HAEL HUSSAINI BERKIAS DALAM LAGU BARU - HATI



Setelah berjaya memenangi tempat pertama di Anugerah Juara Lagu dua kali berturut-turut, dan kemudian tampil dengan dua versi lagu ‘Hari Ini’ secara solo dan secara duet bersama bintang tersohor R & B negara, Dayang Nurfaizah, penyanyi, komposer serta penulis lirik penuh berbakat Hael Husaini kini muncul dengan sebuah lagi karya hebat berjudul ‘Hati’. 

‘Hati‘ mengisahkan seorang lelaki yang menaruh harapan pada seorang wanita, tetapi tidak tahu bagaimana caranya untuk untuk cuba memberitahu perkara sebenar kepada wanita tersebut. 


Digubah dan ditulis sepenuhnya oleh pasangan pencipta karya muzik ulung negara iaitu Ezra Kong dan Hael Husaini sendiri, lagu ini dijangka berpotensi besar mengulangi kejayaan lagu-lagu yang pernah mereka hasilkan bersama sebelum ini. 

Di dalam lagu ini juga Hael Husaini memperkenalkan gerakan baru didalam muzik video bagi memperkuatkan lagi lagu yang berjudul Hati ini. Sekaligus dapat mempertontonkan dinamik lagu ini kepada pendengar diluar sana. 

Tidak mustahil sekiranya lagu ini mampu dicalonkan dalam anugerah-anugerah berprestij yang akan datang. 


Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records, 

”Lagu ‘Hati’ merupakan hasil nukilan Ezra Kong serta Hael sendiri dan saya berharap lagu ini dapat menambat hati ramai orang diluar sana dan juga mendapat tempat di hati para pendengar radio .” 

Lagu ‘Hati’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Spotify, Joox dan Apple Music. Video muzik lagu ‘Hati’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM