12 PASUKAN NEGARA MARA KE PUBG MOBILE MY/SG PRO LEAGUE 2020



12 pasukan dari Malaysia telah berjaya ke peringkat PUBG Mobile MY/SG Pro League 2020. 

Pasukan yang layak adalah:- 
  • Tone WoW Esport 
  • Xpert My Esport 
  • Dingoz MZ 
  • Last Survivor R2K 
  • Missrose Esport Syndicate 
  • ESG Gaming 
  • Axis MPX 
  • Resurgence 
  • Tara Proyector X 
  • Team Bosskurr 
  • Ned Brotherhood 
  • Team No Recoil 

PUBG Mobile Pro League 2020 (PMPL 2020) adalah kejohanan profesional peringkat kebangsaan terbesar yang dianjurkan oleh PUBG Mobile di Asia Tenggara, di mana setiap pasukan berentap bagi merebut hadiah utama AS$1,000,000. 

Pasukan yang memperoleh markah tertinggi akan meneruskan pertarungan di peringkat serantau, dan kemudiannya melangkah ke PUBG Mobile World League untuk bertanding dengan pasukan-pasukan lain dari serata dunia. Asia Tenggara mempunyai enam slot yang perlu diisi oleh pasukan darirantau ini untuk mara ke PUBG Mobile World League. 

“PUBG Mobile Pro League 2020 adalah komitmen kami untuk menambah baik dan menyokong industri e-sukan ke peringkat yang lebih tinggi. Suasana e-sukan di Malaysia sememangnya sangat meriah, penuh dengan bakat-bakat tempatan yang handal, dan kami teruja untuk menyaksikan kebolehan mereka,” kata Pengarah Urusan PUBG Mobile Asia Tenggara, Oliver Ye. 

“PMPL 2020 adalah platform e-sukan terbaru untuk pemain peringkat kebangsaan menyertai pentas profesional. Kami berharap PMPL 2020 mampu membuka lebih banyak peluang kepada pemain PUBG Mobile untuk mengasah kemahiran mereka, sebagai persediaan menempa kerjaya di dalam dunia e-sukan,” tambah Ye. 

Facebook adalah platform penstriman rasmi PMPL 2020. Kejohanan ini boleh ditonton melalui laman rasmi Facebook PUBG Mobile.

Comments

Popular Posts