‘GUNDAH’ - LAGU KISAH CINTA DATUK & NENEK ERNIE ZAKRI



Biarpun telah lama bertapak dalam industri seni suara tempatan, penyanyi kecil bersuara hebat Ernie Zakri tidak pernah berputus asa untuk mencipta nama dalam arena hiburan tempatan. Setelah berjaya mencuri perhatian lewat karya-karya terdahulu bersama Syamel dan terbaru melalui lagu ‘Ku Bersuara’ yang berjaya menembusi senarai lagu-lagu untuk Anugerah Juara Lagu ke-34 yang akan datang, Ernie muncul dengan sebuah lagi buah tangan buat peminatnya yang berjudul ‘Gundah’. 

Lagu dan lirik ‘Gundah’ merupakan hasil ciptaan bekas pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke -33, Sharon Paul bersama Ernie sendiri.

Baru - baru ini, beliau telah menerima Anugerah sebagai Asean Master Class Award in Emerging Performance Artist di Asean Outstanding Business Award 2019 yang berlangsung di Kuala Lumpur. 

Selain dari bidang nyanyian, Ernie juga sudah mula melibatkan diri dalam bidang lakonan. Beliau menjadi salah seorang watak utama dalam sebuah drama yang berjudul ‘Suri Katriana’ dan kini beliau mula mendapat banyak tawaran untuk berlakon.

Menurut Ernie lagu ‘Gundah’ ditujukan khas buat arwah datuk dan neneknya, Haji Mohamed & Hajjah Rokayah. Ia mengisahkan percintaan dua insan yang bercinta sampai ke hujung nyawa dan menggambarkan penderitaan seorang lelaki (iaitu datuknya) yang menderita disebabkan kematian wanita yang dicintai (neneknya). 

Selepas setahun pemergian neneknya, datuknya pula yang meninggal dunia. Bait-bait lirik “Biar rasa ini membunuhku, biar rindu ini menghukumku” adalah lirik yang tepat menggambarkan kesedihan hati lelaki tersebut.

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records,

”Lagu Gundah merupakan karya terbaru hasil nukilan Sharon Paul Dan Ernie sendiri dan saya berharap lagu ini dapat menambat hati ramai orang diluar sana dan juga mendapat tempat di hati para pendengar radio .”


Lagu ‘Gundah’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Gundah’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.


Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI