EKSPRESI RAMBUT DENGAN NIVEA MEN CRAFT STYLERS
Berpakaian yang menarik sahaja tidak mencukupi. Hakikatnya rambutlah yang mencipta personaliti dan membangkitkan watak seseorang. Gaya rambut dapat menjadi daya penarik serta meningkatkan persona seseorang. Rambut yang kemas dan bergaya memberikan keyakinan untuk lebih menyerlah. Produk penggayaan rambut bagi lelaki adalah seperti alat solek bagi wanita.
Ia merupakan cara untuk mengekspresikan personaliti serta mempamerkan diri mereka yang sebenar. Di Malaysia, jenama NIVEA MEN terkenal sebagai #1 produk penjagaan deodoran lelaki, dan #2 dalam kategori penjagaan kulit wajah lelaki*. Dengan kelahiran rangkaian baharu NIVEA MEN CRAFT STYLERS bakal menjadikan jenama ini sebuah jenama penjagaan diri pertama di Malaysia yang mempunyai penyelesaian lengkap buat kaum lelaki.
Nama CRAFT STYLERS diilhamkan oleh keinginan para jejaka untuk menggayakan rambut, dan mengubah penampilan bila-bila masa yang mereka inginkan, namun tetap menjanjikan bentuk yang kekal sepanjang hari. NIVEA MEN CRAFT STYLERS melengkapkan rejim penjagaan dan perapian diri dengan produk penggayaan yang menawarkan versatiliti serta memberi peluang kepada si jejaka untuk mempamerkan kreativiti dalam bergaya.
CRAFT STYLERS merupakan rangkaian NIVEA MEN yang pertama dengan tekstur yang boleh digabungkan tanpa menjejaskan hasil. Kini para lelaki boleh menata gaya rambut ala messy matt hinggalah kepada efek rambut rapi dan bersinar. Penggayaan bukan sekadar menyisir rambut tetapi mencipta struktur, bentuk serta memberikan definisi pada stail dan kemasan.
Di majlis pelancaran, NIVEA MEN telah menunjukkan versatiliti produknya melalui persembahan demonstrasi secara langsung. Tiga model dengan gaya rambut berbeza dipadankan dengan tiga jenis tema – Stylish, Urban dan Active telah mendapat penggayaan rambut semula oleh pakar dandanan rambut, Lex dari OthrsBarbers. Beliau dengan kreatifnya membentuk dan mendefinisikan semula rambut model di atas pentas bagi menunjukkan kegunaan dan bagaimana dengan mudahnya seseorang itu boleh menggayakan rambut mereka bila-bila masa.
Rangkaian NIVEA MEN CRAFT STYLERS hadir dengan 4 jenis produk yang mempunyai aroma maskulin yang menarik. Keempat-empat jenis produk ini diperkaya dengan Vitamin E semula jadi yang menguatkan rambut dan memberikan perlindungan sepanjang hari.
Craft Stylers Reshaping Spray (RM20.90 / 200ml)
Semburan rambut inovatif yang membolehkan penggayaan rambut menjadi lebih mudah dengan memanjangkan masa pengeringan agar si jejaka dapat menggaya dan membetulkan semula stail rambut. Formulasi bebas alkohol ini tidak mengeringkan atau menjadikan rambut melekit atau kusut. Sesuai untuk penggayaan rambut setiap hari. Craft Stylers Reshaping Spray boleh digunakan ketika rambut kering, dan diolah semula sehingga menjadi rupa yang anda inginkan. Produk ini sesuai dipadankan dengan personaliti jejaka aktif yang sentiasa lincah bergerak namun masih mengekalkan rambut yang sihat sepanjang hari.
Craft Stylers Fixating Styling Gel (RM13.50 / 150ml)
Produk mudah guna- Fixating Styling Gel ini memberikan anda kemasan semulajadi yang tidak berminyak dan tidak meninggalkan kesan lekit. Craft Stylers Fixating Styling Gel mengekalkan ketahanan rambut tanpa mengeringkannya. Gel penggayaan yang ideal ini memberikan anda bentuk yang sempurna sambil menguatkan rambut dengan Vitamin E.
Craft Stylers Defining Styling Gel (RM13.50 / 150ml)
Defining Styling Gel memberikan penggayaan fleksibel tanpa menjejaskan daya tahan rambut. Gel ini menghasilkan kesan matte semula jadi serta ketahanan yang kuat. Mengandungi Vitamin E, gel ini membekalkan perlindungan semula jadi agar rambut kekal kuat dan sihat. Berikan rambut anda definisi dan bentuk tersendiri dengan gel mudah guna ini. Serlahkan stail urban anda dengan gaya rambut “laid back” untuk tampil lebih kasual dengan tekstur gel mudah bentuk ini.
Craft Stylers Workable Styling Cream (RM13.90 / 150ml)
Krim penggayaan rambut merupakan produk harian yang penting buat si jejaka. Mempunyai tekstur mudah olah dan fleksible, ia memberikan kebebasan untuk mengubah gaya rambut sehingga bentuk yang diingini tercapai. Bukan sekadar memberikan kemasan matte semulajadi, krim ini mempunyai daya tahan yang lama serta mengekalkan kedudukan rambut anda. Dengan Craft Stylers Workable Styling Cream ini, anda kini tampil bergaya dengan stail sleek back dan kemasan matte.
Bermula dengan ramuan hinggalah ke reka bentuk pembungkusan, NIVEA MEN Craft Stylers kini telah melangkah ke dalam dunia dandanan rambut sensual. Rangkaian Craft Stylers boleh didapati di Watsons.
Comments
Post a Comment