JUALAN BUKU BIG BAD WOLF RAI ULANG TAHUNNYA YANG KE-10!



Jualan Buku Big Bad Wolf kembali lagi, namun kali ini lebih besar dan hebat berbanding sebelumnya! Jualan bertemakan Karnival ini dijayakan dengan kerjasama rakan perbankan OCBC Bank. Ia akan berlangsung selama 264 jam tanpa henti sepanjang tempoh 11 hari mulai 6 hingga 16 Disember 2019 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC). Menawarkan 4.5 juta buku dengan potongan harga antara 75% hingga 95% berbanding harga runcit yang disyorkan, lebih 50,000 judul buku disediakan dan masuk adalah PERCUMA, Jualan ini pasti menjadi satu acara yang tidak boleh anda lepaskan! 

Didorong hasrat murni untuk mengubah dunia menerusi satu buku pada satu-satu masa, Andrew Yap dan Jacqueline Ng telah memulakan Jualan pertama mereka dengan hanya menawarkan 100,000 buku. Ia kemudiannya terus berkembang sehingga lebih 4.5 juta buku sebagaimana yang dapat disaksikan di Jualan Buku Big Bad Wolf Kuala Lumpur 2019. Jenama tempatan yang diiktiraf sebagai Jualan Buku Terbesar di Dunia ini telah berkongsi keriangan membaca bersama-sama jutaan pencinta buku di 32 ibu kota di 10 negara. Susulan kejayaan siri jelajahnya ke seluruh negara sepanjang tahun ini, Jualan Buku Big Bad Wolf kembali ke Kuala Lumpur bagi meraikan ulang tahunnya yang ke-10 dengan tawaran dan ganjaran hebat sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan semua rakyat Malaysia selama ini. 

“Sambil kami meraikan ulang tahun Jualan Buku Big Bad Wolf yang ke-10 pada tahun ini, kami mahu berkongsi detik bersejarah ini dengan semua pelanggan yang telah menyokong kami selama ini. Sebagai tanda terima kasih kepada semua pelanggan setia, kami bukan sahaja mengaturkan satu perayaan eksklusif pada tahun ini tetapi turut menghadiahkan 1 buku percuma dengan setiap pembelian 10 buku,” kata Pengasas Bersama Big Bad Wolf Books, Jacqueline Ng. 

“Kami telah melangkah ke era baru dengan pelancaran aplikasi terbaru Wolf Pack yang memberikan ganjaran kepada pelanggan setia. Pengunjung juga berpeluang untuk MEMENANGI bekalan buku seumur hidup dan mengalami dunia penuh keajaiban menerusi siri Buku Ajaib kami,” ujar Ng lagi. 

“Kerjasama kami dengan Big Bad Wolf Books menandakan satu lagi detik penting bagi OCBC Bank kerana ia menyasarkan untuk memperkasa rakyat Malaysia melalui pembacaan dan membolehkan mereka membuat pembelian pada harga diskaun menerusi promosi istimewanya di Jualan Buku Big Bad Wolf Kuala Lumpur 2019,” kata Ketua Perkhidmatan Kewangan Pengguna OCBC Bank, Lim Wyson. 

“OCBC Bank sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Big Bad Wolf Books sekali lagi bagi menjayakan inisiatif terbesar kali ini yang menawarkan 4.5 juta buku baru, terdiri daripada pelbagai genre dengan potong harga menarik, ini sesuatu yang pastinya jarang kita saksikan! Selaras dengan ini, OCBC Bank akan menawarkan diskaun tambahan sebanyak 5% untuk pembelian buku di Jualan Buku Big Bad Wolf sepanjang tempoh Jualan apabila pengguna membuat pembayaran menggunakan Kad OCBC,” tambah Lim. 

Karnival ini tidak berakhir setakat itu sahaja, ada banyak lagi yang disediakan semasa Jualan Buku Big Bad Wolf tahun ini seperti ruangan khusus untuk makanan dan minuman bagi membolehkan pengunjung menjamu selera yang dilengkapi dengan perkhidmatan meletak troli. Terdapat pelbagai aktiviti lain yang dianjurkan oleh OCBC termasuklah sudut rehat dan santai di mana para pengunjung dapat memulihkan kembali tenaga dengan berurut, menikmati perkhidmatan tatarias kuku yang disediakan dan berehat di ruangan hiburan selepas penat seharian mencari buku. Turut disediakan ialah sudut kesihatan dan kesejahteraan yang menawarkan pemeriksaan kesihatan dan mata serta khidmat perundingan peribadi percuma bersama-sama pakar dalam pelbagai bidang. Akhir sekali, yang menjadi kesukaan ibu bapa ialah sudut riang ria dan permainan untuk kanak-kanak turut disediakan, padat dengan pelbagai bengkel seperti kraf kreatif, melukis serta mewarna dan juga bengkel G-Clay yang pasti membuatkan si kecil sentiasa sibuk. 

Berpegang kepada matlamat untuk membolehkan semua orang dapat membaca dan memerangi masalah buta huruf terutamanya di kalangan penduduk kawasan pendalaman, Jualan Buku Big Bad Wolf menerusi sayap Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Red Readerhood (RRH) sentiasa bekerjasama dengan penerima bantuan tempatan dalam menjayakan inisiatifnya itu. Tahun ini, RRH akan bekerjasama dengan Friend to Mankind, sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan antarabangsa. Semua buku yang didermakan akan diserah bagi menjayakan projek mereka, The Book Effect yang menyasarkan untuk mengumpul 10,000 buku bagi membina perpustakaan di beberapa sekolah anak-anak yatim serta pelarian di seluruh Lembah Klang. Bagi memulakan inisiatif berkenaan, Jualan Buku Big Bad Wolf berjanji untuk mendermakan 1,000 buku dan para pengunjung boleh turut sama menjayakan usaha murni ini dengan membeli dan mendermakan buku di sepanjang tempoh Jualan selama 11 hari menerusi sudut khas Red Readerhood. 

“Sebagai sebuah organisasi tempatan yang memupuk minat suka membaca, kami telah menunjukkan keyakinan kami terhadap pasaran tempatan serta negara luar yang kami kunjungi. Kami telah meninggalkan kesan positif di semua tempat yang kami pergi dan berharap dapat terus melakukan perkara sama pada masa depan. Kami tidak akan dapat menikmati kejayaan ini tanpa sokongan padu daripada pelanggan setia kami dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana tanpa mereka kami tidak akan berjaya hari ini,” kata Pengasas Bersama Big Bad Wolf Books, Andrew Yap. 

Jualan Buku Big Bad Wolf Kuala Lumpur 2019 telah dirasmikan oleh Pengasas Bersama Big Bad Wolf Books, Andrew Yap dan Jacqueline Ng; Ketua Perkhidmatan Kewangan Pengguna OCBC Bank, Lim Wyson bersama-sama penulis dan penerbit buku terlaris tempatan Midnight Monologues, Charissa Ong. 

Acara utama dan promosi yang tidak boleh dilepaskan dalam Jualan tahun ini: 

1. Ganjaran Kesetiaan – Satu-satunya program ganjaran kesetiaan yang boleh membuatkan peminat Jualan Buku Big Bad Wolf terus jatuh cinta. Untuk mendapatkan hadiah edisi terhad daripada Wolf, para peminat perlu membawa dan menggayakan cenderahati kesayangan mereka yang telah dibeli pada jualan sebelum ini di hadapan kaunter Khidmat Pelanggan semasa Jualan berkenaan. Hadiah adalah terhad selagi stok masih ada. 

2. Buku Ajaib – Rangkaian judul buku kanak-kanak yang eksklusif serta unik ini dilengkapi dengan teknologi Augmented Reality (AR), memberikan pengalaman membaca yang belum pernah dialami sebelum ini kepada kanak-kanak. Terdapat 17 judul kesemuanya untuk dikumpulkan di Jualan ini seperti judul popular ‘Little Red Riding Hood’ dan ‘Lets Learn Alphabet ABC’ serta edisi terbaru, ‘Frozen: A Sleepover Party’ dan ‘Winnie the Pooh: Fun with First Words’. Selain daripada itu, ahli Wolf Pack juga boleh menikmati promosi Beli 5 Percuma 1 untuk judul-judul terpilih, sementara mereka yang bukan ahli boleh menikmati promosi Beli 7 Percuma 1 untuk judul-judul terpilih. 

3. Aplikasi Wolf Pack – Aplikasi mudah alih yang baru dilancarkan ini memberi ganjaran kepada pelanggan baru dan sedia ada dengan pelbagai manfaat serta tawaran eksklusif untuk ahlinya. Program Rujukan Wolf Pack memberi peluang kepada anda untuk mengumpul barangan eksklusif mulai 5 hingga 16 Disember 2019, sebaik sahaja anda mendaftar sebagai ahli dan berkongsi kod rujukan dengan rakan-rakan anda. Selain daripada itu, ahli akan menerima kod promosi BookXcess 20% sebaik sahaja mendaftar. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di App Store atau Google Play Store. 

4. MENANGI bekalan buku seumur hidup – Rebut peluang untuk memenangi 2 buku sebulan selama 25 tahun! Anda hanya perlu mengambil bahagian dalam pertandingan #ILOVEBBWKL2019 yang berlangsung mulai 5 hingga 15 Disember di mana 10 pemenang bertuah akan dipilih untuk merebut hadiah utama. Walau bagaimanapun peserta perlu menjadi ahli Wolf Pack terlebih dahulu kerana semua maklumat terkini mengenai pertandingan akan disiarkan menerusi aplikasi berkenaan. 

5. Pilihan judul buku terbesar – Sempena perayaan ulang tahun ke-10, Jualan tahun ini menampilkan pilihan judul terbesar berbanding jualan-jualan sebelumnya. Terdapat 50,000 judul buku ditawarkan yang merangkumi pelbagai genre di bawah kategori buku kanak-kanak, fiksyen dan bukan fiksyen seperti novel percintaan, buku pop-up, kesusasteraan, bantuan kendiri, sejarah, seni bina dan reka bentuk, termasuklah buku cerita, buku aktiviti, buku papan, buku mewarna, buku bergambar dan buku interaktif. Terdapat juga beraneka judul keluaran penerbit tempatan yang berkredibiliti seperti Kualiti Books, Sasbadi, Karangkraf PTS, Penerbitan Pelangi, Buku Fixi, The Patriots, Kanyin Publishing dan banyak lagi. 

6. Lebih banyak ganjaran hebat – Di antara semua tawaran dan ganjaran yang disediakan, para pencinta buku boleh memborong buku kegemaran mereka dengan promosi Beli 10 Percuma 1, sah mulai 5 hingga 16 Disember 2019. Manakala pelanggan OCBC yang menggunakan Kad Debit atau Kredit OCBC akan menikmati potongan 5% atas pembelian mereka dengan perbelanjaan minimum RM100. Sebagai tambahan, pelanggan boleh menikmati baucar tunai RM10 jika mereka mendaftar produk OCBC semasa Jualan berkenaan.

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti utama dan pertandingan yang disediakan di sepanjang Jualan berkenaan, sila muat turun aplikasi Wolf Pack di www.bigbadwolfbooks.com/download dan ikuti laman Media Sosial Big Bad Wolf Books menerusi pautan www.bigbadwolfbooks.com atau kunjungi laman Facebook mereka di https://www.facebook.com/bbwbooks/ atau laman Instagram di @bigbadwolfbooks

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA