FG WALET LEBARKAN SAYAP KE SELATAN SEMENANJUNG MALAYSIA



Khasiat sarang burung memang sudah diketahui ramai sejak zaman maharaja Cina dahulu kala untuk membantu mengekalkan keremajaan. Kini orang ramai boleh menikmati khasiat sarang burung ini dengan mudah dengan minuman suplemen FG Walet. Ia diperbuat oleh 100% sarang burung asli, halal, tanpa bahan pengawet dan tanpa ramuan tiruan. 

Sambutan yang diterima oleh FG Walet menang menggalakkan dari serata Malaysia. Kini, FG Walet telah membuka pejabat FG Walet cawangan Johor bagi memudahkan orang ramai termasuk warga Singapura untuk mendapatkan maklumat lanjut atau stok minuman tersebut.

Majlis pembukaan FG Walet Cawangan Johor dimulakan dengan doa selamat

Majlis hari pembukaan secara rasmi FG Walet Johor ini, turut diadakan jualan murah FG Walet pada harga terlalu istimewa. Bagi pengasas FG Walet, Datin Hajah Fouziah Gous, beliau berasa sangat gembira dengan pembukaan FG Walet Johor. 

Sambutan hari jadi lebih awal buat Datin Hajjah Fouziah Ghous 

.Datin Fouziah Ghous dan suaminya Dato' Md. Zhafran Md Yusof

Dalam majlis yang sama, warga FG Walet turut membuat kejutan dan sambutan hari jadi lebih awal bagi Datin Hajjah Fouziah Ghous, yang jatuh pada tarikh 11 Dismber 2019.

Asia Halal Brand Awards 2019 - Promising Brands - Best Nutritional Bird Nest Drink

"Terlebih dahulu, saya ucapkan syukur Alhamdulilah dengan pembukaan FG Walet Johor. Tahniah kepada team FG Walet Johor terutama Encik Rejab yang telah berjaya membuktikan bahawa FG Walet antara produk terlaris di negeri ini. Ini juga membuktikan bahawa FG Walet berkembang dengan cukup cepat. Jujur saya akui yang saya sendiri turut terkejut dengan pencapaian yang begitu memberangsangkan terhadap FG Walet yang baru berusia lima tahun ini. Impian saya seterusnya adalah untuk melihat agar FG Walet dapat membuka banyak lagi cawangan di negeri lain pula. InsyaALLAH," katanya.

Majlis pemotongan riben bagi merasmikan pembukaan cawangan FG Walet pertama di selatan Semenanjug Malaysia.

Foto dari kiri:  Abdul Rejab Abdul Aziz, Datin Fouziah Gous dan .Dato' Mohd. Zhafran Md Yusof. 

Sementara itu, menurut Rakan Kongsi FG Walet Zon Selatan, Abdul Rejab Abdul Aziz, beliau berharap agar dapat membuka lebih banyak cawangan di seluruh Malaysia dan Singapura pada masa akan datang. “Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengasas FG Walet Datin Fouziah Gous, Dato' Zhafran dan seluruh team FG Walet kerana sentiasa menyokong dan memberi sokongan yang tidak terhingga," katanya.

Datin Fouziah Ghous membuat demo untuk menggunakan FG Walet Healthy Machine

Minuman Fg Walet yang segar dan dingin dari FG Walet Halthy Machine.

Selain daripada membeli daripada agen dan kedai-kedai terpilih, FG Walet kini boleh didapati melalui FG Walet Health Machine. Pembeli boleh menggunakan tunai, kad kredit dan juga e-wallet untuk pembayaran dengan mudah.

Pilih untuk ‘Stay Young, Feel Young’ bersama FG Walet

Rangkaian  Produk Berkualiti FG Walet

Alamat:
FG Walet Cawangan Johor
No. 8 Jalan Molek 1/5B, Taman Molek Johor,

Telefon: Rejab: 017-746 4633 Naziah: 016-620 0059

Waktu operasi: 9 pagi - 5 petang, setiap Isnin hingga Jumaat. 

Laman Facebook/ Instagram: 
@fgwalet
@fgwalet_healthy_machine

Comments

Popular posts from this blog

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!