AVISENA TAWAR PEMERIKSAAN COVID-19 SECARA PANDU LALU



Kumpulan AVISENA kini menyediakan perkhidmatan pandu lalu atau ‘Drive Thru’ bagi ujian pemeriksaan Covid-19 melalui teknik PCR di premis Avisena Specialist Hospital bermula 30 Mac yang membolehkan orang awam mengetahui keputusan ujian tersebut dalam hanya 24 hingga 48 jam sahaja. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Avisena, Dato’ Dr Omar Abd Hamid berkata: “AVISENA percaya dengan mempunyai ujian pemeriksaan secara komprehensif merupakan kunci utama dalam membendung wabak Covid-19 ini. 

“Konsep ‘drive thru’ Covid-19 ini akan menggalakkan seramai mungkin orang awam untuk menjalani ujian pemeriksaan dengan kontak rapat yang minimum dalam memastikan penjarakan sosial seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pihak kami telah bersedia dengan kelengkapan yang mencukupi bagi memastikan keselamatan kesihatan para pelanggan dan pekerja dalam memberikan perkhidmatan ini kepada orang awam. 

Lebih istimewanya, AVISENA juga menawarkan perkhidmatan dan nasihat susulan oleh petugas kesihatan professional melalui panggilan telefon selepas ujian dijalankan. Perkara ini merupakan inisiatif pihak AVISENA dalam membantu petugas-petugas kesihatan kerajaan dalam memutuskan rantaian pandemik Covid-19 ini. 

Kaedah ini memerlukan seseorang untuk kekal berada di dalam kereta ketika sampel diambil yang hanya mengambil masa kurang dari 10 minit. 

Bagi yang prihatin dan mempunyai kebimbangan jika mereka mungkin terdedah kepada wabak ini, ujian ‘drive thru’ Covid-19 ini boleh dijalani daripada Isnin hingga Jumaat jam 10 pagi hingga 2 petang dengan kos bernilai RM390 seorang. Mereka boleh hadir secara ‘walk-in’ atau tempahan temujanji melalui pendaftaran atas talian di pautan https://avisena.com.my/covid19/ yang dibuka setiap hari. 

Untuk makluman lanjut, orang awam dialu-alukan untuk menghubungi pihak AVISENA di talian 03-5515 1888 atau e-mel truecare@avisena.com.my. 

Kumpulan AVISENA kini mempunyai dua buah hospital, Avisena Specialist Hospital dan Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital dengan kapasiti kedua-duanya sebanyak 264 buah katil dan 75 orang pakar perubatan bedah dan profesional. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Avisena sila layari www.avisena.com.my

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO