RW GENTING LUASKAN KUASA REALITI MAYA DENGAN SKYVR
![]() |
VirtuGlobe |
Kehebatan realiti maya adalah keupayaannya membawa seseorang ke dalam
satu dunia baharu; yang dapat dilihat, dirasai dan didengari seperti suatu yang
nyata. Sebagai salah satu hiburan pada tahap seterusnya, Resorts World Genting
tampil dengan tawaran baharu untuk memberi peluang para tetamu merasai pengalaman
penggembaraan terhebat seumur hidup dengan pengenalan permainan SkyVR – iaitu satu
bahagian taman tema yang dikhaskan untuk permainan realiti maya yang paling
menarik dan menyeronokkan di dunia.
“Kami mahu menjadi destinasi
pilihan untuk pengalaman Realiti Maya di Malaysia dan di Asia. Permainan
realiti maya SkyVR adalah penawaran terbaharu selepas VOID yang diperkenal
sebelum ini. Apa yang ingin kami tawarkan di SkyVR adalah pengalaman VR terkini
di Asia. Ia adalah tarikan wajib dicuba untuk semua pengunjung yang datang ke
sini,” kata Dato’ Edward Holloway, Naib Presiden Eksekutif Leisure dan
Hospitaliti Resorts World Genting. Tambah beliau, “Dengan SkyVR, kami secara dramatik
melebarkan sayap dalam penawaran VR dan
ia adalah satu kemungkinan yang menakjubkan dimana para tetamu kami boleh
melihat, mencuba dan meneroka ke dalam satu perjalanan yang melangkaui
imiginasi. Di SkyVR setiap permainan adalah satu perjalanan,
dan setiap perjalanan di sini adalah menakjubkan,”
Permainan SkyVR menawarkan lima pengalaman menakjubkan dalam VirtuGlobe,
XD Theater, Vortex, RoboCoaster dan SkyGlider VR. Ia meliputi penggembaraan antara
galaksi sehinggalah permainan yang mesra seisi keluarga.
![]() |
XD Theatre |
XD Theatre adalah permainan berasaskan simulator pelbagai sensor yang
sesuai untuk seisi keluarga. Ia mampu menampung 32 pengunjung untuk merasai pengalaman
interaktif yang membawa mereka ke satu dunia baru. Sebagai contoh alam lanun
penuh dengan raksasa ganas dimana semua orang perlu bekerjasama menangkis serangan
dan menewaskan penjahat. Had ketinggian minimum permainan ini adalah 90
sentimeter. Permainan ini dibangunkan oleh TrioTech dari Kanada dan adalah
tarikan terbesar seumpamanya di Malaysia.
Sementara itu, VirtuGlobe pula adalah hasil ciptaan VirtuGlobe Inc,
dimana para pengunjung boleh melangkah masuk dalam persekitaraan VR yang bebas
pergerakan. Pengunjung bebas menentukan pengalaman yang diingini mengikut citarasa
masing-masing. Dicipta oleh Ray Latypov di Amerika Syarikat, VirtuGlobe yang
asalnya dikenali Virtusphere adalah teknologi yang digunakan oleh pihak
ketenteraan di seluruh dunia bagi melatih kakitangan mereka dalam pelbagai
persekitaran.
Vortex pula adalah permainan berasaskan pergerakan platform, dimana
pengunjung akan dipasang tali ikat pada konsol tengah dan dibekalkan senapang
laser. Dibangunkan oleh syarikat Brogent dari Taiwan, Vortex mampu menampung 12
penumpang untuk menaiki roller-coaster yang mencabar dengan persembahan grafik
ultra-realistik sambil merasai getaran pada platfom dan aksi di skrin.
Merupakan yang pertama di Asia, Vortex dibuka untuk semua pengunjung yang
memiliki ketinggian 100-195 sentimeter.
![]() |
RoboCoaster |
RoboCoaster, yang dicipta oleh syarikat Sangwha di Korea Selatan. Mampu
memuatkan sehingga 4 orang pengunjung, mereka akan mengembara menaiki VR
roller-coaster ke alam robotik yang belum pernah ditemui sebelum ini. Ia penuh
dengan struktur-struktur menakjubkan dan makhluk-makhluk aneh yang boleh dilihat
secara 360 darjah. Para pengunjung perlu memiliki ketinggian 130-190 sentimeter
untuk merasai pengalaman menaiki RoboCoaster, manakala untuk VirtuGlobe, ia terhad
untuk ketinggian 130-200 sentimeter dan mempunyai berat antara 35-130 kilogram.
![]() |
SkyGlider |
Dan akhir sekali, buat mereka yang ingin terbang melayang seperti seekor
burung helang, maka SkyGlider VR adalah jawapannya. Menggunakan kerusi yang
boleh diikat, rasai kehebatan meluncur menggunakan para-peluncur sambil melihat
dunia dari perspektif berbeza pada ketinggian beberapa ratus meter di udara.
Terdapat tiga tahap kemahiran – Permulaan, Pertengahan dan Lanjutan – dengan begitu
banyak boleh dilihat, pengalaman menaikinya kedua-dua luncur VR adalah sama.
Merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, SkyGlider dibangunkan oleh FrontGrid.
Pengunjung perlu memiliki ketinggian 110-190 sentimeter dan tidak melebihi berat
150 kilogram.
Permainan SkyVR terletak di Aras 2, Taman Tema Tertutup Skytropolis di
Resorts World Genting. Ia dibuka setiap hari dari pukul 10pg-10mlm dan bayaran
dikenakan untuk setiap kali naik. Terdapat juga Kombo Penjimatan Luar Biasa A
disediakan dimana anda boleh membeli kombinasi pas masuk sehari Taman Tema
Tertutup Skytropolis beserta kredit Tap & Play untuk bermain SkyVr.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rwgenting.com atau hubungi +603 2718
1118.
Comments
Post a Comment