShopBack ShopFest 2019,” tambahnya. 

Bermula 6 September 2019, ShopBack akan melancarkan festival menerusi dua permainan di aplikasi dan dalam talian – Voucher Hunt dan Coin Monster. Para pengguna boleh menyertai Voucher Hunt bermula 6 hingga 9 September menerusi aplikasi ShopBack atau menyertai Coin Monster di laman Facebook ShopBack Malaysia bermula 9 hingga 15 September. Selain itu, pengguna juga boleh memasukkan 'shopback' kod di dalam aplikasi ShopBack > profile > bahagian ganjaran untuk mendapatkan cashback bonus. Lebih 1.5 juta baucar disediakan untuk diberikan sepanjang tempoh festival tersebut. 

Kini lebih 1.5 juta rakyat Malaysia menggunakan ShopBack bagi mendapatkan simpanan tambahan, hasil daripada pembelian dalam talian dengan pengguna di kelompok teratas megeluarkan lebih RM30,000 pulangan tunai ke dalam akaunnya. Untuk maklumat lanjut, layari laman web https://www.shopback.my/ atau Facebook ShopBack Malaysia https://www.facebook.com/ShopBackMalaysia/.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO