NATGEO RAIKAN HARI BUMI DENGAN DUA RENCANA ISTIMEWA

Sempena sambutan Hari Bumi yang ke-50, National Geographic bakal menyiarkan dua buah rencana global khas pada 22 April 2020 ini.
PHOTO ARK: RAREST CREATURES bakal melangsungkan tayangan perdana pada jam 8 malam. Ia membawa penonton mengikuti jurugmbar National Geographic, Joel Sartore dalam misi pencarian haiwan-haiwan yang jarang ditemui di dunia.
Menyusul selepas itu adalah sebuah dokumentari istimewa JANE GOODALL: THE HOPE, yang menampilkan perjalanan Dr. Goodall selama empat dekad dalam usaha pemuliharaan dan kebajikan haiwan-haiwan liar.
Kedua-dua rencana tersebut bakal disiarkan di saluran National Geographic di Malaysia melalui ASTRO: CH 571 SD + CH 551 HD dan Unifi TV: CH 508 HD pada 22 April 2020 (Rabu) pada masa berikut:
1) PHOTO ARK: RAREST CREATURES - 8 malam
2) JANE GOODALL: THE HOPE - 9 malam
Comments
Post a Comment