BANGKIT DENGAN HARUMAN "AWAKEN" OLEH YANKEE CANDLE
Yankee Candle jenama #1 terkenal dalam industri penghasilan lilin kini kembali dengan wangian Scent of The Year. Edisi tahun 2020 ini dinamakan Awaken. Lilin menarik ini dicipta khas dengan rekaan yang baharu disertai dengan kaca kristal freesia. Hanya 70 lilin Awaken boleh didapati di Yankee Candle Sunway Pyramid dan One Utama dari 26 Februari sehingga stok masih ada.
Yankee Candle terkenal dengan wangian yang mampu mencetus perasaan, menaikkan mood dan menjanjikan wangian yang tahan lama untuk rumah anda. Yankee Candle telah bekerjasama dengan pakar trend global dalam bidang fesyen, kesihatan, gaya hidup dan peredaran budaya untuk mengetahui trend semasa untuk pengguna pada tahun 2020. Awaken telah dicipta untuk mengubah mood seseorang dan menikmati setiap detik kehidupan secara besederhana, mudah dan sekaligus memberi kehidupan harian dan pengalaman yang autentik.
Lilin ini mempunyai nota atas peony halus dan freesia, disulami nota tengah minyak pati clary sage, arcanox dan kayu hanyut, diikuti dengan nota ambar putih, patchouli dan lapisan mineral sebagai asas. Keunikan lilin ini terhasil dari wangiannya yang memberikan rumah anda suasana yang santai dan untuk menciptakan persekitaran rumah yang sangat selesa.
Awaken menceritakan kisah seorang wanita yang memahami keperluan diri dan orang yang disayanginya. Wanita ini merupakan pengerat kasih di antara keluarga dan temannya sekaligus mencipta suasana yang selesa dan memberi inspirasi kepada semua untuk mencipta tradisi baharu bersama keluarga tercinta. Wanita ini percaya bahawa sentuhannya melalui hiasan, suasana dan wangian mampu memberikan keselesaan dan memberi inspirasi kepada teman dan keluarganya untuk mencipta tradisi baharu.
Dapatkan wangian edisi terhad Scent of The Year Awaken hari ini di Yankee Candle Sunway Pyramid dan One Utama atau layari my.puresenses.co untuk produk-produk lain dari Yankee Candle. Dapatkan maklumat terkini melalui media sosial:
Instagram: https://www.instagram.com/puresensesmy/
Facebook: https://www.facebook.com/PureSensesMY/
Comments
Post a Comment