SERLAHKAN KECANTIKAN SEMULA JADI DENGAN SWISS IMAGE
Mood percutian hujung tahun kembali lagi dan inilah masanya untuk menghabiskan cuti tahunan anda. Sama seperti pasport, rejimen kecantikan anda sama pentingnya, dan Swiss kini dapat membantu menjagadan memelihara kulit sepanjang perjalanan anda dengan tiga produk untuk membersihkan, menyegarkan dan melembapkan kulit.
Diperbuat daripada salah satu persekitaran ekologi yangpalingmurni di dunia, produk Swiss Image mengandungi Alpine Glacier Water iaitu bahan kecantikan suci yang hanya terdapat di Pergunungan Alpen Switzerland. Ianya membolehkan pengguna menikmati sifat penghidratan, vitamin dan mineral sekali gus membekalkan nutrien yang berharga untuk kecergasan kulit.
Pembersih Muka Mattifying Face Wash Gel Swiss Image (200ml, RM38.90) memberikan efek yang tahan lama tanpa mengeringkan kulit. Ianya dirumus khas dengan bahan-bahan Hyssop dan Air Glasier Alpine. Air Glasier tersebut memberikan penghidratan dan nutrien sambil memudahkan penyerapan sifat pembersihan semula jadi Hyssop, sesuai bagi mereka yang mempunyai kombinasi kulit berminyak. Untuk hasil yang terbaik, menggunakannya dua kali sehari membantu membersihkan dan menyegarkan.kulit secara mendalam untuk mencapai kulit yang sihat serta berseri.
Sebelum melembapkan kulit anda, Refreshing & Mattifying Toner Swiss Image (200ml, RM38.90) akan membersihkan kotoran berlebihan dan menghalang pertumbuhan bakteria asing ketika anda berada di luar negara. Mengenakan penyegar dua kali sehari menggunakan pad kapas ke bahagian muka dan leher yang bersih sambil mengelakkan bahagian mata akan menyegarkan kulit anda sepanjang hari. Ternyata menambah keremajaan pada kulit anda untuk semua foto perjalanan fotografi anda. Selain itu, ia mengetatkan liang dan mengurangkan tanda-tanda kulit wajah yang letih.
Langkah terakhir untuk rutin harian penjagaan kulit utama, Absolute Hydration Day Cream Swiss Image (50ml, RM48.90) diperkaya dengan ekstrak botani semula jadi Edelweiss dan Alpine Glacier Water. Menginap sepanjang hari di negara yang berbeza boleh memberi kesan negatif pada kulit, tetapi krim ini memberikan penghidratan tahan lama untuk memastikan anda kelihatan berseri sepanjangpengembaraan anda. Cuaca yang tidak menentu tidak lagi menjadi masalah dengan kualiti penapis SPFnya, sementara melindungi kulit daripada perubahan cuaca dan akhirnya meningkatkan kulit wajah.
Semua produk Swiss Image bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti Paraben, PEG dan Phthalates, dan disahkan HALAL.
Produk Swiss Image boleh didapati di kedai-kedai Watsons terpilih, Watsons E-commerce & Shopee Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/swissimagemy/
Comments
Post a Comment