GO SHOP PERKENALKAN SALURAN BELI-BELAH RUUMA & GAAYA



Perkhidmatan membeli-belah gaya hidup pelbagai platform Malaysia, Go Shop telah menjenamakan semula dua saluran Melayu dengan slogan baharu - Ini Baru Shopping! 

Go Shop (saluran 118) kini membawa nama baharu, "RUUMA" yang memberi tumpuan kepada item untuk melengkapkan rumah seperti perabot, aksesori rumah, peralatan dapur dan alat memasak. 

Sementara itu, Go Shop (saluran 120) membawa nama "GAAYA" yang menawarkan produk kecantikan dan gaya hidup, keperluan perjalanan, alat digital dan trend fesyen terkini untuk individu yang bergaya. 

RUUMA mempamerkan jenama popular seperti Corelle, La Gourmet, Shogun, Khind dan Haier, manakala GAAYA menampilkan jenama seperti SimplySiti, Siti Khadijah, Christy Ng dan Leanen.

Tonton Go Shop RUUMA (saluran 118) dan Go Shop GAAYA (saluran 120) untuk tawaran - tawaran yang menarik. Para pelanggan juga boleh layari Go Shop melalui www.goshop.com.my dan memuat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store.

Comments

Popular posts from this blog

ADAM LEE DAN SITI KHADIJAH BERSATU DALAM DI SEBALIK REDA BAKAL MENGUSIK JIWA PENONTON MULAI 30 JUN 2025

GELAGAT JANNA NICK DAN DINI BAKAL MENCUIT HATI PENONTON DALAM DRAMA ‘SELAMAT PENGANTIN HARU!’

PANDUAN RINGKAS UNTUK WANITA KEKAL KONSISTEN DEMI MENCAPAI MATLAMAT KESIHATAN

HOLISTIC WAY PERKENAL EMPAT PRODUK BAHARU UNTUK GAYA HIDUP LEBIH SIHAT & CERGAS