TRAVELOKA MALAYSIA TAWAR PENGALAMAN BAHARU “XPERIENCE”

Mr Halif Hamzah, Traveloka Country Manager for Malaysia and Singapore and Mr Terry Santoso, Head of Marketing Traveloka Xperience Headquarters

Traveloka, sebuah aplikasi pelancongan & gaya hidup yang terkemuka bagi destinasi domestik dan antarabangsa, dan salah satu syarikat teknologi yang berkembang pesat di Asia Tenggara secara rasminya telah melancarkan Traveloka Xperience di Kuala Lumpur – sebuah platform yang ringkas dan mudah digunakan untuk meneroka dan menempah aktiviti pelancongan serta aktiviti gaya hidup di Traveloka bagi memudahkan perancangan untuk semua. 

Traveloka Xperience membolehkan pelancong domestik dan antarabangsa – serta penduduk tempatan yang tidak bercuti – untuk memanfaatkan sepenuhnya penginapan mereka atau hanya dengan menikmati aktiviti malam yang menyeronokkan dengan meneroka beribu-ribu aktiviti dan tarikan yang telah disesuaikan di bawah satu platform. Dengan produk Xperience Traveloka terbaharu, para pelancong dengan mudahnya dapat meneroka dan menempah sesuatu yang santai atau mengisi masa mereka melalui pengalaman di luar jangkaan di setiap penjuru dunia. 

Kategori-kategori tersebut adalah Tarikan, Lawatan, Acara Sukan, Taman Permainan dan Hiburan yang direka dan disyorkan oleh penduduk tempatan di kawasan pelancongan terbabit. Traveloka kini menawarkan lebih daripada 15,000 inventori yang menarik merentasi pelbagai negara. Inventori dalam kesemua 10 (dan lebih) kategori boleh didapati untuk pengguna Traveloka di tujuh negara termasuk Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam, Malaysia, Singapura dan Australia. 

Halif Hamzah, Pengurus Negara Traveloka bagi Malaysia dan Singapura berkongsi bahawa Traveloka Xperience bermatlamat untuk memperkasakan pengguna mereka dengan pandangan mengenai pelbagai penerokaan merentasi pelbagai kategori untuk pelancong domestik dan luar negara. 

“Di Traveloka, kami mempunyai misi untuk menggalakkan pengguna kami untuk meneroka dunia dengan menyediakan perkhidmatan yang menggabungkan pengalaman pelancongan dan gaya hidup dalam satu platform – menjadikan impian mereka menjadi kenyataan. Berkhidmat sebagai produk ‘satu sentuhan, tempahan berganda dan bayaran’, Traveloka Xperience disesuaikan mengikut pilihan dan minat individu – membolehkan mereka untuk memudahkan dan mengubahsuai perjalanan mereka sambil menyediakan pelbagai aktiviti untuk diterokai,” tambah Halif. 

Xperience boleh didapati di semua antara-muka Traveloka termasuk komputer, telefon bimbit dan aplikasi. Direka untuk membuat perjalanan anda diingati melalui berpuluh ribu pengalaman menarik, Traveloka menawarkan platform mudah digunakan yang tidak rumit dan boleh dipercayai: 
  • Tidak rumit, melalui kaedah pembayaran kami yang pelbagai dan boleh dipercayai yang memudahkan pengesahan tempahan dengan segera. 
  • Boleh dipercayai, kerana jaminan kemasukan kami bersama-sama dengan 24/7 sokongan pelanggan Malaysia tempatan. 
Selain itu, Traveloka Xperience juga mempunyai tawaran hebat dan harga diskaun yang akan membantu pelancong menjadikan pengalaman impian mereka menjadi kenyataan. Pengguna kini dapat meneroka dengan mudah dan menempah aktiviti dengan pengesahan serta-merta daripada pelbagai pilihan dari slot mengurut di kawasan kejiranan anda ke pelancongan luar negara yang menyeronokkan bersama keluarga. 

Semua tempahan akan tersedia pada harga yang kompetitif, serta menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan kerana mereka boleh membayar dengan menggunakan pelbagai pilihan pembayaran dan memastikan tempahan mereka disahkan dengan serta-merta. 

Untuk menikmati keseronokan tersebut, pengguna boleh menikmati promosi istimewa di Traveloka Xperience di mana termasuk 15% sehingga RM80 (dengan urus niaga minimum RM250 untuk pembelian pertama anda) dengan menggunakan kod promo JOMXP19 untuk kedua-dua produk bukan Malaysia dan Malaysia, dari 3 September – 30 September 2019. 

Kaedah pembayaran berganda juga tersedia untuk pengguna Malaysia. Traveloka Malaysia juga bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang boleh dipercayai untuk memastikan setiap transaksi berjalan lancar dan bebas kerisauan. 

Traveloka adalah syarikat teknologi terkemuka yang menyediakan produk pelancongan dan gaya hidup dalam talian untuk destinasi domestik dan antarabangsa, termasuk penerbangan, penginapan hotel, pengangkutan lapangan terbang (perkhidmatan mengambil dan menghantar), tiket kereta api ke bandar dan juga tiket untuk pakej pelancongan, makan, hiburan dan lain-lain. Untuk menyediakan pelbagai pilihan kepada pengguna dan memperluaskan inventorinya, Traveloka Xperience telah membina perkongsian strategik bersama pemain antarabangsa seperti Universal Studios, Resort World Sentos, Disneyland, Ngong Ping, Legoland, Aquaria KLCC, Cartoon Network Amazone dan banyak lagi. 

Terry Santoso, Ketua Pemasaran Ibu Pejabat Traveloka Xperience berkata, “Kami berbesar hati untuk memperkenalkan Traveloka Xperience di Malaysia sebagai satu penyelesaian baru untuk meningkatkan Traveloka sebagai aplikasi pelancongan dan gaya hidup yang pertama di rantau ini. Kami berharap dapat membina hubungan lebih kukuh bersama rakan kongsi perniagaan kami serta menyumbang kepada pengalaman hidup yang lebih baik kepada pelanggan kami yang tersayang di Malaysia." 

Traveloka mengenalpasti beberapa pelancong adalah pakar dalam destinasi yang mereka melancong dan mengalu-alukan apa jua input berguna di platform yang memperkenalkan daerah baru dan menarik untuk diterokai, tapak untuk dilawati dan makanan untuk dicuba di pelbagai destinasi. 

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, lawati https://www.traveloka.com/en-my/ dan https://www.facebook.com/traveloka.com.my

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!