MYCARE SASAR RM300,000 UNTUK TABUNG AMAL MYRAMADAN



Sempena ulang tahun yang ke 10 Humanitarian Care Malaysia (MyCare), akan mengadakan Majlis Makan Malam Amal pada 29 Mac 2020 ini. Bertempat di Connexion Conference & Event Centre, MyCare mensasarkan kutipan dana sebanyak RM300,000.

Hasil kutipan tersebut akan disalurkan ke tabung bantuan MyRamadan dan diagihkan kepada masyarakat Islam yang memerlukan di 21 negara. Antaranya rakyat Palestin di Gaza, Baitulmaqdis, Tebing Barat, Syria serta kem pelarian di Turki, Lubnan, Jordan dan pelarian Rohingya di Cox's Bazar.

Istimewanya majlis ini akan menyaksikan gabungan istimewa jenama pereka fesyen tempatan iaitu TudungPeople, Style Annexe, DASH Clothing, Lord's Tailor dan Syomirizwa Gupta. Mereka akan menghasilkan rekaan eksklusif berinspirasikan gambar-gambar misi kemanusiaan MyCare untuk jualan amal ini nanti.

Menurut Pengerusi MyCare, Prof.Madya Dr.Hafidzi Mohd Noor, ini adalah pertama kali kempen mengumpul dana dilakukan melalui jualan amal fesyen. Beliau amat berharap sokongan dari ramai pihak.

Sidang media yang berlangsung di restoran Feebay.Co, Publika pada Khamis, 20 Februari 2020 lalu turut dihadiri oleh pereka-pereka tempatan dan penyanyi udangan.

Bagi Puan Fazrena Aziz pemilik TudungPeople, penglibatan ini sekaligus untuk memberi kesedaran kepada muda mudi yang mengikuti di sosial media mereka. Manakala Mr Jack Wong dari Dash Clothing pula berpendapat ini adalah masanya untuk mendidik masyarakat dalam isu semasa dunia.


Selain dari itu Dato'Hattan, Kumpulan Raihan dan Lah Ahmad akan memeriahkan lagi majlis. Bagi Dato'Hattan dan Lah, penglibatan bersama MyCare satu penghargaan besar yang mana ini adalah tanda sokongan kepada pihak MyCare dalam membantu mereka yang memerlukan.

Bagi mereka yang ingin membeli tiket Majlis Makan Malam Amal boleh berbuat demikian melalui http://bit.do/charitydinnerMyCare .

Instagram : mycare.hq
Facebook : MyCare
Twitter : @mycarehq

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM