‘A WONDROUS WINTERLAND’ DI PUSAT BELI-BELAH IPC



Keriangan sambutan Krismas sudah mula dirasai di Pusat Beli-belah IPC. Dengan tema, ‘A Wondrous Winterland’ [Keajaiban Musim Salji] pusat beli-belah yang mesra komuniti ini telah membina taman salji yang indah di samping pelbagai jualan barangan menarik, aktiviti dan tawaran eksklusif dari sekarang hingga 1 Januari 2020. Sambutan tahun ini lebih meriah lagi kerana IPC turut meraikan ulang tahunnya yang ke-16. 


‘A Wondrous Winterland’ di IPC 

Pusat Beli-belah IPC akan membawa pengunjung mengembara ke sebuah taman ajaib yang dipenuhi dengan coklat dan keriangan terletak di lobi utamanya dengan kolabarasi bersama Toblerone, jenama coklat terkemuka yang bertaraf legenda. Para pengunjung juga boleh melangkah masuk ke dalam rangka bola kristal yang besar dan di situ terdapat pokok Krismas setinggi 15 kaki, sementara kanak-kanak boleh mengelilingi taman indah yang di penuhi dengan pelbagai hiasan tomte yang comel dengan menaiki keretapi. Pengunjung pastinya tidak akan melepaskan peluang bergambar untuk dikongsi di laman Instagram masing-masing. 


Pengunjung juga boleh turut serta dalam pelbagai aktiviti dan bengkel kraf menarik untuk kanak-kanak semasa hujung minggu sepanjang musim perayaan ini. Aktiviti-aktiviti tersebut disesuaikan mengikut minat dan permintaan yang berbeza untuk setiap ahli keluarga. Terdapat bengkel menggubah hiasan-hiasan Krismas, sesi pertemuan mesra bersama Tomte dan gadis-gadis berpakaian tradisional Sweden, persembahan tarian serta bengkel seni dan kraftangan untuk kanak-kanak. 


IPC Tack Club 

Sejak pembangunan kawasan Mutiara Damansara, pusat beli-belah mesra keluarga ini telah membangun bersama komuniti setempat dan pada hari ini tempat ini telah menjadi tumpuan ramai orang dari latar belakang yang berbeza untuk bertemu, membeli-belah, menjamu selera, belajar dan mencipta kenangan manis bersama-sama. 

Sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-16, Pusat Beli-belah IPC berharap dapat merapatkan lagi hubungan mesra bersama rakan niaga dan para pengunjung mereka melalui program kesetiaan yang dinamakan IPC Tack Club. ‘Tack’ dalam bahasa Sweden yang bermaksud, Terima Kasih ini akan menawarkan lebih banyak ganjaran dan tawaran istimewa kepada para pengunjung setia mereka. 

“Apabila kami melancarkan konsep ‘‘So Much More’ (Lebih banyak lagi) kami amat komited untuk mencipta pengalaman membeli-belah yang menepati gaya hidup pelanggan kami. Kami memahami bahawa pengguna sekarang sudah biasa menggunakan aplikasi digital layan diri melalui aplikasi mudah alih dan juga belian atas talian. Oleh yang demikian, kami berusaha untuk mengenal pasti dan menaik taraf pengalaman membeli-belah yang menggabungkan konsep membeli-belah dan menjamu selera sesuai dengan trend terkini. Program kesetiaan seperti ‘IPC Tack Club’ yang membolehkan anda menyimpan, mengenal pasti dan menebus ganjaran atau tawaran dengan segera bukan lagi suatu perkara baharu malah ia adalah sesuatu yang perlu dilakukan,” kata Karyn Lim, Pengurus Besar, Pusat Beli-belah IPC. 

Jelasnya lagi, “Bermula daripada membeli barangan keperluan dapur sehinggalah memilih pakaian, atau menjamu selera di salah sebuah restoran di sini, IPC Tack Club akan memberi pelanggan pelbagai keistimewaan yang ditawarkan di IPC. Program ini adalah tanda komitmen kami terhadap pelanggan kami demi mencipta pengalaman manis ketika di sini dan ini juga peluang bagi kami memperbaiki lagi perkhidmatan kami dalam usaha memberi yang terbaik kepada setiap pengunjung yang datang. 

Program ini juga akan dapat meningkatkan keupayaan teknologi digital IPC, sejajar dengan aplikasi Mood Menu yang telah memenangi berbagai anugerah oleh IPC atas peranan aktif yang dimainkan dalam memberi layanan istimewa kepada para pengunjung, sebelum dan selepas kunjungan mereka ke IPC. 

Program kesetiaan yang berasaskan data ini boleh diperolehi di aplikasi mudah alih IPC akan bermula pada 2 Disember 2019. Program berunsur digital sepenuhnya ini memerlukan hanya satu kali pendaftaran melalui aplikasi mudah alih untuk mengenal pasti setiap ahli. Di masa hadapan, pengunjung hanya perlu mengimbas kod ahli mereka melalui aplikasi mudah alih untuk menikmati pelbagai tawaran hadiah dengan jumlah pembelian yang lebih rendah. 

Program baharu ini juga akan menggabungkan IPC Små Club untuk kanak-kanak di mana ahli lama boleh memperbaharui keahlian mereka secara percuma melalui aplikasi tersebut. 


Perayaan kali ini bukan sekadar memaparkan hiasan yang indah sahaja, malah para pengunjung boleh menikmati pelbagai tawaran istimewa bermula sekarang hingga 1 Januari 2020:- 
  • Dengan setiap pendaftaran, sebagai hadiah penghargaan, ahli IPC Tack Club akan diberi satu (1) aiskrim IKEA percuma. 
  • Ahli baru dan lama IPC Små Club akan menerima hadiah percuma semasa mendaftar dan memperbaharui keahlian mereka. 
  • Ahli IPC Tack Club boleh menebus satu (1) kalendar meja IPC 2020, dan satu (1) Coklat Susu Toblerone 100g | Dengan pembelian minimum RM50 dalam satu resit; atau 
  • Ahli Kelab Tack IPC boleh menebus satu (1) beg pendingin (cooler bag), satu (1) kalendar meja IPC 2020, dan satu (1) Coklat Susu Toblerone 100g | Dengan pembelian minimum RM400, dengan kombinasi maksima dua (2) resit. 

Pemberian Hadiah Kejutan Ulang Tahun ke-16 

Pusat Beli-belah IPC juga akan menawarkan 16 pelanggan bertuah untuk menyertai misi menarik dan berpeluang memenangi hadiah ganjaran bernilai RM16,000 sumbangan rakan niaga yang mengambil bahagian seperti All IT Hypermarket, Ben’s Independent Grocer (B.I.G), Happi Kiddo, Harvey Norman, IKEA, Kedai Buku Popular dan Spotlight pada 15 Disember 2019, pukul 3:00 ptg. 

Untuk keterangan lanjut mengenai ‘A Wondrous Winterland’ [Keajaiban Musim Salji] di Pusat Beli-belah IPC, senarai aktiviti sempena bulan perayaan atau IPC Små Club, layari www.ipc.com.my



Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING