4 CARA UNTUK MELINDUNGI DIRI ANDA DARIPADA ANCAMAN SIBER



Dewasa ini, pelbagai aktiviti harian kita sekurang-kurangnya bergantung kepada sebuah peranti yang canggih. Sama ada untuk tujuan perniagaan, perbankan, pendidikan, mahupun sosial, kita menaruh kepercayaan ke atas teknologi untuk melakukan hampir segala jenis tugasan.

Sifat kebergantungan ke atas teknologi ini serta perkongsian maklumat sensitif yang secara tidak langsungnya hadir bersamanya tidak dapat dielakkan dalam dunia internet, dan menyebabkan jenayah siber lebih berleluasa dan nyata. Selain ancaman teknologi tinggi seperti perisian tebusan (ransomware) dan perisian hasad (malware), ancaman teknologi rendah seperti penggodaman visual, atau pencurian informasi sulit melalui kaedah visual juga amat efektif bagi kes-kes kecurian maklumat sensitif. Hasil kajian yang dijalankan pada tahun 2016 oleh Ponemon Institute khususnya amat membimbangkan, ia mendapati bahawa 91% daripada cubaan penggodaman visual berakhir dengan kejayaan bagi pihak pemangsa, dan ia hanya mengambil 15 minit atau lebih kurang untuk penggodam visual mencuri maklumat sensitif. Satu lagi kajian sepertinya yang dijalankan pada tahun 2019 melaporkan bahawa 80% pelancong perniagaan yang dibanci menanggap penggodaman visual ialah sebuah ancaman, dan mereka percaya hampir 1 dalam 3 pencerobohan data syarikat yang berlaku adalah kerananya.

Jelas sekali, ancaman siber dalam segala bentuknya mampu menjejaskan keselamatan, sekuriti dan kehidupan seharian. Sehubungan itu, amalan sekuriti siber yang baik perlu dipraktikkan, dan sekiranya anda tidak tahu bagaimana untuk berbuat demikian, berikut merupakan 4 perkara asas yang anda perlu ketahui untuk melindungi diri anda.


1. Gunakan Kata Laluan yang Kukuh

Penggunaan kata laluan yang selamat merupakan langkah pertama yang perlu diambil untuk menghalang akses terlarang ke atas maklumat peribadi anda. Untuk mencipta kata laluan yang baik, elakkan penggunaan perkataan dan frasa yang lazim, serta butiran peribadi anda. Frasa yang panjang dan rawak, berserta penggunaan aksara yang bercampur adalah disarankan, kerana ia lebih sukar untuk digodam. Jangan gunakan kata laluan yang sama untuk laman digital yang berlainan, dan jangan sesekali berikan kata laluan anda kepada orang lain. Di samping itu, sebagai amalan sekuriti yang baik, pastikan anda menukar kata laluan secara berkala.


2. Beri Perhatian ke atas Wi-Fi Awam

Sekiranya anda ingin menggunakan Wi-Fi awam, pastikan rangkaiannya boleh dipercayai. Elakkan daripada menggunakan rangkaian yang tidak bercagar, contohnya rangkaian yang tidak memerlukan kata laluan. Ini adalah kerana penggodam boleh mempengaruhi rangkaian tersebut dan mencuri data sensitif yang terkandung dalam peranti anda. Tindakan yang terbaik yang anda boleh diamalkan adalah mematikan sambungan Wi-Fi secara sepenuhnya sekiranya ia tidak digunakan, dan ubah tetapan peranti anda untuk menyekat akses Wi-Fi yang tidak disahkan. Selain itu, jika anda menggunakan Wi-Fi awam, jangan sesekali lakukan transaksi kewangan atau mengakses data sulit, meskipun anda ingin menjimatkan data mudah alih anda.


3. Berwaspada terhadap E-mel

E-mel berpotensi untuk menjadi saluran yang digunakan oleh penggodam untuk menceroboh sistem digital anda. Kaedah paling lazim yang digunakan untuk melakukan pencerobohan ini adalah dengan menghantar e-mel yang mengandungi virus atau e-mel yang hadir dengan pautan serta lampiran yang dapat menyebarkan virus ke dalam sistem digital anda apabila dibuka. Oleh itu, anda perlu berhati-hati ketika membuka e-mel, pautan atau lampiran yang hadir bersamanya. Sentiasa periksa alamat e-mel penghantar terlebih dahulu, termasuk sebarang ejaan salah atau alamat yang tidak diketahui. Jika anda menemui e-mel seperti ini, hapuskannya dengan segera daripada peti masuk mel atau “inbox” anda.


4. Gunakan Panel Privasi (Privacy Filter)

Meskipun kebanyakan daripada kita sedar tentang bahaya ancaman teknologi tinggi, masih ada yang tidak bersedia untuk menangani bahaya ancaman teknologi rendah seperti penggodaman visual. Penggodaman visual merupakan suatu kaedah yang amat efektif bagi tujuan rakaman maklumat sensitif, ia boleh dibuat dalam kadar segera serta dengan jayanya oleh pihak pemangsa, dan anda terdedah kepadanya di mana-mana jua anda berada, selagi anda dikelilingi oleh orang lain. Oleh itu, pengambilan langkah pencegahan terhadap ancaman ini adalah mustahak, serta penggunaan panel privasi merupakan satu amalan yang baik untuk menangani isu ini. Sebagai contoh, 3M™ Privacy Filter dirumus dengan teknologi mikrolouver yang pintar, ia menggelapkan pandangan dari sisi dan pada masa yang sama membekalkan gambaran yang jelas buat pengguna yang berkedudukan di hadapan skrin berkenaan. Ia berfungsi sebagai benteng pertahanan anda yang pertama terhadap penggodam visual yang boleh mencuri pandang ke arah skrin anda dan berpotensi untuk mencuri data yang sensitif. 

Kita perlu mengambil serius tentang ancaman siber yang mampu membawa impak negatif dalam kehidupan seharian kita. Kita mungkin menjadi mangsa pencurian identiti, malah sekuriti kewangan kita juga mungkin terjejas. Natijahnya, terdapat keperluan yang mustahak untuk mengambil tindakan dan memastikan data kita dilindungi dengan sebaiknya. Serta dengan berleluasanya ancaman penggodaman visual oleh kerana data masing-masing dibawa bersama ke mana-mana sahaja, kita perlu mengambil kira solusi-solusi yang bukan sahaja terhad kepada privasi perisian digital, malah harus mempertimbangkan privasi visual juga.

3M yang merupakan peneraju dalam bidang ini telah mencipta sebuah solusi yang dapat membantu melindungi maklumat yang dipaparkan di peranti anda, iaitu dengan menggunakan teknologi optikal canggih yang membekalkan privasi visual serta kualiti perlindungan skrin yang dipercayai di seluruh dunia. Penggunaan panel privasi dapat berfungsi sebagai benteng pertahanan yang pertama terhadap penggodam visual, kerosakan skrin yang bersifat fizikal serta mengatasi masalah kesilauan pada skrin peranti anda. Dapatkan 3M™ Privacy Filter di Lazada dan semua outlet IT hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA