DAPATKAN DISKAUN RM10 UNTUK KEK PERAYAAN DI "EAT CAKE TODAY"


Salah satu detik yang paling manis lagi menyeronokkan ialah detik memberi hadiah. Pemberian hadiah menunjukkan kasih sayang, cinta, dan penghargaan anda dan juga cara untuk menyentuh hati si dia, keluarga anda, kawan-kawan & rakan sekerja sempena tiga perayaan penting – Hari Krismas, Tahun Baru Cina & Hari Valentine yang akan tiba tidak lama lagi. 

Hakikatnya mencari sesuatu yang istimewa dan bermakna untuk dijadikan hadiah memerlukan banyak masa dan usaha. Malah ‘tugas’ ini juga boleh menimbulkan masalah yang membuat kita pening kepala. Pakar etika dari seluruh dunia bersetuju bahawa hadiah sewajarnya dibungkus dengan kemas dan cantik. Bagaimana pula dengan kek sebagai hadiah? Kek boleh membawa pengertian tersendiri, menarik hati dan sudah tentu menambat selera sekali! 

Eat Cake Today telah menjadikan proses memberi hadiah kini jauh lebih mudah dan menyeronokkan, seindah perasaan orang yang memberi itu sendiri. Memandangkan perayaan Krismas, Tahun Baru Cina & Hari Valentine akan diraikan tidak lama lagi, anda boleh mempertimbangkan kemungkinan untuk memesan hadiah kek yang lazat daripada Eat Cake Today (www.eatcaketoday.com), portal penghantaran kek dalam talian pertama di Malaysia yang sedia menolong menghantar kek pesanan anda kepada seseorang yang istimewa tidak kira sama ada anda berada di dalam atau di luar negara. 

ECT akan melancarkan kempen memberi hadiah dari 1hb Dis 2019 hingga 14hb Feb 2020, dengan menawarkan pilihan kek dan manisan dengan rekaan dan gubahan menarik untuk dijadikan hadiah yang mencerminkan kegembiraan, kasih sayang, kejutan dan detik-detik indah untuk mereka yang tersayang dan penting dalam hidup anda. 


KOLEKSI KEK YANG DISARANKAN UNTUK KRISMAS 2019 

Christmas Chocolate Mousse Cake oleh Lavish Patisserie – Kek impian setiap penggemar coklat – kek mousse coklat yang basah dan lazat dengan lapisan-lapisan coklat couverture gelap Belgium dan inti mousse coklat berkrim, diliputi serbuk coklat dan kemasan emping daun emas yang boleh dimakan. 

Everland Christmas Cake (oleh Lachér Patisserie) – Kek Krismas ini kelihatan seperti hutan fantasi penuh pesona, yang menggabungkan Cremeux coklat gelap, compote raspberi dan mutiara coklat susu untuk menambah keenakan perisa. Kek diperbuat daripada praline crunch badam sebagai asas yang memberikan kelazatan perisa kekacang, berinti span coklat gelap yang basah lagi lazat. Seluruh kek dilitupi ganace coklat putar serupa corak kulit batang pokok. Ia ditaburi sedikit coklat peroi dan hiasan yang melambangkan keindahan taman Everland, hasil sentuhan Juara dan Pemenang Anugerah Piala Pastri Asia 2016, Chef Pang Yun Kian. 


KOLEKSI KEK UNTUK TAHUN BARU CINA 2020 

Prosperity Cupcakes (oleh B'Sweetbites) – Budaya Cina, digubah menjadi hadiah yang boleh dimakan. Kek cawan ‘pembawa kemakmuran’ yang comel ini pasti akan menceriakan suasana Tahun Baru Cina! Saiznya kecil tetapi kuasa di sebaliknya ialah rasa coklat mentega dalam tekstur lembut dan gebu yang pasti membuat anda sentiasa mendambakannya. Tambah sedikit sentuhan moden ke dalam tradisi silam dengan kek cawan menambat selera! 

Chinese New Year Cakesicles (oleh B'Sweetbites) – Adakah anda peminat aiskrim batang? Bosan dengan bentuk lama kek yang hambar? Kami menawarkan sesuatu yang menarik untuk semua. Anda tidak perlu bersusah-payah memotong kek kerana kini anda boleh menikmati kek aiskrim batang! Cakesicles bertema Tahun Baru Cina ini menjadikan aiskrim dan kek gubahan konfeksi lain daripada yang lain. Anda pasti seronok menikmati kelazatan kek coklat kegemaran anda berbentuk aiskrim batang yang cantik dipandang sedap dimakan, dengan hiasan fondan dan coklat! 



KOLEKSI KEK UNTUK HARI VALENTINE 2020 

Purple Brushstroke Fault Line Cake (oleh The Buttercake Factory) – Anda boleh memukau buah hati anda dengan trend kek terbaru di ibu kota – yang memberikan sedikit sentuhan kelainan pada kek flora. Kek dihiasi bunga-bunga mawar segar di atas kek itu sendiri dan ditutupi krim mentega ungu dengan flora usapan berus untuk mencipta kesan artistik, memperlihatkan keindahan bunga-bunga segar di dalam kek. Pemberian yang pasti menggembirakan si jantung hati pada hari memperingati kekasih! 


Rosette Cake (oleh Little Tee Cakes) – Kek lazat dengan gubahan seni yang menarik, dihiasi lapisan lingkaran krim mentega roset merah jambu/merah dalam spektrum warna yang menjadikan kek dikagumi buah hati anda. Kek yang anggun ini pasti akan menawan hati si dia pada Hari Valentine. 


KOLEKSI UNTUK MEJA MANISAN 

Petite Dessert Table Package (oleh Ennoble) – Memperkenalkan pakej meja manisan kami untuk majlis hari jadi atau jamuan di pejabat, sesuai untuk kumpulan kecil yang tidak mengeringkan poket anda. Pakej ini termasuk versi kecil kek kegemaran anda, kek cawan yang menarik untuk menghiasi mana-mana meja manisan, disertakan dengan makaron kami yang lazat. 

Blissful High Tea (oleh Baker's Art) – Set minum teh petang ini menawarkan pilihan makanan manis dan menyelerakan. Set ini membawakan set 4 jenis manisan yang berlainan untuk pilihan anda. Nikmati aneka pastri berinti daging itik panggang berkrim, sandwic Tuna yang lazat, profiterole beri campuran yang comel, dan kek pilihan anda. 

Kek karamel coklat masin ini basah, benar-benar lazat dan pasti menambat selera semua penggemar karamel masin. Mousse lemon dan beri biru bergandingan pekatan beri biru yang direneh mencetuskan nikmat beri tidak terhingga si dalam mulut anda. Ia dikelilingi emping kelapa. Kek opera klasik ini dilapisi ganace coklat, biskut Joconde dan krim mentega kopi selembut dan selicin sutera. 

Dengan begitu banyak pilihan untuk tiga perayaan ini, tugas memilih hadiah pasti akan lebih menyenangkan. Untuk memudahkannya lagi, ECT kini menawarkan Kad Hadiah sebagai hadiah untuk mereka yang gemar membeli-belah dan membuat pilihan kek dan manisan mereka sendiri. 

Untuk menyemarakkan semangat memberi hadiah sempena musim perayaan, Eat Cake Today menawarkan diskaun promosi untuk pembelian dalam talian di www.eatcaketoday.com bagi penghantaran ke sekitar kawasan Lembah Klang sahaja. Anda hanya perlu memasukkan kod promosi “GIFT4U” bagi mendapatkan diskaun RM10 untuk pesanan anda. Tempoh promosi akan berakhir pada 14hb Feb 2020. 

Untuk maklumat lanjut, klik www.eatcaketoday.com atau telefon: 017-8800153.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING