POTATOES USA LANCARKAN KEMPEN 'REAL FOOD, REAL PERFORMANCE'



Walaupun bersaiz kecil, kentang membekalkan khasiat pemakanan yang besar! Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan makanan akan menentukan tahap prestasi seseorang atlet. Kentang membekalkan karbohidrat kompleks, kalium, serat dan vitamin C yang diperlukan untuk meningkatkan prestasi. Membekalkan lebih tenaga berbanding sayur-sayuran popular lain, kentang mengandungi lebih banyak kalium berbanding pisang. 

Potatoes USA hari ini berkongsi maklumat tentang kempen “Real Food, Real Performance 2019” (Makanan Sebenar Prestasi Sebenar 2019) di Menara KL (KL Tower). Selain daripada mendidik orang ramai tentang pemakanan prestasi tinggi untuk gaya hidup yang bertenaga, satu inisiatif juga telah dilaksanakan melibatkan beberapa atlet untuk 2019/2020. Potatoes USA juga akan menyertai pelbagai acara sukan prestasi tinggi termasuk Larian Menara Yayasan TM pada 10 November, yang bakal disertai oleh beribu-ribu pelari dari dalam dan luar negara. 


Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kajian yang dijalankan mendapati bahawa kentang ialah makanan semula jadi bermanfaat yang penuh dengan tenaga dan khasiat kebaikan untuk ahli sukan dan orang ramai mencatatkan prestasi terbaik. Kentang mudah dihadam dan lebih padat dengan tenaga berbanding sayur-sayuran popular lain dan juga merupakan pilihan yang wajar untuk memenuhi keperluan tenaga dalam sesuatu pertandingan. Potatoes USA kini bekerjasama rapat dengan sekumpulan atlet terkenal di Amerika Syarikat dan juga beberapa negara di Asia seperti Jepun, Korea Selatan, China dan kini Malaysia. 

Dalam acara yang diadakan di KL Tower hari ini, tiga pelari juara bertahan telah dipilih untuk menyampaikan pesanan kepada komuniti bahawa pemakanan semula jadi berprestasi tinggi penting untuk golongan yang aktif bersukan. Mereka terdiri daripada pelari Menara No.2 Dunia & No. 1 Asia, Soh Wai Ching, pelari veteran No. 1 Malaysia, Jeffrey Ross dan juara ultra-maraton, Tahira Najmunisaa. 

Soh, Jeffrey & Tahira bersedia untuk mendaki ke puncak Menara KL.

Tiga pelari tersebut mengambil U.S. Potato Flex Energy Bar (Snek Penambah Tenaga Kentang A.S.) sebagai pembekal tenaga sepanjang larian lasak yang menguji ketahanan dan kekuatan fizikal mereka, dengan memanjat 2,058 anak tangga ke puncak Menara dalam usaha membaiki masa terbaik masing-masing. Di akhir larian, mereka menikmati minuman Smoothies Kentang A.S. untuk menggantikan simpanan glikogen yang kehabisan. Dalam sesi perkongsian selepas itu, setiap seorang daripada mereka mendedahkan amalan latihan masing-masing dan menerangkan bagaimana pemakanan menyokong kejayaan mereka. 

Soh berkata larian menara ialah acara sukan yang amat intensif yang memerlukan banyak tenaga dalam tempoh masa yang singkat. “Jumlah kalori yang dibakar untuk acara jalan kaki selama 10 minit menaiki tangga adalah bersamaan 20-30 minit berjalan kaki di permukaan rata. Oleh yang demikian, saya memerlukan jumlah karbohidrat secukupnya untuk membekalkan tahap tenaga yang tinggi. Malah, oleh kerana saya bersukan secara aktif, diet saya merangkumi 70% karbohidrat. Saya memilih karbohidrat yang baik, yang penuh berkhasiat dan makanan semula jadi untuk membantu saya. Kentang A.S. memenuhi semua kriteria tersebut,” ujar Soh. 

Soh juga merupakan Presiden Persatuan Larian Menara Malaysia (MTA), yang ditubuhkan pada Ogos 2019 untuk mentadbir dan mengawal selia Sukan Larian Menara di Malaysia. Turut hadir hari ini ialah setiausaha MTA, En. Low Keng Yik, juga seorang pelari Menara. “Kami mengalu-alukan sokongan Potatoes USA dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang sukan larian Menara yang “memberikan dua kali ganda manfaat dalam separuh masa” dan juga mengenai kentang sebagi makanan yang separuh saiz, tetapi berkali-kali ganda lebih padat dengan tenaga”, ujar Soh. 

Pakar Diet Sukan / Pakar Pemakanan yang juga peminat lumba lari, Adele Wong dan Chef Janice Lee kemudian telah berkongsi beberapa resipi lazat untuk meningkatkan prestasi ahli sukan kompetitif. 

Adele menerangkan, “Karbohidrat adalah salah satu nutrien penting dalam pemakanan prestasi. Atlet yang terlibat dalam latihan berat memerlukan jumlah karbohidrat secukupnya sebagai pemberi tenaga. Berasaskan kajian semasa, pengalaman saya berkhidmat dengan atlet dan juga sebagai atlet sendiri, jelas bahawa prestasi terjejas apabila pengambilan karbohidart tidak mencukupi. Jumlah khusus bergantung kepada keadaan atlet.” Sementara itu, seorang lagi pakar sains sukan juga mengesyorkan pengambilan karbohidrat harian bagi atlet pada lingkungan 6-10g setiap kg berat badan. 

“Kentang A.S. ialah contoh sumber karbohidrat yang baik. Ia kaya dengan Vitamin B6 dan C, kalium, folat, serat dan antioksidan. Kentang bersifat serba guna dan mengenyangkan, menjadikannya sumber makanan yang mudah diperolehi oleh atlet,” ujar beliau. 

U.S. Potato Power Frittata with Spinach

Kentang A.S. diminati ramai kerana mutunya yang tinggi. Ini kerana suhu penanaman yang ideal, tanah yang subur, pemprosesan terkini dan kepakaran yang diwarisi sejak turun-temurun. Semua faktor ini menjadikan kentang A.S. antara kentang yang terbaik dunia. Tambahan lagi, piawaian ketat industri yang memenuhi semua spesifkasi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S., memastikan Kentang AS selamat dan bermutu tinggi. 

Dari segi kos, kentang A.S. boleh membekalkan nutrien penting pada harga termampu. Satu hidangan kentang (5.3 auns) berharga hanya RM1.50. Malah, kentang mempunyai kandungan kalium, serat, protein, vitamin C dan E, kalsium, besi dan magnesium tertinggi bagi setiap Ringgit mengatasi sayur-sayuran lain seperti ubi keledek dan lobak merah. Antara hasil tanaman, kentang terus memberikan nilai paling hebat.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO