BURGER KING BERIKAN KEJUTAN DI HARI WANITA ANTARABANGSA



Hari ini merupakan hari anda, ratu burger! Singgahlah di Burger King terdekat untuk menerima suatu kejutan. 

Cosmo Restaurants Sdn Bhd, pemilik francais Burger King Malaysia mengejutkan pencinta burger wanita Malaysia dengan pembungkusan burger edisi khas Hari Wanita. 

Kejutan tersebut: Burger buat pelanggan wanita di kesemua 105 cawangan Burger King di seluruh Malaysia dihidangkan di dalam kotak edisi terhad hari wanita. Bahagian dalam penutup kotak tersebut dilengkapi dengan cermin muka yang membawa mesej, “Anda adalah unik. Selamat Hari Wanita Antarabangsa Ratu Burger! (Each and everyone of you is unique. Happy international women’s day Burger Queen”!

Hari Wanita Antarabangsa merupakan acara yang sangat penting buat Burger King, kata Goh Yin Yin, Ketua Pemasaran Cosmo Restaurants Sdn Bhd. 

“Bukan sahaja Burger King di Malaysia mempunyai CEO wanita, satu pertiga daripada pasukan pengurusan dan separuh daripada kakitangannya adalah wanita. 

“Sebahagian besar daripada pelanggan kami merupakan wanita! Oleh itu, kami mahu memanfaatkan hari istimewa ini bagi memberi kejutan kepada para pelanggan wanita kami dan mengingatkan betapa istimewanya diri mereka. 

“Sebagai seorang wanita, saya sangat memahami keadaan yang dihadapi oleh seorang wanita dalam kehidupan seharian dalam usaha mengejar karier dan menyeimbangkan kehidupan peribadi untuk menjaga ahli ibubapa, adik beradik, sahabat handai dan jika sudah berkahwin, anak dan suami. 

“Benar, setiap orang adalah unik, tetapi apa yang menyatukan kita semua sebagai wanita adalah keupayaan kita yang luar biasa dalam mencari nafkah dan pada masa yang sama menjaga dan mengasuh setiap orang di sekeliling kita... Kami semua layak memakai mahkota!” berkata Goh yang menambah bahawa cermin di dalam kotak itu adalah untuk mengingatkan pelanggan perempuannya tentang peranan istimewa mereka dalam masyarakat. 

Goh berkata pelanggan wanita Burger King yang membeli burger yang dihidangkan dalam kotak edisi khas boleh memilih untuk menyertai pertandingan swafoto pada hari tersebut bagi merebut peluang memenangi kad hadiah RM300 dari jenama kosmetik terkenal. 

Satu lagi kejutan? Semua pelanggan wanita juga bakal menerima diskaun sebanyak 50% apabila mereka membeli antara tiga pilihan Burger King Mushroom Swiss burger - Double Swiss Mushroom, Single Swiss Mushroom dan Mushroom Swiss tendergrill.


Comments

Popular Posts