PINKFONG & BABY SHARK'S SPACE ADVENTURE KINI DI PAWAGAM GSC

Dari Kiri - Pinkfong; Mr. Heng Beng Fatt, Deputy General Manager, GSC; Yasmin Megat Zaharuddin, Vice President, GenNext & International Business; Jamie Oh, Global Business Development & Marketing, SmartStudy Co.

Peminat karakter rubah peramah, Pinkfong dan Baby Shark yang comel berpeluang menonton debut Malaysia pertama ‘Pinkfong & Baby Shark’s Space Adventure Sing-Along Special’ di 34 pawagam GSC seluruh Malaysia mulai 19 Disember. 

Direka oleh SmartStudy Co., Ltd., dan diedarkan oleh Astro dengan kerjasama GSC Cinemas sebagai rakan kongsi pawagam eksklusif, siaran berdurasi 66 minit ini mengisahkan pengembaraan terbaru Pinkfong dan Baby Shark di angkasa, dengan 27 video muzik pendek sepanjang perjalanan mereka melintasi galaksi bersama penghuni lain di ‘Dino Planet’, ‘Jungle Planet’, ‘Spooky Planet’, ‘Game Planet’ and ‘Ocean Planet’. 

‘Pinkfong & Baby Shark’s Space Adventure Sing-Along Special’ akan disiarkan dalam bahasa Inggeris dengan sari kata bahasa Melayu, dengan animasi 2D dan 3D. 

Baru-baru ini, Astro dan SmartStudy Co., Ltd., juga telah menerbitkan 'Hello Pinkfong', siri ‘live-action’ Pinkfong dan Baby Shark pertama di dunia, yang boleh dinikmati di Astro. Siri ‘Hello Pinkfong’ membantu kanak-kanak mempelajari bahasa Inggeris melalui gabungan elemen pendidikan dan hiburan yang menyeronokkan seperti lagu dan tarian, aktiviti seni dan kraf, serta pendekatan pembelajaran berbentuk eksplorasi dan boleh dinikmati melalui Astro Ceria, Astro Xiao Tai Yang, Astro Vaanavil, Astro Vinmeen, Astro TVIQ dan Hello. Ibu bapa dan anak-anak juga boleh strim 100 video-video pendek Pinkfong termasuk lagu-lagu, pengembaraan, seni dan kraf melalui Astro GO. 


SINOPSIS SINGALONG 

Pinkfong dan Baby Shark sedang menikmati perjalanan mereka di angkasa dengan aman. Tetapi, selepas kapal angkasa mereka secara tidak sengaja bertembung dengan meteorit - bintang istimewa mereka - dan satu-satunya objek yang dapat memberi petunjuk untuk mereka pulang ke tempat asal - hancur dan berkecai menjadi lima kepingan kecil. Kedua-dua mereka perlu memulakan perjalanan ke pelbagai planet untuk mencari kepingan kecil bintang yang hilang agar mereka dapat kembali ke tempat asal dengan selamat. 

Dapatkan tiket anda sekarang di Golden Screen Cinemas

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM