FASILITI AWAM MOTAC DITUTUP SEMENTARA SEHINGGA 30 APRIL 2020



Kuala Lumpur, 16 Mac 2020 - Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MoTAC) mengarahkan semua fasiliti awam di Jabatan dan Agensi DITUTUP SEMENTARA berkuatkuasa serta merta sehingga 30 April 2020. 

Tindakan ini dibuat setelah mengambil kira kepentingan kesihatan awam dan menyekat penularan wabak COVID-19. Semua Ketua Jabatan dan Agensi telah diarahkan untuk menutup fasiliti awam di bawah seliaan masing-masing dan melakukan disinfektasi di semua ruangan kunjungan terbabit. 

Fasiliti kendalian Jabatan dan Agensi di bawah MoTAC adalah seperti berikut dengan perincian seperti di Lampiran A. 
  1. Jabatan Muzium Malaysia (JMM) 
  2. Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) 
  3. Jabatan Warisan Negara (JWN) 
  4. Arkib Negara Malaysia (ANM) 
  5. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (KRAFTANGAN MALAYSIA) 
  6. Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) 
  7. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) 
  8. Istana Budaya
  9. Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC) 
Selari dengan usaha yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) MoTAC menyeru semua pihak termasuk orang ramai untuk sama-sama membantu dalam menyekat penularan wabak ini. 

"MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI"




Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO