GSC & FRIENDS TO MANKIND LANCAR KEMPEN "THE BOOK EFFECT"

(Dari Kiri) Dato’ Paduka Noor Aini Datuk Abdullah, Patron to Friends to Mankind; Ms. Apshy Vimal, Youth Ambassador and Project Lead of Friends to Mankind; and Mr. Heng Beng Fatt, Chief Operations Officer Malaysia, Golden Screen Cinemas Sdn Bhd 

Golden Screen Cinemas (GSC), dengan kerjasama organisasi Friends to Mankind (FtoM) telah melancarkan kempen The Book Effect ke pawagam-pawagam terpilih di Lembah Klang. Melalui kerjasama ini, para penonton yang mengunjungi pawagam GSC dapat menggunakan perpustakaan kecil di ruang awam, di mana mereka boleh membaca, bertukar-tukar buku dan juga menderma buku kepada FtoM untuk disumbangkan ke perpustakaan masyarakat yang kurang bernasib baik. 

Kempen ini adalah susulan kejayaan prokjek The Book Effect, di mana ia telah berjaya mengumpul dan mengagih-semula 10,000 buku dalam masa dua bulan selepas pelancarannya di bulan Ogos 2019. 

Perpustakaan kecil ini dibuka kepada orang ramai dan boleh didapati di  GSC 1 Utama, GSC IOI Puchong, GSC MyTOWN, GSC Melawati Mall, and GSC Setia City Mall. Lebih banyaklokasi akan diumumkan tidak lama lagi. 

Untuk maklumat lanjut tentang kempen The Book Effect, sila ikuti laman Facebook GSCinemas di facebook.com/GSCinemas dan Friends to Mankind di facebook.com/FriendstoMankind.

Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

GELAGAT JANNA NICK DAN DINI BAKAL MENCUIT HATI PENONTON DALAM DRAMA ‘SELAMAT PENGANTIN HARU!’

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

JOM MERIAHKAN EVERSE 2026: ALAMI GABUNGAN UNIK PELANCONGAN, TEKNOLOGI DAN HIBURAN MENARIK!