LAZADA 11.11 SHOPPING FESTIVAL TAMPILKAN 16 JENAMA EKSKLUSIF



Lazada 11.11 Shopping Festival kembali lagi dengan 16 jenama antarabangsa dan tempatan yang menjadikan Lazada Malaysia sebagai pilihan platform eDagang eksklusif mereka. Ini diserikan dengan Super Show 11.11 pada 10 November dengan rekaan pentas layar multiskrin yang pasti akan memukau penonton dengan penampilan terulung artis sensasi Kpop, Apink.



Pada 11.11 ini, pelanggan dapat mengalami pembelian yang lebih pantas dan lancar, serta memberi lebih ganjaran dengan menggunakan Lazada Wallet, sambil menikmati konsep beli-belah sambil berhibur terbaharu, tawaran Mesti Beli dan tawaran eksklusif kepada Lazada, pra-tempah barangan dengan harga terendah dengan Chup Dulu dan pelbagai cara-cara hebat yang lain untuk lebih penjimatan.

“Ini adalah tahun ketujuh 11.11 akan berlangsung di Malaysia semenjak pesta beli-belah popular global ini diperkenalkan oleh Lazada di Malaysia pada 2012. Kami begitu bangga kerana Lazada berjaya menjadikan 11.11 sebagai salah satu peneraju industri utama, yang telah mengubah cara pengguna membeli-belah dan cara peniaga menjalankan perniagaan mereka. Lazada 11.11 Shopping Festival telah memainkan peranan penting dalam perkembangan industri eDagang di Malaysia, yang dijangka akan menyumbang lebih RM100 bilion kepada KDNK Malaysia pada 20201,” kata Leo Chow, Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia.

“Sebagai pemain eDagang paling pesat berkembang di rantau ini dengan lebih dari 50 juta pengguna aktif tahunan dan lebih dari 100% perkembangan tahun ke tahun untuk empat suku tahunan yang lalu2, kami bekerjasama dengan pelbagai jenama besar global dan serantau yang kini memilih Lazada sebagai platform eDagang ekslusif. Ini memperkukuhkan lagi kedudukan Lazada sebagai platform eDagang pilihan yang paling dipercayai untuk memesatkan bisnes dalam talian mereka. Oleh itu, kami mengalu-alukan lebih banyak jenama-jenama lain untuk menjadi sebahagian dari keluarga Lazada,” tambah Chow.

Jenama Antarabangsa dan Tempatan Kegemaran Anda, Kini Eksklusif di Lazada
Lazada terus menjadi destinasi gaya hidup pilihan pelbagai jenama antarabangsa dan tempatan yang ingin meluaskan jangkauan mereka melalui pasaran eDagan, dengan akses kepada pangkalan data penggunannya yang gemarkan penyelesaian gaya hidup digital. Lazada akan terus berusaha membawakan inovasi dan cara baharu untuk kemudahan pengguna Malaysia membeli-belah dengan memberikan pengalaman yang menarik serta mempelbagaikan pilihan bagi memenuhi kehendak pelanggan.
• Apple
• Benefit Cosmetics
• Bobbi Brown
• Clinique
• Coocaa
• Dyson
• Estée Lauder
• Future of Wellness
• KOSÉ
• MAC Cosmetics
• Origins
• Offspring
• Senheng
• Shiseido
• Viewnet
• VTech Electronics

Detik ke Jualan Sehari Terbesar dengan Lazada 11.11 Super Show! 
Dibawakan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Lazada 11.11 Super Show kembali sebelum detik tibanya acara jualan tahunan terbesar Lazada melalui Penstriman Secara Langsung di aplikasi Lazada dan akan disiarkan juga secara langsung dipelbagai saluran Media Prima iaitu TV3, platform dalam talian Tonton dan saluran Youtube TV3.

Bermula jam 9 malam ke 12.30 pagi, rancangan ini akan menampilkan pelbagai persembahan dan sketsa oleh Man Bai dan Hujan, serta barisan artis popular tanah air seperti Ayda Jebat, Zizan Razak, Hael Husaini, Siti Nordiana, Naim Daniel, K-Clique, Ismail Izzani dan ramai lagi. Ini akan diserikan dengan penampilan istimewa dari kumpulan K-pop terkenal Apink dan penyanyi berkonsepkan ‘electropop’ dari Indonesia, Cinta Laura.

Semasa Super Show berlangsung, penonton bakal berpeluang memenangi baucar eksklusif bernilai sehingga RM1,000 dengan menyertai permainan interaktif Voucher Rain di aplikasi Lazada yang akan diadakan sebanyak 8 kali.

Gunakan Lazada Wallet untuk Pembelian Lebih Lancar, Lebih Ganjaran serta Rebat Pulangan Tunai!
Dengan lebih banyak pengguna memilih mod pembayaran tanpa tunai, Lazada Wallet menawarkan:
• 100% pulangan tunai untuk 111 pengguna pertama yang menambah nilai sebanyai RM111 dari 1 ke 6 November
• Peluang untuk memenangi kredit Lazada Wallet sehingga RM111 apabila anda menambah nilai diantara 7-10 Nov dan belanja pada 11.11

Pembayaran dengan Lazada Wallet semakin meningkat, menunjukkan penggunaan 14 kali ganda pada jualan 9.9 yang lalu jika dibanding dengan tempoh yang sama tahun lepas. Penggunaan Lazada Wallet adalah cara yang lebih selamat untuk pelanggan mahupun peniaga, yang melindungi dari transaksi yang tidak sah serta mempercepat dan mempermudah proses pemulangan wang. Lazada juga membawakan lebih banyak mod pembayaran tanpa tunai iaitu Touch ‘n Go eWallet serta perkenalan kad kredit Lazada- Citibank.

Nikmati:
• Potongan RM 11 untuk pembelian minimum RM100 di Lazada pada 11.11 untuk pembayaran menggunakan Touch ‘n Go eWallet
• 10 kali mata ganjaran untuk tambah nilai Lazada Wallet dan pembelian di Lazada untuk pemegang kad kredit Lazada-Citibank

Memperkasa usahawan tempatan dan petani luar bandar melalui eDagang 
Berikutan kerjasama diantara Lazada dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk kempen Beli Barangan Buatan Malaysia, Lazada 11.11 Shopping Festival tahun ini akan membolehkan produk-produk luar bandar untuk diperkenalkan secara lebih meluas kepada pengguna di Malaysia melalui inisiatif The Desa Project.

Satu inisiatif oleh empat usahawan digital yang diilhamkan daripada kejayaan model ‘Taobao Village’ di China sewaktu di program latihan Alibaba Netpreneur (anjuran bersama Malaysia Digital Economy Corporation), matlamat The Desa Project adalah untuk memulih dan memperkasa ekonomi komuniti pendalaman dan sebagai persediaan untuk masa hadapan yang lebih mampan. Lazada Malaysia menjadi platform untuk kedai dalam talian Desaku Flagship Store di LazMall, yang menjual produk hasil tempatan termasuk beras organik Orang Asli, kacang tanah Sempalit, sos soya Bentong, dan serbuk halia Bentong.

Lebih Penjimatan, Lebih Ganjaran dan Lebih Baucar pada 11.11 ini!

• GUESS IT! 
King (4 November dari jam 7 malam ke 11 malam) Hasil dari kejayaan rancangan GUESS IT!, iaitu gameshow strim secara langsung Lazada; pada 11.11 ini pelanggan mempunyai peluang menyertai edisi pertama GUESS IT! King – rancangan permainan secara langsung terus menerus selama 4 jam, menampilkan personaliti tanah air seperti Sean Lee, Nabil Aqil, Theebaan G, Adibah Noor dan Emma Maembong pada 4 November ini dari jam 7 malam ke 11 malam. Dengan jumlah hadiah terkumpul bernilai lebih dari RM200,000 untuk dimenangi*, pemain yang meneka paling pantas dengan harga paling hampir tepat akan menang disamping akan membantu personaliti mereka untuk muncul sebagai GUESS IT! King (Raja GUESS It!). Kongsikan pautan strim kepada rakan-rakan dan anda akan menerima ‘Guess Card’ untuk lebih peluang menang*.

• Moji-Go
Alami permainan pertama Lazada yang menggunakan teknologi pengecaman wajah di aplikasi Lazada! Padan ekspresi muka kepada emoji yang muncul di skrin untuk dan kumpulkan Coin yang boleh ditukarkan ke baucar. Permainan ini adalah tambahan kepada permainan LazGames sedia ada seperti LazCity Wonderland, Popping Star, Tower, Shop & Match, Target, Popping Balloons, Push Cart, dan Birthday Blast.

• Pra-Tempah dengan Chup Dulu*
Nikmati tawaran eksklusif dan harga menarik untuk barangan terpilih dengan Chup Dulu. Tempah barangan yang anda inginkan dengan membayar deposit (wang tidak dikembalikan) di aplikasi Lazada pada 10 November 2019 untuk jaminan tempahan barangan. Lengkapkan pembayaran dengan membayar baki pada 11 November 2019 untuk barang yang telah anda pra-tempah dan ianya akan terus dihantar kepada anda.

• Tawaran Mesti Beli 
Rujuk kepada panduan Mesti Beli Lazada untuk menikmati barangan dengan harga rendah semasa 11.11 ini. Ianya akan menampilkan produk-produk dari pelbagai kategori sepanjang hari. Oleh itu, pastikan anda sentiasa menyemak panduan tersebut untuk harga terendah di Lazada:

• Lowest Price Guarantee (Jaminan Harga Terendah)* 
Nikmati Jaminan Harga Terendah untuk barangan diseluruh platform Lazada. Sekiranya anda terjumpa barang yang serupa, dalam stok, bukan produk promosi dan dijual pada harga yang lebih rendah di kedai dalam talian yang lain; hubungi kami dan kami akan bayar dua kali ganda perbezaan harga! Pastikan anda membuat tuntutan pada 11.11 untuk menikmati jaminan ini. *Tertakluk pada Terma & Syarat.


Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

SEBARKAN KASIH SAYANG DAN KEBAIKAN DENGAN VOLUNTOURISM