AXA AFFIN LIFE INSURANCE LANCAR TABUNG SUMBANGAN COVID-19



Dalam usaha untuk menangani krisis kekurangan PPE di Malaysia, AXA AFFIN Life Insurance Berhad, sebagai sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporatnya, menganjurkan kempen pendanaan ramai iaitu - AXA AFFIN “Smash the Curve” COVID-19 Fund Raising Campaign. 

Bermula dari sekarang hingga 15 Mei 2020 melalui platform pendanaan ramai – PitchIN, kempen ini bertujuan untuk mengumpul RM150,000 secara kolektif. Dana ini akan digunakan untuk membeli PPE penting seperti gaun perubatan, topeng muka, pelindung muka pakai buang, sarung tangan pemeriksaan dan peralatan perubatan bagi kakitangan barisan hadapan. Dana yang dikumpulkan akan dimanfaatkan secara telus, dengan sumbangan dan perbelanjaan diperjelaskan sepenuhnya. Senarai penerima akan diumumkan pada akhir kempen. 

“Dalam suasana sukar seperti ini, kami harus mengambil langkah proaktif sebagai warga korporat yang menghulurkan bantuan dan perlindungan bukan sahaja kepada para pelanggan dan kakitangan tetapi juga meluaskan perlindungan kepada insan penting kepada masyarakat. Kakitangan barisan hadapan yang cekal hati – kakitangan penjagaan kesihatan, anggota polis, tentera dan sukarelawan, kini menyabung nyawa untuk terus berkhidmat. Mereka bekerja keras sepanjang masa menentang virus berbahaya ini sambil memastikan kita selamat di rumah. Teladan yang ditunjukkan oleh wira-wira kita patut dipuji dan sudah tiba masanya kita memastikan mereka selamat menghadapi ancaman ini, dengan membekalkan PPE yang secukupnya,” kata Rohit Nambiar, Ketua Pegawai Eksekutif AXA AFFIN Life Insurance. 

Beliau menambah lagi, “Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada semua kakitangan barisan hadapan atas komitmen dan pengorbanan mereka selama ini. Kita juga patut memainkan peranan kita, sama ada dengan menyumbang kepada kempen Mengutip Dana COVID-19 AXA AFFIN atau mematuhi sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan dan tidak menambah beban yang tidak wajar kepada sistem penjagaan kesihatan kita.” 

Orang ramai kini boleh menyumbang mengikut kemampuan mereka di www.myaxa.co/smashthecurve. Sumbangan minimum sebanyak RM5. Inilah masanya rakyat Malaysia bersatu hati, memutuskan rantaian penyebaran dan meruntuhkan keluk jangkitan. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.axa.com.my atau www.facebook.com/MYAXAAffin

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI