PERUNTUKAN KAHWIN ADIK ALIFF SYUKRI CECAH RM 1/2 JUTA



Suasana di dalam Dewan Perdana Felda pada 27 Oktober lalu ternyata meriah dengan lebih 1,000 tetamu yang hadir untuk meraikan perkahwinan adik kepada jutawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman iaitu Aiman Hazim, 23 tahun. 

Aiman adalah adik berlainan bapa kepada Aliff Sykuri. Bonda kepada Aliff dan Aiman iaitu Rozita Ibrahim dan kakak sulung mereka, Datin Sri Nur Shahida turut hadir juga di sesi bersama media sebelum bermulanya majlis.

Bonda Rozita sendiri mendedahkan sebanyak RM500,000 telah diperuntukkan untuk majlis perkahwinan gilang-gemilang tersebut yang pada asalnya, dirancang untuk dibuat di rumah sahaja. Memandangkan Aiman adalah anak lelaki yang terakhir, mereka buat keputusan untuk membuat sebuah majlis yang lebih gah di Dewan Perdana Felda.

Untuk perkahwinan tersebut, Dewan Perdana Felda telah ditransformasikan mengikut konsep Peradaban Melayu, lengkap dengan wangian daripada bunga harum sundal malam segar dan pelamin yang dihias umpana Istana Rimba yang dikelilingi dedaun hijau dan bunga-bungaan. 

Pengantin perempuan, Siti Norhafizah diusung masuk di atas tandu sebelum dipertemukan dengan pengantin lelaki, diiringi oleh paluan gendang yang berkumandang di seluruh dewan. Sebahagian tetamu juga hadir berpakaian tradisional lengkap bertanjak.

Selain tarian tradisional dan muzik ghazal memenuhi ruang udara, para tamu dipertontonkan dengan video pendek lakonan pengantin serta bonda Rozita sendiri.

Sambil menjamu selera, para tetamu dihiburkan oleh Biduan Negara, Dato Jamal Adbillah yang memulakan persembahan lima buah lagu dengan lagu hit Kekasih Awal Dan Akhir yang sesuai sekali bagi meraikan kedua mempelai yang kelihatan berseri-seri dalam busana kuning keemasan. 

Aiman turut menerima sebuah kereta jenama Mercedes sebagai hadiah perkahwinan daripada ibunya, Bonda Rozita.

Aiman Hazeem dan Siti Nurhafizah melangkah masuk ke dalam dewan. Sebelum ini, Siti Nurhafizah diusung masuk ke dalam dewan umpama puteri raja zaman purbakala.  

Antara tetamu jemputan khas adalah Yang Amat Berhormat Tuan Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Selangor dan isteri.

Dewan Perdana Felda yang ditransformasikan dengan tema Istana Ratu Rimba Hikayat Melayu Purba

Persembahan tarian tradisional Melayu bak tarian di istana zaman dahulu.

Bonda Rozita Ibrahim turut ke pentas untuk bersama berhibur dengan Dato Jamal Abdillah

Biduan Negara, Dato Jamal Abdillah mendendangkan lima buah lagu di dalam majlis resepsi Aiman Hazeem dan Siti Nurhafizah

Kedua mempelai, Aiman Hazeem dan Siti Nurhafizah bagai pinang dibelah dua.

Majlis dihadiri oleh lebih 1,000 tetamu jemputan.

Ingin mengetahui perkembangan keluarga jutawan kosmetik? Jom ikuti...

Bonda Rozita Ibrahim– https://www.instagram.com/bondarozitaibrahim/
Dato Seri Aliff Syukri – https://www.instagram.com/aliffsyukriterlajaklaris/
Yatie Sendayutinggi – https://www.instagram.com/yatie_sendayutinggi/



Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING