PELAJAR KURANG BERKEMAMPUAN TERIMA KASUT SEKOLAH BATA



Bata Malaysia telah menyumbangkan kasut sekolah kepada 150 kanak-kanak dari Gereja St Mark, Seremban untuk tahun persekolahan yang akan menjelang. Majlis sumbangkan kasut sekolah tersebut telah dilangsungkan di gedung Bata yang terletak di Nu Sentral, Kuala Lumpur dan telah dihadiri oleh 20 kanak-kanak sebagai wakil. Pengarah Urusan Bata Malaysia, En. Ajay Ramachandran diiringi oleh Duta Media Sosial Kempen Kembali ke Sekolah, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.



Kakak-kanak tersebut diberi peluang untuk memilih kasut sekolah kegemaran mereka di gedung Bata. Tajaan kasut sekolah ini adalah sebahagian daripada program tanggung jawab sosial korporat tahunan "Bata Children’s Program (BCP)".

Program ini telah dilancarkan dalam tahun 2011 merupakan inisiatif yang diterajui oleh warga kerja Bata sendiri untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di negara-negara yang mempunyai kehadiran jenama Bata. BCP berteraskan idea di mana setiap kanak-kanak harus diberi bantuan untuk mencapai potensi mereka yang sepenuhnya.


Untuk maklumat lanjut tentang koleksi dan promosi terbaharu Bata, sila ikuti Bata Malaysia di Facebook (Bata Home), atau di Instagram @batamalaysia

Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

SIRI MEGADRAMA TERBAHARU ASTRO ‘DIA BUKAN SYURGA’ PAPAR PERJUANGAN WANITA

IQOO NEO 10 DILANCARKAN DENGAN CIP BERKEMBAR BERTARAF MERCU, MENAWARKAN PRESTASI LUAR BIASA DAN HAYAT BATERI TERBAIK DALAM INDUSTRI

ZURICH TAKAFUL MEMPERKENALKAN TAKAFUL PROASPIRE UNTUK MEMPERKASA PERANCANGAN KEWANGAN JANGKA PANJANG YANG LEBIH BIJAK DAN FLEKSIBEL