‘TERLANJUR CINTA’ KOLABORASI PERTAMA HAEL & CAKRA KHAN



Setelah meraih kejayaan demi kejayaan, penyanyi serta pencipta lagu berbakat besar Hael Husaini terus mengorak langkah dalam industri muzik dengan pelbagai inovasi. Terbaru penyanyi ini bergandingan dengan vokalis bersuara unik dari negara jiran Indonesia, Cakra Khan lewat mahakarya terbaru mereka berjudul ‘Terlanjur Cinta’. 

Pada sekitar 2019 Ketua Label Muzik Rocketfuel Entertainment En Feros telah ke Indonesia untuk berjumpa bersama pihak My Music Records iaitu Pak William untuk berkolaborasi antara Rocketfuel Entertainment dan My Music Records. 

Selepas kedua dua pihak telah membuat perjanjian, projek pertama antara Hael Husaini dan Cakra Khan dilancarkan, mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan satu single bagi menjaga kualiti dan bersesuaian dengan pendengar Malaysia dan Indonesia. 

‘Terlanjur Cinta‘ merupakan kolaborasi pertama di antara Hael dan Cakra dan ia mengisahkan tentang cinta yang tak terbalas dari seorang lelaki kepada seorang wanita. Malah ia juga menggambarkan keadaan seseorang yang ‘bertepuk sebelah tangan’ dalam usaha untuk meraih cinta. 

Muzik Video ‘Terlanjur Cinta’ pula adalah hasil buah fikiran salah seorang pengarah ternama Indonesia iaitu Upie Guava. Dengan bantuan kru produksi dan penyunting yang berpengalaman, beliau telah berjaya menghasilkan satu karya yang amat luar biasa dalam satu jangkamasa yang singkat. 

Lagu duet berentak balada ini merupakan hasil nukilan David Sam serta Irwan Sutanto dan dijangka akan dilancarkan di laman Youtube pada 27 Februari 2020 dan akan berada di semua platform digital bermula 28 Februari 2020. 

Projek ini juga merupakan usaha bersama antara Rocketfuel Entertainment dan My Music Records Dari Indonesia. Malah pada 27 februari ini, satu sesi pelancaran media dan konsert mini untuk lagu ini akan dianjurkan di The pallas Event Space Jakarta. 


Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records, 

”Lagu Ini merupakan hasil nukilan dan saya berharap lagu ini dapat menambat hati ramai orang diluar sana dan juga mendapat tempat di hati para pendengar radio .” 

Lagu ‘Terlanjur Cinta’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.


Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM