HANIS ZALIKHA PILIH TELEFON PINTAR OPPO FIND X2 5G PRO



OPPO kini memperkenalkan pengganti yang lebih sempurna dan elegan, dengan matlamat untuk mengeluarkan jurugambar di dalam diri anda dan membebaskan sisi kreatif diri, dan membolehkan anda menjadi seperti Hanis Zalikha, pemenang anugerah yang juga merupakan seorang blogger, model dan pelakon. 

Peneman harian yang berkuasa 

Salah satu daripada banyak perkara yang dilakukan oleh Hanis setiap hari dalam kerjayanya adalah untuk menangkap detik-detik menakjubkan yang merupakan sebahagian daripada rutin hariannya, sama ada berada di rumah bersama-sama keluarga atau ketika bekerja di studio. Sistem kamera berkuasa pada Find X2 5G Pro membantunya melakukan semua ini, dengan memberikannya keupayaan untuk menangkap imej-imej yang menakjubkan serta video-video yang luar biasa. Dan dengan perisian yang mudah digunakan seperti aplikasi OPPO Soloop, merakam kandungan seperti profesional kini menjadi lebih mudah. Siri Find X2 ini juga membantu beliau menggambarkan dengan lebih jelas dan cekap produk akhir sebarang kandungan yang beliau tangkap atau rakam dengan kadar penyegaran 120Hz, lalu memberikan hasil pandangan yang sempurna yang menyingkirkan segala cacat cela dari pengalaman beliau. 

Ketika pelancaran, Hanis berkata: “Saya mendapati bahawa sistem kamera pada Find X2 Pro 5G ini sangat menakjubkan. Ia menangkap gambar dan memberikan butiran, kejelasan dan warna yang sangat mengagumkan, dan apabila saya perlu merakam video, sistem penstabilan Tangkapan Ultra Stabilnya membantu dalam mengurangkan sebarang getaran yang tidak diingini supaya video saya dapat dihasilkan dengan sempurna seolah-olah saya mengambilnya dengan menggunakan teknik profesional. 

Selain itu, sebagai salah seorang pengasas jenama kecantikan, gaya hidup Hanis yang sibuk dan pantas memerlukannya untuk sentiasa bergerak, namun terima kasih kepada bateri 4,260mAh yang berkuasa yang terdapat pada Find X2 Pro 5G, ianya lebih dari sekadar mampu untuk kekal memenuhi kehendaknya. Beliau dengan mudah dapat melalui keseluruhan hari dengan hanya satu pengecasan. Dan jika bateri menjadi sedikit rendah, ketika inilah kebolehan pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 dapat membantu. Dengan ciri ini, Hanis mampu mengecas sepenuhnya bateri Find X2 Pro 5G dalam masa 38 minit, membolehkannya sentiasa satu langkah di hadapan jadualnya yang sibuk dan padat. 

Sudah tentu, membahagikan masa di antara keluarga dan kerjaya adalah sangat penting bagi Hanis. Beliau berkongsi: “Saya mempunyai kehidupan yang sangat sibuk. Tapi itu tidak bermakna saya akan terlepas perkara yang lebih penting dalam hidup, dan terima kasih kepada OPPO dan Find X2 Pro 5G, saya dapat menangkap setiap detik indah bersama keluarga dan yang tersayang. Saya seorang penghibur, tetapi terlebih dahulu saya merupakan seorang ibu dan isteri, jadi ianya amat bermakna kepada saya untuk dapat menyesuaikan keperluan mereka ke dalam kehidupan seharian saya.” Wanita hebat ini juga turut berkongsi perasaan kagum beliau ketika mengetahui Find X2 Pro 5G ini dilengkapi dengan semua teknologi terkini. “Bekerja bersama OPPO telah banyak menambah keyakinan saya bahawa kita harus sentiasa meneroka dan mengorak langkah,” tambahnya lagi. 

Pelakon dan model ini juga berkongsi bahawa sebagai sebuah jenama, OPPO dan dirinya mempunyai banyak persamaan. OPPO tanpa henti mengejar kesempurnaan dalam produk mereka dari segi estetik dan fungsinya. Dan sebagai idola orang ramai, Hanis percaya bahawa menjadi tanggungjawabnya untuk menjadi contoh yang terbaik buat para peminatnya. Beliau berkata: “Saya sentiasa berusaha untuk menjadi versi diri saya yang terbaik dan menunjukkan bahawa kita mampu untuk mencapai semua impian kita. Apa yang diperlukan adalah kerja keras, keazaman yang tinggi dan sikap yang positif. Ketika bekerja bersama OPPO, jelas bahawa jenama ini mempunyai nilai-nilai yang sama, yang membuatkan saya yakin bahawa kerjasama ini akan membuahkan hasil.” 

Dari segi estetik, Hanis percaya bahawa Find X2 Pro 5G menawarkan apa yang selama ini beliau cari dalam sesebuah telefon pintar. Ia cukup padat untuk dipegang menggunakan satu tangan, dan lengkungan pada telefon ini membolehkan penggunaan sebelah tangan, tanpa telefon tergelincir atau menggelongsor. Tambahan lagi, edisi hitam seramik dengan mudah dapat dipadankan dengan mana-mana pakaian beliau, dan membantu ia menyatu dalam sebarang acara keramaian, tanpa terlalu menonjol mencari perhatian. Dengan peranti tahan lama seperti Find X2 Pro 5g ini, butiran kecil seperti rekabentuk kalis habuk dan air IP68 turut diambil kira yang membolehkan Hanis untuk menjadi lebih lasak tanpa mengehadkan kreativitinya. 

Bagi pasaran global, Eddie Redmayne telah bekerjasama dengan OPPO Find X2, berkongsi nilai yang sama dalam mengejar kesempurnaan dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan menjadi lebih baik. Sentiasa bersemangat dalam meneroka sesuatu perkara yang baharu, Eddie Redmayne berusaha untuk mencapai prestasi yang lebih baik dengan mencabar diri sendiri melakonkan pelbagai watak. Sama dengan Find X2, ia melangkaui teknologi yang lebih maju; ia adalah kemuncak idea yang hebat, rekabentuk yang berfungsi dan teknologi berinovatif yang menjadikannya peneman yang mutlak. 


Model flagship 5G pertama OPPO 

Dilengkapi dengan teknologi terkini 5G, Find X2 5G Pro adalah model flagship 5G pertama OPPO yang dijanakan oleh pemproses mudah alih terkini Qualcomm, Snapdragon 865. Pemproses ini dilengkapi dengan AI Engine generasi kelima, yang dijamin akan memberikan pengalaman pengguna yang lebih cepat, lancer dan lebih baik. Tambahan, Find X2 Pro 5G menyokong Smart 5G, yang membolehkan para penggunanya mengoptimumkan penggunaan kuasa dan memuat turun dua aplikasi dalam satu masa, di mana satu menggunakan 5G Wi-Fi dan satu lagi menggunakan 5G, yang secara teorinya memberikan kelajuan muat turun sehingga 5.9Gbps. 

Selain itu, Find X2 Pro 5G menyokong teknologi pengecasan terpantas dalam industri – SuperVOOC 2.0 – membolehkannya dicas sepenuhnya dalam masa 38 minit. Dilengkapi dengan beberapa teknologi penyejukan, ia dapat mengelakkan telefon pintar daripada menjadi terlalu panas. Find X2 Pro 5G ini juga dilengkapi dengan cip bateri yang disesuaikan yang memantau dan mengenalpasti status bateri, menjadikan proses pengecasan pantas ini lebih selamat. 

Kecanggihan dan keanggunan adalah kunci utama 

Membawa kecanggihan dan keanggunan ke satu tahap yang berbeza, OPPO bertekad untuk memberikan para penggunanya keseimbangan yang sempurna dari segi penglihatan dan rasa. Find X2 Pro 5G mempunyai rekabentuk melengkung yang paling maju dalam mana-mana rekabentuk telefon bimbitnya sehingga kini,yang memberikan rekabentuk simetri yang sempurna. Paparannya juga sangat mengagumkan dengan bezel yang minimal. Ini amat membantu dalam memberikan pengalaman yang lebih menakjubkan. 

OPPO Find X2 Pro 5G didatangkan dengan dua warna, di mana kedua-duanya dihasilkan untuk memberikan rasa dan rupa yang premium. Find X2 Pro 5G dalam seramik hitam mempunyai reka bentuk tekstur grating baharu berdasarkan seramik berketumpatan tinggi. Manakala versi kulit vegan oren mengambil bahan mesra alam PU yang berkualiti tinggi, dengan sentuhan halus dan lembut serta warna yang bergaya. 

Memastikan setiap saat adalah berharga 

Find X2 Pro 5G dilengkapi dengan Sistem Kamera Penglihatan Ultra OPPO yang paling berkuasa yang mendapat tempat pertama dalam penarafan DxOMark’s. Ia memberikan pengalaman fotografi yang jelas, stabil dan lancer. Bukan sahaja ia dapat menangkap pemandangan malam dengan sempurna, ia juga boleh mengesan dan menumpukan objek kecil dengan kepersisan yang tinggi, baik secara menegak mahupun mendatar. Terdapat sistem Kamera Penglihatan Ultra tri-kamera berkuasa yang menyokong All Pixel omni-directional PDAF (fasa pengesan auto fokus) dengan kebolehan menangkap imej 12-bit. 

Kamera utamanya adalah kamera 48MP yang dilengkapi dengan kamera sudut ultra lebar 48MP dan kamera telefoto periskop 13MP yang menyokong kedua-dua penstabilan optic dan elektronik. Apabila bekerja bersama-sama, Find X2 Pro 5G mempunyai zum hybrid 10x dan zum digital sehingga 60x. Untuk tangkapan sudut lebar, para pengguna mempunyai sudut maksimum 120 darjah untuk menyusun tangkapan mereka. Para penggemar swafoto pula akan menyukai kamera pandangan hadapan 32MP yang dikuasakan oleh AI untuk swafoto yang sangat mengagumkan. 

Find X2 Pro 5G juga membolehkan para penggunanya untuk mengambil video secara profesional dengan penggredan warna yang lebih baik, prestasi warna dan algoritma cahaya belakang yang ditambah baik. Kebolehan penggambaran Live HDR Find X2 Pro 5G juga akan meningkatkan kualiti video agar lebih jelas,termasuk ketika merakam video dalam persekitaran yang gelap. Bersama-sama dengan aplikasi pasca-pengeditannya yang cemerlang, Soloop, OPPO memudahkan para penggunanya untuk merakam dan berkongsi video. 

Selain daripada keupayaannya dalam memberikan pengalaman warna terang yang lebih baik, Video Ultra Stabil 2.0 OPPO juga merupakan salah satu teknologi anti-gegaran yang terbaik dalam industri. Mod Video Ultra Stabil Pro, digabungkan bersama-sama kamera sudut ultra lebar, memberikan para pengguna pengalaman video anti-gegaran yang lebih sempurna. Bagi pengguna yang menggemari aktiviti luar, dalam mana-mana senario seperti berbasikal gunung atau bermain papan luncur, Find X2 Pro 5G membolehkan mereka untuk merakamkan lebih banyak detik-detik yang mendebarkan dengan kestabilan dan kelancaran yang mengagumkan. 

Pembangunan skrin paling maju oleh OPPO – Skrin Penglihatan Ultra 

Skrin Penglihatan Ultra merupakan paparan skrin paling maju oleh OPPO hari ini. Ia menawarkan kadar penyegaran 120Hz, yang diterjemahkan ke dalam imej yang lebih jelas dan lancar apabila menonton video. Ia juga mempunyai skrin 10-bit yang disahkan HDR 10+, dengan kecerahan yang tinggi dan mampu memaparkan lebih daripada 1 bilion warna kehidupan sebenar. 

Tambahan pula, Find X2 Pro 5G menggunakan Sistem Penyesuaian Perlindungan Mata AI terbaharu dari OPPO untuk memberikan pengalaman tontonan yang lebih selesa dengan menyesuaikan suhu warna dan kecerahan skrin secara automatik. Bahan yang digunakan pada skrin OPPO Find X2 Pro 5G mampu mengurangkan cahaya biru sebanyak 40% dan menghapuskan masalah kelipan. 

Kombinasi perkakasan terkini 

Find X2 Pro 5G merupakan salah satu telefon bimbit pertama yang dikuasakan oleh Qualcomm 865, pemproses X55 dan menggunakan memori LPDRR 5. Dengan CPU Kryo 585, kedua-dua prestasi dan kecekapan tenaganya adalah 25% lebih tinggi daripada generasi terdahulu. Tambahan pula, Skrin Penglihatan Ultra 120Hz merupakan skrin paling maju yang dibangunkan oleh OPPO setakat ini, dengan kadar penyegaran ultra tinggi sehingga 120Hz dan kadar persampelan ultra tinggi 240Hz, skrin ini menyokong paparan sehingga lebih daripada 1 bilion jenis warna. Sebagai tambahan, Find X2 Pro 5G dilengkapi dengan sistem tiga kamera OPPO yang paling berkuasa, menggunakan kombo 48MP (kamera utama) + 48Mp (sudut ultra lebar) + 13MP (telefoto). Diiringi oleh salah satu teknologi pengecasan paling pantas dalam industri oleh OPPO, pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 mampu mengecas penuh Find X2 Pro 5G (dengan kapasiti bateri 4260mAh) dalam masa hanya 38 minit. 


Harga dan jualan Siri OPPO Find X2 Pro 

OPPO Find X2 5G boleh didapati dengan harga RM3,999 manakala OPPO Find X2 5G Pro berharga RM4,599. Para pelanggan boleh mula membuat tempahan pra-pesanan bermula 6 Mac 2020 untuk kedua-dua peranti tersebut di semua Kedai Konsep OPPO, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO atau secara atas talian di Laman Sesawang Rasmi OPPO, rakan e-dagang; rakan telekomunikasi Celcom, Maxis, Digi dan rakan kedai rangkaian OPPO iaitu Sen Heng, senQ, DirectD dan juga Aeon Credit. 

Akan ada promosi pra-pesanan bagi kedua-dua peranti tersebut. Tawaran ini akan berjalan dari 6 Mac 2020 sehingga 13 Mac 2020 untuk OPPO Find X2 5G, manakala promosi pra-pesanan bagi OPPO Find X2 Pro 5G akan berjalan dari 6 Mac 2020 sehingga 20 Mac 2020. Para pelanggan yang membuat pra-pesanan dalam tempoh masa promosi akan menerima powerbank VOOC Flash Charge bernilai RM229 dan lanjutan jaminan selama 1 tahun dengan perlindungan skrin 3 bulan bernilai RM299 dengan nilai keseluruhan hadiah percuma bernilai RM528. Hadiah promosi ini boleh ditebus di semua kedai OPPO di Malaysia. 

Akan ada juga tambahan hadiah roadshow yang akan berjalan bersama-sama promosi pra-pesanan. Hanya tersedia di roadshow Pavilion pada 14 Mac 2020 untuk Find X2 5G versi biasa dan 21 Mac 2020 untuk versi Find X2 Pro 5G, 300 orang pelanggan pertama yang mengambil telefon mereka akan menerima satu set Enco Free true wireless earphone bernilai RM499 secara percuma untuk kedua-dua tarikh tersebut. Ini menjadikan hadiah percuma secara keseluruhan bernilai RM1,027 dengan pembelian Siri Find X2. 

Bagi pembelian pra-pesanan di luar Lembah Klang, para pelanggan juga akan dapat menerima hadiah pra-pesanan dan roadshow pada 14 dan 21 Mac masing-masing bagi Find X2 5G dan Find X2 Pro 5G. Para pelanggan perlu membuat pra-pesanan di Experience Store OPPO yang terpilih dan mengambilnya di kedai tersebut bagi membolehkan penebusan hadiah percuma bernilai RM1,027. Jika tidak, mereka hanya layak untuk mendapatkan hadiah promosi pra-pesanan.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO