COVID-19: KANDUNGAN ALKOHOL 75% ADALAH OPTIMUM
Pengguna mungkin berpendapat bahawa kandungan alkohol yang tinggi bermakna bekeberkesanan lebih tinggi untuk membasmikan virus SARS-CoV-2 (virus yang menyebabkan jangkitan COVID-19). Bagaimanapun, Dr Abdullah Asad Saddiqui, pakar kecemasan tidak bersetuju dengan pendapat ini.
“Saya berpendapat bahawa air dan sabun paling berkesan untuk membasmi virus, tetapi pembersih tangan berasaskan alkohol juga cukup berkesan di tempat-tempat yang tiada air dan sabun.
“Saya juga percaya bahawa kandungan alkohol yang terlalu tinggi dalam pembersih tangan mungkin tidak dapat membasmi kuman dengan baik. Ini adalah kerana coronavirus merupakan virus sel tunggal yang disaluti protein. Variasi alkohol seperti etanol dan isopropil boleh membasmi virus yang yang hinggap di permukaan kulit dan barang-barang peribadi dengan memecahkan selaput protein virus dan menembusi sel virus. Alkohol menyejat dengan kadar yang laju, oleh itu, kandungan alkohol yang terlalu tinggi tidak sesuai untuk durasi yang diperlukan untuk memecahkan selaput protein virus tersebut,” ulas Dr Asad.
Beliau juga berpendapat bahawa kandungan alkohol yang terlalu rendah juga tidak berkesan dalam membasmi virus.
“Kandungan alkohol antara 70 dan 75 peratus paling berkesan dalam menghapuskan virus dan bakteria,” tambah Dr Asad. Langkah-langkah pencegahan seperti pembersihan tangan dan barang-barang peribadi amat penting dan mesti terus diikuti selepas tempoh Perintah Sekatan Pergerakan (PSP), bila seseorang itu pulang ke kerja.
Langkah-langkah seperti memakai topeng perubatan di kawasan sesak, membasuh tangan secara kerap dan membersihkan barang-barang peribadi dengan pembersih yang sesuai amat penting.
Dalam usaha memudahkan proses pembersihan, Alcosm Pte Ltd, sebuah syarikat dari Singapura telah memperkenalkan Alcosm™, tisu basah yang mempunyai konsentrasi alkohol sebanyak 75% bagi pasaran Malaysia.
“Kami percaya pencegahan adalah penting. Oleh itu, syarikat kami mematuhi saranan World Health Organisation (WHO) dengan ketat dan mengekalkan kandungan alkohol kepada 75% supaya proses pembasmian berada di tahap optimum bagi pelanggan kami.
“Bagi masa ini, orang ramai mungkin peka membersih tangan sekerap mungkin, tetapi barang-barang peribadi seperti beg tangan, telefon bimbit, papan kekunci, dompet dan stering kereta sering dilupakan.
“Kajian menunjukkan barang-barang peribadi seperti beg tangan dan telefon bimbit lebih tercemar dengan virus dan bakteria daripada tempat duduk tandas. Pada masa ketika ini, di masa dunia dilanda pandemik kesihatan, kami ingin memastikan bahawa pembasmian kuman barang-barang peribadi lebih mudah dan efektif dengan tisu basah,” Tai Zi Kang, Pengasas & Pengarah Urusan, Alcosm Pte Ltd berkata.
Tai juga menambah bahawa, dalam proses pembuatan tisu basah ini, Alcosm juga mempertimbangkan tahap keselesaan dan penggunaan praktik bagi konsumer.
“Kami menggunakan fabrik spunlace tanpa tenunan untuk memastikan kelembutan setiap lapisan, keberkesanan dalam mengekalkan kelembapan dan ketahanan lasak bagi pengguna. Kehadiran serat rendah juga memastikan bahawa kurang residu pada permukaan barang yang dibersihkan. Bahan kimia tidak digunakan dalan proses membuat fabrik spunlace tanpa tenunan,” tambah Tai.
Pengguna Malaysia gemar dengan tisu basah kerana ia mudah digunakan. Syarikat tersebut melalui pengedar produk lokal, Zupital Holdings Sdn Bhd, sudahpun mencapai jualan sebanyak 200,000 pek sejak 31hb Mac 2020, apabila produk ini dilancarkan pada laman web rasminya, www.alcosm.com
Alcosm Pte Ltd juga telah mengambil langkah untuk memenuhi permintaan pengguna Malaysia untuk tisu basah dengan menghantar 500,000 pek tisu basah berdasarkan alkohol itu ke lebih daripada 1,500 kedai serbanika, pasaraya dan farmasi bertempat di seluruh negara melalui syarikat pengedarnya.
Comments
Post a Comment