BTS LANCAR “MAP OF THE SOUL: 7 THE ENHANCED ALBUM” DI SPOTIFY



Bagi meraikan album studio keempat BTS, ‘MAP OF THE SOUL : 7’, Spotify telah bekerjasama dengan bintang antarabangsa tersebut untuk melancarkan MAP OF THE SOUL : 7 The Enhanced Album yang boleh didapati mulai hari ini, 21 Februari 2020. Hanya boleh didapati di Spotify, album yang diperbaharui tersebut – mengandungi kandungan asli dan buah tangan eksklusif. Ianya bakal menjadi destinasi terulung buat ARMY untuk meraikan pelancaran terkini album BTS. 

BTS merupakan artis Asia pertama yang bekerjasama dengan Spotify bagi mencipta sebuah album yang diperbaharui untuk menawarkan para peminat kandungan-kandungan eksklusif, termasuklah Storylines (ulasan peribadi bertulis untuk berkongsi inspirasi dan latar belakang setiap lagu), Canvas (sedutan video istimewa berdurasi 8 saat secara berulang bagi setiap lagu) serta mesej-mesej audio yang membolehkan para peminat untuk lebih mengenali ahli-ahli kumpulan tersebut. Antara topik-topik yang di bincangkan BTS termasuklah detik-detik berharga di sepanjang tujuh tahun perjalanan mereka, mesej yang mereka mahu sampaikan menerusi album ini dan pandangan mereka terhadap BTS untuk tujuh tahun akan datang. 

Antara artis-artis terkemuka yang telah mencipta album yang diperbaharui Spotify ialah Taylor Swift bagi album 2019 beliau ‘Lover’, Merry Christmas (Edisi Ulangtahun Deluxe) Mariah Carey dan baru-baru ini, Tame Impala dengan albumnya ‘The Slow Rush’. 

Sebagai tanda penghormatan kepada penggerak industri K-Pop tersebut dalam meraikan tahun ketujuh mereka, berikut adalah tujuh momen kegemaran Spotify bersama BTS dan saksikan reaksi mereka di sini:
  • Ahli-ahli BTS telah membina sendiri sebuah senarai main Spotify. Ayuh layari senarai main mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang lagu BTS yang menjadi kegemaran setiap individu daripada kumpulan tersebut di samping lagu-lagu yang sedang mereka dengari sekarang: RM, Jin, SUGA, j-hope, Jimin, V, Jung Kook
  • BTS mendedikasikan 18 September 2017 sebagai #LoveYourselfDay bagi meraikan pelancaran LOVE YOURSELF 承 ‘Her’. Tarikh ini juga menyaksikan BTS bergelar artis K-Pop pertama menyertai Carta Top 50 Global Spotify menerusi lagu “DNA” 
  • Emoji khas ‘finger heart’ oleh Spotify buat BTS telah digunakan lebih daripada sejuta kali di Twitter oleh para peminat di seluruh dunia #SpotifyxBTS 
  • BTS menjadi sebahagian daripada pelancaran Spotify di India melalui “Namaste”
  • Spotify meraikan sejarah BTS di ARMYPEDIA menerusi 19 kepingan teka-teki Spotify edisi khas. 
  • Lagu-lagu BTS telah distrim sebanyak 3 billion kali dalam tempoh 178.4 juta jam oleh 60 juta pendengar di Spotify pada tahun 2019 #SpotifyWrapped
  • Pelancaran MAP OF THE SOUL : 7 The Enhanced Album diiringi dengan kandungan-kandungan original. 

Dengarkan MAP OF THE SOUL : 7 The Enhanced Album sekarang, hanya di Spotify. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran menarik BTS akan datang, ikuti saluran rasmi K-Pop Spotify di Twitter @SpotifyKDaebak dan tweet menggunakan tanda pagar #SpotifyxBTS bagi mendedahkan emoji ‘finger heart’ khas!


Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO